Sebaik anak lahir bukan bermakna ibu telah pun kembali sihat dan pulih dengan baik dan pantas. Proses penyembuhan ini mengambil tempoh tertentu terutamanya kepada ibu yang bersalin secara pembedahan.
Sebaiknya selepas berpantang, ibu berikan perhatian sewajarnya untuk kembali sembuh dengan cepat. Ketika berada di dalam pantang, jika ibu berasa tidak sihat sebaiknya bertemu segera dengan doktor.
Ini panduan dan tanda aras bahaya yang bakal ibu perlu tahu selepas bersalin.
Simptom dan tanda masalah selepas bersalin
Jika anda mengalami mana-mana kondisi selepas bersalin, segeralah berjumpa doktor:
1. Faraj bengkak/nanah
Keadaan ini boleh berlaku kepada wanita yang bersalin secara normal. Biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman pada jahitan selepas beranak.
Elakkan memicit bisul pada faraj kerana ia akan memburukkan lagi jangkitan pada faraj. Selain itu, kurangkan bergerak dan gunakan seluar dalam longgar supaya bengkak tidak bertambah sakit. Segera dapatkan nasihat doktor untuk rawatan yang betul.
2. Jangkitan luka pembedahan
Ada banyak kesan sampingan selepas bersalin czer, anda perlu berwaspada tentang parut perut. Ini kerana ia boleh menjadi petanda keradangan pada luka pembedahan.
Sentiasa berunding dengan doktor selepas pembedahan dan maklumkan jika mengalami keadaan seperti:
* Kesakitan yang teruk pada luka pembedahan
* Parut pembedahan berdarah, bengkak atau keluar cecair
* Perut kembung dan rasa kenyang
* Demam
3. Keluar nanah dari faraj
Satu lagi tanda bahaya perlu anda perhatikan ialah nanah keluar dari faraj. Keadaan ini mungkin menunjukkan jangkitan pada perut atau peritonitis.
Jangkitan ini boleh berlaku sama ada selepas bersalin normal atau ketika anda sedang sakit selepas bersalin czer.
Ads
Peritonitis adalah keadaan yang sangat berbahaya. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, jangkitan boleh merebak ke buah pinggang, usus dan hati.
4. Pendarahan berlebihan
Dalam tempoh nifas atau pendarahan lochia, anda akan mengeluarkan sejumlah darah seperti haid yang berlangsung sehingga 6 minggu atau 42 hari.
Namun, jika darah yang keluar terlalu banyak maka anda harus sedar tentang keadaan bahaya ini.
Segera dapatkan nasihat doktor jika pendarahan berlebihan disertai dengan gejala seperti:
* Menggigil
* Kulit pucat
* Pening dan sakit kepala
* Jantung berdebar
* Sakit teruk bahagian bawah abdomen
* Bau busuk pada faraj
Keadaan ini adalah tanda rahim bengkak selepas bersalin atau terdapat sisa-sisa plasenta yang tertinggal di dalamnya.
5. Kerap berasa dahaga tetapi kurang kencing
Anda juga perlu berhati-hati jika sering berasa dahaga tetapi kurang membuang air kecil. Lebih-lebih lagi jika anda mengalami kesakitan dan kesukaran kencing.
Ads
Segera dapatkan nasihat doktor jika mengalami masalah selepas bersalin ini kerana ia boleh menjadi tanda jangkitan.
6. Loya, muntah dan hilang selera makan
Pada trimester pertama kehamilan, keadaan ini mungkin semula jadi untuk dialami. Tetapi jika ia berlaku selepas melahirkan anak, anda perlu berhati-hati. Loya, muntah dan hilang selera makan juga merupakan masalah lepas bersalin, seperti jangkitan pada rahim.
7. Tekanan darah tinggi (preeklampsia)
Selepas beranak, keadaan tubuh perlu dipantau secara berkala oleh doktor dan jururawat – seperti memeriksa suhu badan dan tekanan darah.
Ia untuk mengelakkan jangkitan dan preeklampsia. Walaupun jarang berlaku, keadaan ini boleh membawa maut. Preklampsia adalah keadaan tekanan darah meningkat secara drastik selepas bersalin. Jika tidak dirawat dengan segera, ini boleh menyebabkan risiko strok, sawan dan juga kematian.
8. Sakit kepala atau migrain teruk
Anda berisiko mengalami sakit kepala pada minggu pertama selepas bersalin. Ini biasanya berlaku disebabkan oleh perubahan hormon, tekanan dan keletihan.
Walau bagaimanapun, berhati-hati jika anda mengalami sakit kepala atau migrain teruk kerana ia boleh menjadi tanda preeklampsia.
