Kisah malang pasangan kembar, Mohd khairul Danish dan Mohd Khairul Danial, 11, itu diketahui menerusi rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3, apabila mereka diundang sebagai tetamu jemputan.
Malah, kisah mereka turut dimuat naik oleh Dr Kamilin Jamilin di ruangan Facebooknya baru-baru ini.
Selepas bersama MHI di TV3 pagi tadi, saya bertemu dengan dua anak kembar ini Daniel dan Danish yang kebetulan slot mereka selepas saya.
Betapa anak kecil ini berusaha menahan air mata ketika berbicara.
Saya peluk mereka, pesan supaya rajin-rajin mengaji, insyaAllah jadi orang hebat suatu hari nanti.
Nabi kita pun kehilangan ibu ayah masa kecil lagi, tapi Nabi tetap berjuang sampai berbilion umat Islam kini.
Mereka berdua dijemput bersiaran langsung demi mencari ibu mereka yang tidak pernah mereka temui kerana telah meninggalkan mereka sejak kecil lagi.
Mereka juga langsung tidak mengenali siapa ayah kandung mereka kerana telah “hilang” sebelum mereka lahir melihat dunia.
Kini mereka di bawah jagaan rumah anak yatim Pertubuhan Dar Asnaf Al-Fateeh Al-Idrisiah, Ulu Yam Selangor bersama 20 anak bertuah lain yang juga telah kehilangan nikmat ibu ayah.
Sayu mendengar kisah mereka di sana yang masih lagi bertatih untuk belajar membaca al-Quran dan belajar mengharungi hidup tanpa bimbingan dan senyuman orang tua kandung yang dirindui.
Masing-masing ada masalah besar dan masalah sosial yang berpunca dari keluarga.
InsyaAllah kalau ada kesempatan, saya bercadang untuk ke sana bersama anak-anak didik saya bagi memberi semangat anak-anak di sana mendekati al-Quran.
Buat mereka yang masih memiliki insan bergelar ibu ayah…
Hargailah nikmat ini yang terbesar di dunia.
Dampingilah mereka sehingga mereka memejamkan mata meninggalkan dunia yang fana.
Luangkanlah masa berbuka bersama mereka di kala detik paling bahagia buat mukmin yang berpuasa.
Buat ibu pada Daniel dan Danish bernama Siti Norazimah binti Mohd Mazlan…
Jika anda membaca coretan ini atau ada melihat buah hati kembar ini di kaca TV siang tadi, kembalilah pada mereka.
Rangkullah mereka selagi mereka masih bernyawa, merindui dan mengingati anda.
Kelak anak-anak ini yang akan mendoakanmu dan menjadi sahammu tatkala anda bertemu dengan Tuhan-Mu.
Moga Allah mempertemukan mereka.
-Dr. Kamilin Jamilin-
Difahamkan, kali terakhir mereka berjumpa dengan ibu kandung ketika mereka berusia 9 tahun, manakala bapa mereka telah menghilangkan diri sebelum mereka dilahirkan lagi.
a
Lebih memilukan, pengacara tersebut telah meminta dua beradik itu memberikan pesanan kepada ibu kandung mereka, namun belum sempat mulut berbicara dilihat air mata kanak-kanak itu telah terlebih dahulu mengalir.
Mungkin sudah begitu lama memendam rindu, pasangan kembar tersebut tidak dapat menahan sebak mengenangkan ibu mereka yang sentiasa dinantikan tanpa jemu.
Itulah ucapan kembar tersebut sehingga membuatkan suasana di studio menjadi pilu dan dapat dilihat salah seorang pengacara tidak dapat menahan air mata selepas mendengar kata-kata dua beradik tersebut.
Di akhir rancangan, mereka sempat menitipkan doa buat kesejahteraan ibu yang cukup dirindui, semoga dua beradik ini dikurniakan masa depan yang cerah dan dapat disatukan semula dengan kedua orang tua mereka.
Sumber : Malaysia Hari Ini & Kamilin Jamilin – Seni Hadith