Melatih anak-anak kecil untuk berpuasa bukanlah mudah, dan sebab ini juga ada sebilangan ibu dan ayah membuat tindakan dengan terus memaksa anak-anak untuk berpuasa sehari penuh walaupun mereka sudah seakan tidak larat lagi.
Sungguh, tidak ada salahnya kita mendidik anak sedari kecil sebagaimana kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, dan kita juga percaya bila anak dapat lakukan berpuasa setiap hari, lama kelamaan ibadah ini tidak membebankannya sebagaimana peribahasa Melayu ada menyebut alah bisa tegal biasa.
Pun begitu, dalam menilai wajar atau tidak tindakan kita itu, ayuh kita fahami perkongsian daripada seorang ustaz yang mengajar anak-anak di pra sekolah. Jom semak.
Saya teringat kepada peristiwa beberapa tahun lepas yang telah berlaku di sekolah kami.
Tamat sahaja kelas prasekolah jam 12.00 tengah hari, keluarlah anak-anak kecil pra kami dari kelas menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang. Mak dan ayah semua dah tunggu. Dari dalam bilik, boleh dengar riuhnya suara budak-budak kecil ini bertanya kepada kawan masing-masing tentang puasa ke tidak.
Kami yang di dalam pejabat, melayan ajelah dengan melihat dan mendengar jawapan serta gelak ketawa sesama mereka. Sedang kami perhati, lalulah di luar pintu pejabat kami seorang anak prasekolah. Berjalan perlahan dan duduk betul-betul depan pintu pejabat kami.
Muka dia sayu. Nampak macam menangis. Saya buka pintu dan bertanya,
“Kenapa awak ni? Ada orang usik ke?”
Dia menjawab dalam sendu “Nak minum air, nak minum air. Penat”.
Kawan saya, Amirul pun datang menghampiri kami, lalu berkata “Lah minum ajelah. Pergi kat water cooler tu. Ambil air dan minum”.
Budak tadi menjawab lagi “Mak tak kasi. Nanti mak marah. Mak cubit. Mak suruh puasa. Mak tak bagi minum. Tak nak minum. Tapi haus. Nak minum air, nak minum air”.
Ads
Kasihan.
Kemudian datanglah kawan-kawan kami yang lain memujuk. Puas pujuk, dia tak nak juga. Akhirnya, kami sepakat bagi dia sebotol air mineral, paksa dia minum.
Saya gunakan nama saya dan bagitahu “Kalau mak tanya atau marah-marah cakap siapa suruh minum air ni, bagitahu mak, Ustaz Wan yang kasi minum”.
Dia pun minumlah air tu. Adalah dalam 2-3 teguk. Tak nak dah. Bimbang sangat dia kalau-kalau maknya tahu.
Inilah yang kita alami sekarang. Mak dan ayah sibuk suruh anak berpuasa. Bangga sangat anak kecil mereka sudah boleh berpuasa penuh dan ada juga yang berbangga anaknya hanya tinggal beberapa hari sahaja tak berpuasa.
Ads
Habis satu kampung dijaja pasal anak kecilnya hebat berpuasa, dimasukkan juga berita tentang anaknya itu ke dalam grup whatsapp minta pujian.
Kalau anak yang tak puasa pula, siaplah diugutnya dengan berkata lebih kurang kalau tak puasa tak dapat beli baju raya, tak dapat duit raya, tak dapat main game dalam telefon dan macam-macam lagilah.
Kawan-kawan,
Sama ada kita mak atau ayah, guru, pengusaha tadika, pengasuh kepada anak-anak kecil ini, pastikanlah kita tak memaksa mereka berpuasa.
Kalau ya pun nak didik dan ajar anak-anak ini berpuasa, tidaklah perlu sampai menyeksa mereka. Tak pasal-pasal pahala yang kita patut dapat berganda di bulan mulia ini, hilang begitu sahaja.
Bagi mak dan ayah, bekalkan anak dengan makanan dan minuman bila dihantar mereka ke sekolah, rumah pengasuh, tadika dan lain-lain tempat yang seumpamanya. Ini kerana memang banyak tempat kita hantar anak tu yang sibuk memaksa anak-anak kita berpuasa. Suruh anak kita puasa, dalam bilik dia ada bau maggi boleh aje kan.
Ads
Eh nak termembawang pula.
Anak-anak yang mampu berpuasa tanpa paksaan itu adalah bonus bagi mereka. Itu pun tetap kita kena tanya dia daya ke tidak untuk berpuasa. Yang tak mampu, yang tidak berpuasa, tiada masalah.
Didik anak dengan solat dahulu. Bila dia jaga solat, pandailah dia jaga semua tu.