Segera dapatkan nasihat doktor jika sakit kepala disertai dengan gejala seperti:
* Penglihatan kabur
* Tekanan darah tinggi
* Bengkak muka, tangan dan kaki
* Peluh berlebihan
* Pening dan muntah
* Tanda meroyan selepas bersalin
Ads
9. Sesak nafas
Keadaan ini boleh berlaku jika terdapat penyumbatan pada saluran darah di paru-paru (embolisme pulmonari). Ini disebabkan oleh air ketuban yang masuk dalam saluran darah, dibawa ke paru-paru dan menyebabkan penyumbatan. Ia berbahaya dan boleh berisiko untuk kematian.
10. Payudara bengkak
Jika tidak menyusukan bayi dengan segera, payudara yang bengkak akan menyebabkan demam dan mengurangkan bekalan susu anda pada hari-hari berikutnya. Berhati-hati jika bengkak ini disertai dengan rasa terbakar dan permukaan kulit menjadi merah – tanda jangkitan pada payudara (mastitis).
11. Baby blues
Jika mengalami tanda meroyan selepas bersalin seperti baby blues, anda akan sukar mengawal emosi dan mudah menangis atau marah kerana perkara kecil. Dalam kes lebih teruk, ia boleh menyebabkan perkara seperti:
*Sakit pada bahagian badan tertentu tanpa sebab
* Mudah lupa
* Hilang semangat untuk hidup
* Mahu mencederakan diri sendiri atau bayi baru lahir
Sekiranya anda berada dalam situasi di atas atau mempunyai kebimbangan tentang petua hilangkan sakit badan selepas bersalin, berjumpa dengan doktor untuk lebih kepastian.
Cuaca yang tidak menentu ditambah pula dengan masalah pandemik, pasti ibu bapa cukup bimbang anak-anak jatuh sakit. Lebih-lebih lagi jika demam tiba-tiba.
Jadi untuk ibu-ibu yang nak turunlan suhu panas demam anak-anak boleh cuba petua yang dikongsikan ini. Cukup mudah dan cepat je. Tapi jika suhu badan panas dan demam tak kebah-kebah sebaiknya terus ke klinik untuk dapatkan rawatan!
PETUA TURUNKAN PANAS DEMAM
Sekarang kami anak beranak ada dekat Negeri Sembilan. Dah 4 hari duk kat tempat orang. Ditakdirkan pagi semalam yang si kecik tetiba badan suam² panas. Tengah hari tu dah betul² panas.
Biasanya kalau travel saya tak pernah lupa bawa stok ubat timbang kilo saya ni. Tah macam mana boleh lupa pulak kali ni. Nasib baik jumpa Mydin kat sini. Terus beli sepaket biji semangkok ni. . Bila anak² demam, inilah remedi wajib untuk anak² saya. Selain minum air kelapa, minum air biji kembang semangkok juga sangat bagus untuk menurunkan panas badan terutama ketika demam panas.
Caranya ambil 3 biji buah kembang semangkuk dan direndam dalam air suam sehingga kembang. Rendaman ini akan menghasilkan air berwarna coklat jernih. Kemudian, rendaman tadi ditapis dan terus boleh diminum. Boleh juga ditambah sedikit gula organik. Dengan izin Allah, 1jam selepas minum, serta merta suhu panas makin menurun. Inilah yang saya selalu perhatikan. Alhamdulillah, sekali minum je panas badan dah hilang. Hari ni dah sihat walafiat. . Bagi anak² yang kerap demam panas atau panas badan lambat turun, ibu² boleh lah cuba petua ini.
Selain itu, jangan lupa jerlum kepala dan badan anak dengan air yang dicampur perahan lemon atau limau. Tak kisah samada limau nipis atau kasturi. Semua boleh. . Jaga pemakanan anak, jangan bagi minum sebarang air berperisa, air kotak, air bergas. Jangan bagi makan makanan merapu, makanan proses macam roti, biskut, kuih dan sebagainya.
Banyakkan makan buah. Makan nasi yang berkuah atau sup tanpa MSG. Lagi bagus kalau ada broth. Ini lah cara saya selama hampir 2 tahun tak beli ubat demam untuk anak².
Nak cepat sembuh sebagai ibu bapa kita yang perlu bertegas. Kita dah berikhtiar, hanya Allah yang boleh menyembuhkan atau tidak.
.
Biji semangkok ni boleh disimpan dan tahan lama. Masukkan dalam bekas kecil dan boleh dibawa ke mana².
