Menjelang raya, anak-anak di perantauan semestinya akan pulang ke kampung untuk bertemu sanak-saudara meraikan bersama. Dalam berseronok berkumpul beramai-ramai, jangan pula ambil kesempatan jadi seorang yang ‘selfish’ lepas tangan dalam menguruskan perihal rumah di kampung.

Tampil memberi pesan, bekas pengacara popular Normala Samsudin berkongsi di laman Instagram miliknya supaya anak perantau yang pulang ke kampung agar sentiasa menyantuni orang tua terutama ibu masing-masing.

Pesan Normala, ibu bukan orang gaji untuk melakukan kerja rumah ketika hari raya.

“Sebab ini lumrah tiap kali beraya dan beramai-ramai. Jangan tinggalkan lampin pakai buang anak-anak kita di rumah mak kita, bungkus plastik bawa balik.

“Mak kita tak da ‘maid’ nak tolong buangkan. Dan yang buat kerja tu semua mak-mak saudara yang makin menua dan menjaga mak atau nenek kita,” tulisnya.

Malah, Normala berpesan agar anak-anak sentiasa ringan tulang untuk bersama-sama menjaga dan membersihkan rumah kampung yang adakalanya akan bersepah ketika musim perayaan.

Ads

“Kalau agak lama sangat kita nak balik belikan segala keperluan dapur dan masak sendiri, sebab mak kita bukan tukang masak.

“Bersihkanlah lantai dapur yang dah berkecah berminyak berkeladak sejak sebelum raya lagi, rajin-rajinlah korang pegang mop dan cuci lantai sebelum balik, sebab mak atau nenek korang dah tak larat dah nak buat benda ni semua.

Ads

“Nak peringat sangat-sangat sebab kak long ni, dah biasa dengan kerenah ni dan macam serupa je satu Malaysia ni punya perangai.

“Harap maklum adik-adik dan anak-anak satu Malaysia ni. Janganlah suka susahkan mak, kakak, adik dan anak-anak saudara.

“Kalau pakai baju raya nak melawa saja dan tak reti senseng lengan turun dapur basuh pinggan itu bukan calon menantu yang baik, pesanan penaja!” tambahnya.

Ads

Normala turut mengulang siar hantaran yang dimuatnaik oleh pendakwah bebas Ustazah Asma Harun tentang adab apabila pulang beraya di kampung tercinta.

Elakkan membanding-banding. pergaulan bebas, sikap malas, perasaan hasad dengki dan tidak membiar anak-anak meminta dan mengira duit raya di hadapan orang.

 Sumber : Normalasamsudinofficial

https://www.dailymotion.com/video/x8btswn

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI