
Rezeki itu tidak pernah salah alamat. Jadi jangan putus asa untuk mencuba apa juga perkerjaan. Bagi yang belum atau telah diberhentikan kerja, boleh cuba memohon kerja sebagai kakitangan awam.
Malah, ada ibu bapa meletakkan pengharapan agar salah seorang anak dapat bekerja sebagai kakitangan kerajaan di samping mempunyai pelbagai manfaat terhadap keluarga. Tak salah kan mencuba, mana tahu, rezeki.
Untuk bekerja sebagai kakitangan awam pemohon perlu mengisi maklumat melalui laman SPA9 iaitu satu sistem yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Nampak mudah, tapi jika belum mengetahui bagaimana untuk mendaftar boleh ikuti panduan yang disediakan oleh guru ini.
Menerusi TikTok, guru Zeti Norani ini menunjukkan video untuk memohon sebarang jawatan SPA.
Ikuti lanjut video ini.
@zetinoraniSiapa nak mohon kerja gomen.. boleh try isi ya. Jawatan ikut tahap pendidikan. Good luck ##shouldbeme ##tiktokmalaysia ##gurutiktok ##gurumalaysia♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline
Selamat berjaya!
Sumber: Zeti Norani
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
<<<<<
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Seawal 6 bulan Sebelum Dah War-warkan…”-213 Ahli Keluarga Ahmad Zainab Abdul Majid, Berkumpul Meriah!

Sebut sahaja mengenai penganjuran Hari Keluarga, tentu sudah ada yang dapat membayangkan kemeriahan dan keseronokkan kerana dapat berkumpul bersama keluarga dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik.
Pun begitu, ianya juga bukanlah kerja mudah. Lebih-lebih lagi untuk menghimpunkan pelbagai generasi yang membabitkan keluarga besar dengan jumlah keseluruhan ahli seramai 255 orang!
Berkongsi detik manis pada perjumpaan Hari Keluarga AZAM baru-baru ini, Puan Rafidah Arif yang juga merupakan generasi ke dua keluarga besar ini telah berkongsi kisahnya bersama KELUARGA.
Dafahamkan Rafidah atau lebih mesra disapa Fidah juga merupakan salah seorang AJK dalam Persatuan Kebajikan AZAM.
“AZAM singkatan dari Ahmad Zainab Abdul Majid. Haji Ahmad dan Hajah Zainab ialah tunjang utama tercetusnya persatuan keluarga ini. Sebelum 2022, AZAM adalah kumpulan tidak rasmi diwujudkan oleh muafakat adik beradik seramai 11 orang (total 12 tapi kakak sulong telah meninggal tanpa waris).
“Hari keluarga AZAM pada awalnya adalah acara tahunan untuk menjalinkan hubugan dan kemesraan antara ahli keluarga. Setiap adik beradik akan mengambil giliran menjadi tuan rumah acara hari keluarga tahunan ini.
“Tahun 2001 adalah acara pertama hari keluarga ini diadakan. 2023 adalah hari keluarga ke-16 untuk AZAM. Tergendala 4 tahun akibat wabak covid, 2019 kami adakan di Shah Alam,” ceritanya panjang lebar.
Di bawah ini susunan hari keluarga yang telah diadakan:
- Rompin – 2001
- Hos Othman Ahmad: Segamat – 2002
- Hos Azizah Ahmad: Kluang 2003
- Hos Khalid Ahmad: tempat tak ingat 2004
- Hos Habibah Ahmad: Sg Buloh 2005
- Hos Zainal Abidin Ahmad: Uitm Shah Alam 2006
- Hos Anom Ahmad: masjid gombak 2007
- Hos Zaiton Ahmad: Dewan belia Seksyen 7 Shah Alam, 18 Oktober 2009 /29 Syawal 1430
- Hos Adnan Ahmad: Dewan Raya Sri Pulai, Johor Bahru 25 September 2010
- Hos Zainon Ahmad: Janda Baik 10 Jun 2011
- Hos Asri Ahmad: Restoran Asam Pedas, Bangi 2012
- Hos Othman Ahmad: Restoran Asam pedas 15 September 2013
- Hos Azizah Ahmad & Khalid Ahmad: resort di Melaka 2015
- Hos Zainal Abidin Ahmad: Restoran Asam Pedas, Bangi 22.7.2017
- Hos Habibah Ahmad, Anom Ahmad & Ariff Ahmad: Sek.9, Shah Alam 17.8.2019
- Hos Zaiton, Adnan, Zainon dan Asri Ahmad – Morib 3-4 June 2023
“Jadi untuk tahun ini kami berkumpul di Gold Coast Morib, Sepang pada 3 & 4 Jun 2023 yang lalu dan berjaya menyatukan empat generasi, iaitu seramai 213 ahli keluaga yang hadir daripada 255 jumlah keseluruhannya.
