Seharian bekerja tak dinafikan tubuh kerap lenguh dan sakit-sakit badan. Selain pengambilan air kosong yang secukupnya, mama boleh mencuba hasilkan air tenaga homemade ini di rumah.
Air tenaga homemade yang dikongsikan oleh Puan Ainini Zainal di laman Facebooknya ini baik untuk menaikkan sistem imunisasi badan. Jom cuba!
Bahan-bahan:
Halba
Serai
Kurma merah
Daun pandan
Gula merah/madu
Rebus dengan air seperiuk dan minum hari-hari. Ini yang saya biasa buat. Serai + pandan, rasa dia masya Allah superb. Kesan pun amazing.
Energy boosting tea yang saya selalu buat bila badan letih ada juga yang berasaskan halba dan habbatus sauda. Kedua-duanya ada khasiat yang hampir serupa iaitu bersifat anti radang, anti virus, anti bakteria, anti bengkak dan natural painkille.
Ada banyak versi energy boosting drink ibu. Tak akan nak minum yang sama hari-hari kan? Kita cuba pula resepi lain letak kembang semangkuk.
Bahan-bahan:
½ sudu besar halba
½ sudu besar habbatus sauda
Organic molasses/coconut sugar
2 helai daun pandan
2 batang serai
Secubit garam himalaya
White fungus atau kembang semangkuk
Kurma merah atau kismis
2 liter air
1. Reneh semua bahan di atas menggunakan kaedah slow cook selama 1 jam.
2. Simpan di peti sejuk. Nak minum boleh keluarkan dulu bagi hilang sejuk.
Anak usia 2 tahun ke atas pun boleh minum. Sesuai untuk berpantang juga. Untuk ibu mengandung tak perlu letak habbatus sauda kerana ia sensitif.
Semoga bermanfaat. Kita perlu sihat untuk jaga keluarga.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Tak Pakai Mekap Pun Tetap Cantik! Ni 22 Rahsia Kulit Berseri Che Puan Sarimah Ibrahim
Pengacara kacukan Irish-Melayu, YM Che Puan Sarimah Ibrahim ini sememangnya miliki kulit yang cantik berseri. Walau cuma solekan nipis tetap menyerlahkan seri wajah putih kemerah-merahan.
Jangan pula mak-mak kata, “memanglah cantik anak kacukan mat salleh kot’. No.. no.. persepsi sebegitu tak bagus untuk jiwa raga ya mak-mak.
Sebenarnya bukan mudah tapi tak juga susah, kalau mak-mak berusaha untuk mendapatkan kulit yang sihat, bersinar malah terpancar serinya dari dalam. Dalam instagram miliknya, Sarimah rajin berkongsi tip kecantikan dan penjagaan diri yang boleh dijadikan panduan followernya.
Sarimah merupakan isteri kepada YM Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar yang lebih mesra dengan panggilan Tunku Jamie. Haa.. nak tahu apa rahsia kulit cantik Sarimah, baca 22 rahsia antara rutin beliau mendapatkan kulit cantik berseri-seri walaupun tak mengenakan sebarang solekan.
- Walaupun ada ketikanya jadual harian Sarimah begitu padat, beliau memastikan tubuhnya mendapat makanan yang baik. “Kulit cantik needs Skin Food
- Ambil vitamin D untuk tulang sihat dan kulit cantik. “I tak cukup vitamin D until recently je baru sedar. Makan cukup-cukup je skin improved dan hilang rasa sakit badan. Kalau tak rajin berjemur and vampire like me, harus ambil extra vitamin D”
- Zink juga penting untuk kulit. Ia menghindari masalah jerawat. Jerawat ini jadi bila berkumpulnya minyak, bakteria dan sel-sel kulit menutupi liang. Menyebabkan kulit di sekitar liang tu jadi merah, membengkak dan sakit. Inilah fungsi zink.
- Pegaga pula membantu merawat luka dan melancarkan peredaran darah.
- Tak perlu basuh muka keterlaluan. hilang seri sebab natural oils yang sihat dalam sel kulit sangat penting untuk melembapkan dan lindungi kulit dari pencemaran. basuh muka di pagi hari dengan pelembap yang light. dan jangan sentuh muka. ( kecuali disentuh tangan si dia yang tersayanglah )
- Foundation jangan pakai dengan tangan secara harian. Too much risk sebab ada kuman, bakteria dan sebagainya. Lebih baik guna foundation yang ada puff atau sponge. I had many breakouts jerawat sebab guna tangan.
