Bila sebut sahaja tentang ibu mengandung ini, pasti terbayang betapa gigihnya membawa bayi selama 9 bulan. Kebanyakan ibu hamil ini akan mengalami kesukaran terutama ketika berjalan.
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir yang sukar untuk masuk ke dalam kereta. Sama seperti kisah pelakon Fizo Omar dan isterinya yang difahamkan tersangkut dalam kereta sport ketika mencuba untuk keluar.
Menerusi satu hantaran di lama Instagram, Fizo berkongsi sebuah video yang memaparkan kelakuan isterinya yang mencuba masuk dan keluar daripada kereta sport itu ketika usia kandungannya sudah mencecah 8 bulan.
Namun, lebih mencuit hati apabila isterinya menghadapi kesukaran untuk keluar pula setelah berjaya masuk ke dalam kereta sport tersebut.
“Ibu mengandung 8 bulan hampir terlekat dalam kereta McLaren. Kisah benar tapi sekadar hiburan sahaja,” tulis Fizo dalam nada gurauan.
Sebelum ini Fizo mengungumkan berita kehamilan anak keduanya dan mengesahkan bahawa Wan Khaleeda dan anak sulungnya Wan Maryam akan bergelar kakak.
Meninjau pula ke ruangan komen, kebanyakan netizen terhibur dengan telatah pasangan suami isteri ini.
Sumber: Instagram Fizo Omar