Harga pun murah. Tak padan dengan khasiat yang sangat bagus. Rugi kalau tak manfaatkan.
.
*peringatan. Sekiranya demam anak tak kebah² dan panas tak turun² lebih sehari, sila dapatkan rawatan dari doktor ye. Jangan tunggu lama².
Daun kari sangat sebati dengan masyarakat di Malaysia. Selain dari berbau wangi, daun kari juga merupakan elemen masakan yang sangat penting dalam masakan kita lebih-lebih lagi dalam masakan gulai atau kari .
Namun, min percaya ramai masyarakat kita tidak mengetahui bahawa daun kari ini juga boleh dibuat sebagai perubatan. Berikut adalah khasiat daun kari untuk kesihatan :
1. Penawar Cirit Birit dan Buasir
Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan tingkatkan keupayaan serta dapat mengatasi masalah penghadaman.
Cara penggunaannya :
– Jus daun kari yang dicampur dengan madu dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir
2. Loya dan Pening
Jika sering rasa loya dan pening, min syorkan untuk guna tips ni. Ianya juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea, hilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengadung.
Cara penggunaannya :
– Campurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis
3. Diabetes
Khasiat daun kari dapat membantu mengekalkan kandungan gula dalam darah. Bahan mineral dalam daun kari akan mengaktifkan sel pankreatik beta yang berperanan menghasilkan insulin.
Cara penggunaannya :
– Rebus kulit batangnya yang kering dan minum air tersebut. Amalan makan 10 helai daun kari setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan keturunan dan kegemukan.
4. Rambut Panjang dan Sihat
Kajian dari Fakulti Farmasi di India melaporkan bahwa minyak herba berasaskan daun kari mampu memberi kualiti rambut yang kuat, bebas daripada kelemumur dan menghitamkan rambut.
Cara penggunaannya :
– Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ianya sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah daripada uban.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Petua orang dulu-dulu memang banyak dan sehingga kini masih ramai yang mengamalkannya. Paling lazim dipraktikkan antara kita adalah seperti petua penjagaan kecantikan, petua ketika memasak, petua bercucuk tanam, petua untuk penjagaan kesihatan dan pelbagai lagi jenis petua lainnya.
Ini sepertimana yang dikongsikan oleh pemilik akaun fb Fara Cecite.
Menurutnya sebelum ini 3 orang anaknya mengalami masalah kesihatan di mana mudah penat dan asma. Namun selepas mengamalkan petua yang dikongsikan oleh orang tuanya, ternyata serasi untuk anak-anaknya menjalani kehidupan yang lebih sihat dan aktif.
Lantaran itu, dengan tujuan untuk berkongsi kepada wargamaya ibu ini juga telah kongsikan pantang larang untuk beramal dengan petua tersebut agar berhasil.
“Bahan-bahan adalah seperti di bawah, insyallah dengan izin Allah, kita cuma ikhtiar,” tulisnya
Bahan-bahan:
Telur ayam kampung (guna telur kuning dia sahaja tau) TELUR MENTAH
Madu lebah (1 atau 2sudu teh sebab diakan panas sikit…kalau dewasa lebih tidak mengapa)
Cara Penyediaan:
Campurkan kedua-dua bahan tadi kacau sehingga sebati. Sebelum bagi minum selawat 3X berserta niat.
Bagi satu biji satu hari selama 3 hari berturut. Selapas itu stop dulu. Nak buat 3 4 bulan 1 kali pon dah cukup.
Alhamdulillah dengan petua ini anak-anak saya tak ada dah penat InsyAllah.
Petua ini sesuai untuk kanak-kanak dan orng dewasa juga boleh amalkan dan sebaiknya untuk orang dewasa campurkan air gamat 1 sudu besar jika ada.
TAKE NOTE : Telor kuning bila dimasukan madu lebah dia bukan mentah lagi ye dia seakan-akan telor separuh masak
Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diterima dan tidak kurang juga turut berkongsi petua untuk hilangkan asma. Umapanya menurut komen daripada Hidawani Abdullah “Sy pn ad asma…tp dgn izinNya sy mkn ketam nipah masak ngn cuka nipah…alhamdulillah sampai skrg xda asma”
Manakala komen Ct Ti pula, “ya petua ni inshaallah menjadi. tp sy hat lain yg lega..asma xlega dulu sy sakit jantung berlubang hampir2 nak kena operate. amalkan minum madu lebah dgn teloq ayam ni hari2 + ayaq gamat. alhamdulillah xyah bedah.. tertutup sendiri.. tp tu la, hat tu lega , asma plk mai.. x mau lega tang asma tu.”
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...