- Kalau ada jerawat timbul, guna method DISTRACTION (alihkan fokus) kat part muka lain. Pernah sekali tu I dapat jerawat on my forehead tengah-tengah tau.. macam unicorn dan kena pi interview and shoot majalah. I just merahkan bibir and letak fokus kat mata dan mulut. Jangan cover jerawat tebal-tebal. Semakin besar nanti I swear. Biar je and if all else fails, just say “I’m so smart, I’m growing another brain’ Itulah yang saya cakap dekat media. Serius!
- Nak kulit cantik kena detox dengan peluh tau. Sememangnya Sarimah aktif dengan senaman.
- Makan cukup-cukup jangan nak diet dan skip makan. Kulit jadi kusam and breakout nanti. Sebab tak cukup backup zat untuk badan nak lawan serangan jerawat tu.
- Cari aktiviti yang disukai. Baru rasa happy. Bila dalaman rasa bahagia, luaran akan nampak dan sebaliknya. Lama-lama kalau hati tak ok, nampak kat kulit juga. “You can’t hide sadness with make up, sadly..”
- Untuk kulit, Sarimah juga apply serum yang mengecilkan pori-pori dan melembutkan kulit supaya foundation dan powder boleh nampak seolah-olah ‘terduduk’ cantik kat kulit tanpa nampak tebal.
- Lipgloss light light, mascara sikit dan eyeshadow untuk kening sekali. Dab and Go. Penatlah nak fikir pasal eyeliner, concealer, shading. Kita mana ada masa everyday nak cuba itu ini kan! Kalau kerja sebagai makeup artist oklah kot boleh trial and error sambil kerja.
- Paling penting, dapatkan basic makeup base yang betul dulu. tak yah fikir pasal glitter dan colour untuk mata dulu. sebab base tu yang paling penting. tak ada maknanya nak glitter and bulu mata semua, tapi base kulit macam kena penampar pipi kiri kanan dengan shading macam kena sunburn ataupun kulit nampak macam kuih 8 lapis.. oh tidak!
- Sebelum tidur, I use so much moisturiser. Sebotol pun tak cukup kot. At this age it’s a Must!
- Remove all makeup. Kalau tak pagi nanti suami pengsan. Bangun dengan pontianak (mascara stained eyes are not glam its more trashy)
- Sebolehnya tidur 8 jam.
- fikir yang baik-baik. “tadi ada sorang lady yang cut me off in the carpark. and took my park and gave me the ‘xx’ look. i wound down the window and tanya politely but.. why did you do this? please be considerate! she ignored me and refused to look at me even! . sumpah i nak cekik dia tapi i took a deep breath sebab kalau i yang lose my temper.. muka i yang akan nampak tua. so let her stay ugly. not me (in personality that is) moral of the story: abaikan ugly people. ugly in character that is. or else it will rub off on you.
- I dont have a trainer for cardio and strength- i train Myself. My basic workout, treadmill : HIIT run 2 mins walk 2 mins repeat 6 times, Band workout: 15 reps x 3 rounds arm workout attach to wall and pull like rowing for triceps, hold both and sit back into squats and curl arms, Weights 5kg max for me 15 x3 bucep and triceps and Lunge dips, Ball : side crunches, hold weights and crunches 20×5.
- Takde maknanya kononnya badan yang sangat gemuk ke kurus tu sihat. coverline je tu. i’ve been both. diet macam nak mampus makan diet pill la bagai, i became ill! and also makan macam lupa diri sampai bloated pastuh kononnya ‘im curvy je’. be healthy. check with a doctor your internal health tu paling penting! blood test and all ok.
- Kalau nak kurus secara sihat… kena buat cardio and weight training sekali. Boxing ni using my Abs and arms and legs. Memang membakar kalori yang tinggi. Kalau jogging je, bakaran kalori mendatar je.. tak berkesan.
- As a woman, takyah nak manja-manja sangat pasal workout gini. Its not violent and its not dangerous. Duduk baring and getting fat is more dangerous to a womans health longterm. Jangan takut lasak. Bukannya kena penumbuk balik pun. Training badan je.
- Berjalan lebih 5 juta langkah setahun.
Dah tahu rahsia kan? Jom sama-sama amalkan!
Sumber : mingguan wanita
Bila Stress Perut Makin Buncit, Kenalah Rajin Amalkan Petua Ibu-Ibu Zaman Dulu, Confirm Cun!
Ditegur rakan sepejabat akan perut yang makin buncit memang buat wanita stress. Di tambah pula dengan rungutan suami yang semakin membingitkan telinga. Hal ini buat kita rasa rendah diri.
Masalah perut buncit memang boleh buat wanita jadi jiwa kacau. Teguran merupakan petanda bahawa anda harus lebih menumpukan pada kecantikkan diri sendiri. Jangan asyik kisahkan soal anak sahaja.