“Hari keluarga kali ini dianjurkan oleh 4 ahli keluarga induk, keluarga 4 generasi pertama AZAM iaitu Zaiton, Adnan, Zainon dan Asri Ahmad. AJK hari keluarga 2023 terdiri daripada generasi kedua empat keluarga ini. Mereka melakukan semuanya dari recci Kawasan hinggalah menjayakan hari keluarga,” ujarnya dan memaklumkan bahawa seawal 6 bulan sebelum setiap ahli keluarga telah diwar-warkan tentang hari keluarga ini.
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Macam-macam Aktiviti, Gamatkan Suasana
Berkongsi mengenai aktiviti sepanjang 2 hari 1 malam di Gold Coast Morib, nyata ianya sarat dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Bukan sahaja untuk aktiviti anak-anak bahkan acara untuk orang dewasa juga tidak kurang menariknya. Ini sekali gus menjadi antara kenangan terindah untuk dikenang oleh setiap generasi.
Gambar sekitar Hari Keluarga AZAM
“Kami ada sebidang tanah yang telah dibina surau dan diwakafkan surau itu kepada Majlis Agama Islam Johor. Surau terletak di Kg.Majid, Kluang, Johor. Surau telah dan sedang digunakan oleh orang awam terutamanya pekerja Econsave yang terletak betul-betul bersebelahan surau. Kini kami dalam fasa membina rumah kediaman untuk anak-anak tahfiz yang mengimarahkan surau tersebut. Buat masa ini pelajar-pelajar tahfiz itu menyewa berdekatan surau, kami berharap dengan adanya kediaman bersebelahan surau memudahkan lagi proses menuntut ilmu anak-anak itu,” kongsinya lagi di akhir perbualan.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Kematian Itu Pasti, Mungkin Ini Hari Terakhir Isteri Gosok Baju Suami. Deep Perkongsian Wanita Ni!

Satu perkongsian diulang siar oleh puan Ashikin Hashim menerusi laman facebooknya cukup menyentuh hati. Perkongsian itu dimuat naik satu ketika dahulu selepas terkesan dengan berita kematian sepasang suami isteri dalam satu kemalangan jalan raya.
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Menurut Puan Ashikin, hebatnya ayat Allah ini yang mengingatkan kita, bukan hanya sekadar lafaz bila dengar khabar kematian. Sebaliknya ia adalah tanda peringatan oleh Allah SWT terhadap kita yang masih hidup ini.
KEMATIAN ITU PASTI: BAJU SUAMI YANG TERAKHIR AKU GOSOK
—————————————————————————————————
Edisi Repost
Mak-mak…
Allah berfirman di dalam surah Al Baqarah ayat 156
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Inilah ucapan istirja yang paling banyak saya dengar dan baca hari ini kerana perginya menghadap Allah, 2 orang insan yang dipanggil ibu dan ayah oleh anaknya yang bernama Hana Safiyyah iaitu pelajar Genius Aulad Seksyen 23 Shah Alam.
Peristiwa ini berlaku seolah-oleh ulangan kejadian yang menimpa sahabat kepada anakanda saya iaitu Daris yang juga kehilangan ibu dan ayah (termasuk adik bongsunya) di dalam satu kemalangan jalan raya sama seperti ibu ayah Hana Safiyyah.
Ucapan ini diucapkan apabila kita mendengar khabar dukacita (bukan hanya tentang kematian).
Hebatnya ayat Allah ini. Ayat yang mengingatkan kita, bukan hanya sekadar lafaz bila dengar khabar kematian. Kita yang hidup ini yang sebenarnya diperingatkan oleh Allah SWT 😭
Mak-mak…
Ucapan ini adalah ucapan untuk kita juga sebenarnya.
Kita kepunyaan Allah.
Suami kepunyaan Allah.
Anak-anak kepunyaan Allah.
Ibu ayah kepunyaan Allah.
Tiada pun milik kita. Allahu akbar 😭
Tiada yang milik kita. Allahu akbar 😭
Semua yang kita ada hatta suami yang paling kita cinta dan damba setiap waktu pun kita tak mampu nak pegang hati dia. Walau kita tembok dia sekukuh tembok besar China sekalipun takkan dapat kita menahan dan memegang hatinya.
Semua yang kita ada hatta anak-anak yang kita sayang dan jaga bagai menatang minyak yang penuh. Tak bagi walau seekor nyamuk gigit anak kita pun tak mampu kita ikat dan paksa dia dengar cakap kita.
