Kanser atau digelar sebagai “silent killer” adalah penyakit paling kejam di dunia. Sesiapa sahaja boleh menghidap kanser, baik tua mahupun muda. Lebih mengejutkan apabila seorang yang aktif dan jarang sakit boleh menjadi mangsa kanser juga.
Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Aliza (@akakwangii) telah berkongsi perjalanan ibunya yang baru didiagnos menghidap kanser usus tahap 4 pada bulan Jun yang lalu.
Video terbaharu yang dimuatnaik olehnya memaparkan rakaman suara (voice note) ibunya di aplikasi WhatsApp di mana dia merayu kepada anaknya untuk menghentikan rawatan kemoterapi.
Semakin meningkat usia, banyak penyakit yang boleh dihinggapi tetapi dalam kes ini, ibu si pengguna TikTok dikatakan warga emas yang aktif dan jarang jatuh sakit.
“Ibu saya sebelum ini sangat aktif, nak tengok dia demam pun susah. Masa kena Covid-19 pun sihat, tak ada gejala. Ibu suka berdikari, jadi dia tinggal seorang diri. Sejarah kesihatan pun okay, tak ada kencing manis dan darah tinggi terkawal.
Hinggalah pada awal pagi 29 Jun lalu, waktu nak ambil wuduk untuk solat Subuh, ibu terasa sakit perut. Dia kata macam nak buang air besar dan sakit berlarutan sampai tengah hari. Jadi adik hantarkan ibu ke klinik. Doktor kata kemungkinan gastrik. Kalau sakit tak berkurang bawa ke hospital” ujar TikTokers itu.
Ads
Dikatakan pada malam itu, sakit ibunya tidak berkurangan. Aliza membuat keputusan untuk bergegas ke Hospital Sultan Ibrahim (HSI). Doktor membuat pemeriksaan dan dimaklumkan bahawa kanser di dalam perut ibunya telah pecah dan kuman sudah merebak. Kanser itu adalah tahap 4.
Seperti pesakit kanser yang lain, ibunya perlu menjalani rawatan kemoterapi selama enam bulan. Fasa pertama adalah pada 8 September yang lalu. Sememangnya situasi ini sangat mencabar bukan sahaja buat ibu mereka yang warga emas itu, malah Aliza dan adik beradiknya.
“Dia faham penerangan doktor, tapi bila dah lalui, dia tak tahan dan merayu-rayu nak berhenti. Saya yang jaga ibu sekarang, memang tak sanggup dengar dia merayu setiap hari. Puas saya pujuk, tapi ibu macam tak mahu teruskan. Itu yang dia hantar voice note dekat adik saya, merayu perkara yang sama. Voice note itu dihantar empat hari selepas kemoterapi pertama. Orang lain yang dengar pun sedih, apatah lagi kami sebagai anak-anaknya. Dulu ibu susah nak sakit, kali ini, memang dia ‘kalah’” jelas Aliza.
Ads
Kini, ibu Aliza masih menjalani rawatan kemoterapi. Semoga dedikasi dan kasih sayang Aliza terhadap ibunya dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada para pembaca. Semoga Aliza dan seluruh keluarganya dapat tabahkan diri. Kami dari Keluarga mendoakan yang terbaik untuk anda.
Tiada yang lebih menggembirakan bagi pasangan suami isteri bila mana mengetahui bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi. Demikian juga dengan pereka fesyen tersohor Rizman Ruzaini dan isterinya Nurida Suraya.
Dalam satu perkongsian di laman instagramnya, Rizman memuat naik gambar dan dua keping video yang menunjukkan si comel yang kini sedang membesar di dalam rahim isterinya.
Menurut Rizman, isterinya kini hamil empat bulan dan mengharapkan semoga anak yang bakal lahir kelak sempurna sifatnya.
Alhamdulillah.. dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, bersyukur Kami dihadiahkan anugerah yang paling berharga. Ihsan dan amanat dari yang Esa. Usianya kini masuk bulan ke empat.
To my beautiful queen @nuridasuraya thank you so much for this. Moga Allah permudahkan segalanya untuk mu. ❤️ . Ya Allah ya tuhanku, Semoga Anugerah pinjamanMu ni dilahirkan cukup sifat, seindah Makhluk terbaik yang pernah Engkau ciptakan, dan dengan kehadirannya, dapat kami didik ia kejalanmu, yang akan membawa kami ke syurgaMu. . . Amin amin ya rabbalalamin..!
Untuk rekod, pasangan ini bernikah pada 13 September 2019 selepas setahun mengenali hati budi masing. masing.
Rata-rata yang mengikuti perkembangan pereka fesyen ini menitipkan ucapan tahniah. tidak ketinggalan rakan kongsi Rizman turut meninggalkan komen tahniah di ruangan berkenaan.
jamil.ruzainiAlhamdulillah, congratulation my brother and sister 😘.
Selain itu, pengikut Rizman juga turut berbuat demikian dan mendoakan semuanya dipermudahkan.
Seharian sibuk bekerja pastinya badan rasa lemah dan letih. Sampai sahaja di rumah rasa terus nak tidur. Tapi sebelum tidur apa kata anda mandi dulu dengan air daun limau purut supaya tubuh badan berasa lebih segar.
Cara penyediaannya sangat mudah. Ikut step di bawah ini:
1. Ambil 10 helai daun limau purut dan hiriskan halus-halus
2. Ambil 5 biji buah limau purut, potong menjadi 4
3. Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam
4. Ramaskan daun limau purut & perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya
5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi
6. Ratakan ke seluruh badan, terutamanya kepala & rambut
7. Air mandian ini akan membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda
Daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan. Daun dan buah limau purut ini juga membantu pembuangan toksin dari badan dengan baik. Limau purut juga bertindak sebagai antibakteria penghalang bau badan.
Semoga Bermanfaat!
Kredit : Petua Orang Dulu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam sesebuah perkahwinan tidak dapat lari dari berlakunya perselisihan faham. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Namun, jangan jadikan sesuatu perkara itu penyebab rumah tangga anda bergolak. Kalau ada sebarang masalah cepat-cepat selesaikan, jangan bertangguh kerana ia boleh mengundang konflik kelak.
Bertoleransi, faham antara satu sama lain, bertolak ansur dan jalankan tanggung jawab dengan baik antara kaedah bagi membahagiakan sesebuah rumah tangga. Pusat Perubatan Islam Al mujahidin turut berkongsi petua kebahagiaan rumah tangga di samping mengelakkan sengketa antara suami isteri.
Kerap sangat berlaku akhir2 ini pesakit mempunyai masalah Rumahtangga.. Ada kata suami ada perempuan lain, ada juga kata isteri ada lelaki lain, masing2 dah buat haluan masing2 la.. Sebelum ini saya ada share, saya share kan semula cara2 pengerat kasih sayang suami isteri… Ambil kan Air suam letak kan Garam Secubit dalam minuman suami isteri. Baca Al Fatihah 3x
Al Ikhlas 3x
Baca Surah Yusof ayat 1-6
Ya Latif 7x
Dan selawat 7x
Selepas itu bagi suami @isteri minum ,buat setiap hari inshaaAllah jika sebelum ni Suami@isteri baran ,akan kurang baran nya,Hubungan itu akan jadi lebih mesra Dan rapat.
Sebaiknya buat setiap pagi Dan sebelum tidur ..Semua atas izin Allah…
Buat dengan yakin Ikhlas inshaa Allah pasti di permudahkan.Moga hubungan kita bersama Suami&Isteri bahagia Dunia dan Akhirat Aamin.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.