Sambil-sambil masak di dapur, apa kata anda cuba buat petua ini. Tak usaha tak tahu akan hasilnya. Jadi kenalah cuba!
Petua 1 -Limau Nipis vs Kapur Sireh
Perah jus limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sireh. Gaulkan rata dan sapukan seperti pilis pada perut. Lakukan pada keseluruhan perut dan kemudian barulah bengkung di pakai dengan kemas seperti biasa. Lakukan langkah ini setiap pagi dan petang, selama 40 hari sepanjang tempoh waktu berpantang.
Petua 2 – Cuka Vs Kunyit Hidup
Ambil sedikit cuka, garam dan kunyit hidup kemudian kisarkan hingga halus. Sapukan pada permukaan kulit perut dan ratakan seluruh kawasan. Berbengkunglah seperti biasa dan lakukan setiap hari.
Petua 3 – Jus Gula Merah
Ambil sedikit beras dan kisar hingga halus. Kemudian ambil sedikit cekur bersama gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam dan gaulkan rata. Tapis kesemua bahan ini dan amalkan empat kali seminggu.
Petua 4 – Halia & Asam Jawa
Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk halus kemudian gaulkan dengan perahan asam jawa yang agak pekat. Makanlah dengan nasi yang masih panas dan amalkan sajian ini setiap hari. Hasilnya, perut akan menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.
Petua 5 – Halia & Limau Nipis
Gunakan halia sebagai asas utama untuk membuang angin. Ambil halia, perahan jus limau nipis, air suam, garam dan sesudu kecil lada hitam kemudian dikisar halus. Kacau adunan dan tapislah airnya. Amalkan minum air ini sehingga perut leper.
Minum Air Serai Bukan Je Sedap. Paling Best Terasa Sihat & Awet Muda!
Penjagaan kesihatan dan kecantikan tubuh badan bagi seorang wanita adalah sesuatu yang sangat penting. Hingga ada sesetengahnya akan sanggup berhabis duit untuk tampil cantik dan menawan.
Malah bukan suatu yang pelik, jika sanggup menghabiskan masa yang panjang di spa kecantikan bagi memastikan tubuh kekal cantik dan bertenga. Semua ini menjadi keutamaan wanita masa kini.
Pun begitu tahukah anda selain kaedah dan cara tersebut, ada satu cara yang ringkas dan mudah dalam menjaga kesihatan tubuh yang boleh diamalkan. Lain tidak bukan adalah dengan mengamalkan minuman air serai.
Apa menarik dan istimewanya minuman serai ini? Jom kita semak apa yang dikongsikan oleh dua wanita ini; Puan Mastura Rashid dan Puan Siti Fatimah Haji Shamsuri.
Ini diajar oleh bidan yang mengurut saya. Jujurnya, bidan ni memang nampak sangat muda, walaupun usianya dah lebih 50 tahun. Mulanya saya agak umurnya lewat 30an atau awal 40an. Saya panggil kakak, tapi rupanya dah pangkat makcik. hehe
Katanya, dari muda, hingga tua, dia cuma amalkan minum AIR SERAI saja untuk kesihatan badan. Jamu dan makjun pun dia buat sendiri tau, tak pernah beli pun. Makcik ni asal kelantan. Jadi saya agak resipi-resipi jamu dia mesti dari sana juga.
Berbalik pada cerita air serai tadi,.gunakan serai segar ya. Bukan yang dibotolkan untuk tujuan commercial (ada ke? Saya cuma sebut saja, mana tau kebetulan ada yang dah di commercial kan)
Caranya begini:
1. Bersihkan 10-15 batang serai.
2. Isikan periuk dengan lebih kurang 10L air.
3. Rebus serai tadi sehingga pekat dan keluar bau wangi.
ps: Biasanya saya rebus selama 1/2 jam.
Tutup api, biarkan suam, kemudian minum.
Amalkan minum segelas pagi lepas sarapan, tengahari dan malam.
Efek dia?
1. Banyak kentut
2. Perut kempis
3. Kulit bertambah cerah dan sihat (nampak kemerah-merahan pun ya)
4. Badan dan peluh bau wangi (atau yang ada masalah bau badan teruk, badan akan perlahan-lahan hilang bau)
5. Lawas kencing dan buang air besar
6. Buang toksin
Sumber : Mastura Rashid
Ini pula perkongsian daripada Puan Siti Fatimah Haji Shamsuri, di mana menurutnya, ” Disebabkan angin da menyucuk2, ku gagahkan jugak minum air serai + halia + habatussauda ni.. tambah gula merah sikit nak bagi sedap.”