Hati mereka Allah yang pegang.
Kita hanya mampu merayu, sembah sujud dan mohon kepada Allah untuk minta kepada Allah.
Maka apa yang kita bangga sekarang: suami romantik, anak bijak, rumah besar, kereta mewah, pekerjaan hebat.. Itu semua ihsan Allah. Itu semua hibah dari Allah.
Satu hari nanti kita bakal menghuni barzakh. Lebih lama dari kita huni dunia mungkin.
Allahu akbar 😭
Bila-bila masa Allah boleh ambil nyawa kita.
Tapi kita selalu alpa.
Kita leka dengan dunia.
Bangun tidur ingat dunia.
Solat kita susahnya nak khusyuk
Doa tak sungguh-sungguh.
Kita tak jadikan akhirat dan jumpa Allah itu matlamat kita
Ini semua saya 😭 Saya cakap pada diri saya sendiri.
Mak-mak…
Ramai yang risau kalau aku mati siapa nak jaga anak-anak aku.
Kalau aku dengan suami aku mati serentak macamana rumah, kereta, duit, anak-anak.
Kalau aku yang pergi dulu, suami aku kahwin lagi ke.
Allahu akbar… Itulah fikiran kita. Betul tak mak-mak.
Saya pujuk diri.
Janganlah risau… Allah ada.
Allah sebaik-baik PERENCANA.
Allah sebaik-baik PERANCANG.
Dari kita mati sampai ke siapa yang menjaga apa yang kita tinggalkan semua Allah dah susun atur cantik.
Jom lah mak kita teruskan hidup ini.
Semoga Allah bagi senafas lagi buat kita untuk terus berbakti kepada keluarga.
Mungkin hari ini hari terakhir kita gosok baju suami kita.
Selamat malam.
Sumber: Ashikin Hashim
Pelakon Lagenda Wahid Satay Meninggal Dunia. Tak Bermaya, Hanya Terlantar Seminggu Sebelum ‘Pergi’

Pelakon lagenda sekitar tahun 1950 an, Abdul Wahid Haji Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Wahid Satay dilaporkan meninggal dunia pada usia 93 tahun di Singapura, kira-kira jam 8 pagi ini di kediaman anak keduanya di Teban Gardens Road, Singapura, pagi ini.
Cucunya, Mahirah Mohd Yasin, 38, berkata, arwah datuknya menetap dengan ibu bapanya selepas selepas pemergian arwah nenek, Allahyarham Azimah Mohd Taib pada 1994.
“Arwah menghembuskan nafas terakhir di rumah ibu bapa saya kerana menetap bersama kami.
“Jika diikutkan arwah tidak boleh bangun dan hanya terlantar di katil dalam biliknya sejak seminggu lalu.
“Arwah sempat meraikan Aidilfitri bersama kami, namun kesihatannya merosot selepas beberapa hari menyambut raya.
“Kami membawa arwah ke hospital, namun dibawa pulang dan dipantau berehat di rumah,” katanya.
Kata Mahirah, arwah datuknya mempunyai penyakit jantung dan diabetes.
“Ibu jari kakinya pula ada jangkitan kuman. Bulan lalu arwah dimasukkan ke hospital disebabkan jangkitan ini dan serangan jantung ringan,” katanya.
Wahid yang juga bapa kepada enam cahaya mata dan datuk kepada lebih 20 cucu itu disifatkan sebagai seorang yang penyayang.
Mahirah berkata, dia berterima kasih meskipun arwah datuknya sudah lama tidak aktif dalam bidang seni, namun masih diingati.
“Terima kasih mengambil tahu mengenai pemergian arwah. Doakan yang baik-baik buat arwah datuk,” katanya yang tidak dapat menahan sebak.
Jenazah Allahyarham Wahid akan dibawa ke Pusara Aman, Singapura pada jam 1 tengah hari untuk dimandikan dan diuruskan pengebumian.
Menjadi sebahagian sejarah kegemilangan filem Melayu klasik antara era 1950-an hingga 1960-an, Wahid atau nama sebenarnya, Abdul Wahid Ahmad terkenal dengan filem terbitan studio Cathay Keris seperti Pontianak pada 1957, Sumpah Pontianak (1958), Che Mamat Parang Tumpul (1960) dan Badang (1962).
Kerjaya lakonannya bermula ketika bekerja di studio sebagai tukang cat sebelum ditawarkan menjadi pelakon tambahan dalam filem Pertaruhan sekitar 1940-an.
Kehebatan Wahid yang boleh meniru suara haiwan seperti ayam dan burung juga satu kelebihan suaranya sering kali digunakan sebagai latar belakang bagi filem tertentu.
Sumber : Harian Metro