Lihat mana keutamaan yang perlu kita buat kepada anak-anak dalam mendidik hal-hal agama kepada mereka.
Dahulu, Almarhum Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz dah sebut pasal ini. Boleh cari dalam Youtube atau mana-mana sumber dalam media sosial yang lain.
Pahala puasa kita tak akan terjejas apabila kita didik anak-anak dengan cara yang betul dan tidak menyeksa mereka dalam bab puasa.
Bayangkan, andai kita menongkah arus, memaksa mereka, menyeksa mereka dengan menyuruh berpuasa sampai habis, tak bagi mereka makan dan minum apabila lapar sedang mereka masih budak-budak, masih anak-anak kecil,agak-agak kita ini masih diberi ganjaran pahala atau tidak?
Semua dah besar panjang. Boleh berfikir secara waras. Tahu jawapannya.
Sumber : WS Adli W Muhammad,
Didik anak dengan cara yang betul, bukan ikut membuta tuli.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebagai wanita yang telah berkahwin, kita sering meletakkan dan berharap suami dapat membahagiakan kita hingga ke hujung nyawa. Umumnya, kita mahu suami adalah insan terbaik untuk kita, namun jika ada kekurangannya sering juga menyebabkan rasa kecewa dan lebih teruk menjadi punca kemarahan dan sekali gus menghilangkan kemanisan dan kebahagiaan berumah tangga.
Untuk itu, apa yang harus kita lakukan sebagai isteri agar bahagia yang kita impikan dapat dirasai hingga hujung nyawa bersama pasangan. Untuk itu, ikuti perkongsian Ummu Izz yang diharapkan dapat membantu ramai isteri untuk menjadi iterbaik dan sekali gus memiliki suami terbaik.
Dulu saya selalu berharap bahagia dari suami, bila harapan diletakkan pada makhluk, maka saya banyak kecewa, marah dan sedih bila suami tak capai standard/piawaian yang diharapkan.
Dalam banyak perkara, saya nak suami ubah jadi begitu begini, jangan buat begitu begini, jenuh hari-hari saya membebel, marah, sindir suami dan sebagainya, dengan harapan suami akan berubah.
Dalam masa yang sama, saya tak rasa saya salah, sebab semua saya ajar suami yang baik-baik, membebel suruh jadi baik, suruh jadi soleh, suruh pimpin anak isteri dan sebagainya perkara yang baik-baik.
Dimana salahnya saya?
Rupa-rupanya salah saya pada AKHLAK. Allah tidak pandang siapa betul siapa salah, tapi kita sering tertipu dengan “aku betul, kau salah”.
Jika “siapa betul siapa salah” jadi ukuran, sudah tentu Nabi saw tak pernah mengaku salah dengan isteri Baginda, yang ketika itu memang Baginda tidak bersalah, tapi tetap juga Baginda mengaku salah.
Itulah akhlak yang mulia.
Akhlak saya tidak baik, membebel sikap yang tidak baik, marah-marah adalah sifat syaitan, bagaimana saya ingin menyeru hati manusia menjadi baik, sedangkan akhlak saya sendiri tidak baik?
Saya menyuruh kebaikan, pada masa yang sama saya suburkan kebencian dalam hati suami dan anak. Sebab itulah bebelan, herdikan, tengkingan, tidak akan jadi “asbab hidayah” untuk orang sekeliling berubah.
Membebel, memarahi secara menengking, mengherdik, ia bukan kaedah mendidik, sebaliknya ekspresi kemarahan yang dilepaskan oleh nafsu mazmumah dalam diri.
Kaedah mendidik manusia, tidak dapat tidak adalah kaedah Nabi yang tersusun cantik dalam sunnah Baginda saw.
Akhlak must comes first.
Jika tiada akhlak, bahkan membebel meleteri 24 jam non-stop sekalipun, tiada hati yang terpikat untuk berubah menjadi lebih baik.
Perkara yang baik perlu diajak dengan kebaikan, bukan dipaksa dengan kebencian dan hati yang panas membara. Tiada jiwa manusia yang tenang saat sedang membebel.
Dimarahi, dileteri, ditengking, dihina, diherdik, tak ada jiwa manusia yang suka perkara begini, tapi semua membenci. Asbab itulah Baginda tidak mendidik dengan kaedah yang dibenci oleh fitrah manusia ini, kerana ia menjauhkan dan merosakkan hati-hati yang baik.
Di satu ketika apabila saya muhasabah diri, saya “pejam mata” akan kekurangan suami, saya mula bicara dengan Allah kembali, saya letakkan harapan pada Dia Yang Satu, saya ubah diri sendiri tanpa pedulikan ingin mengubah suami atau orang sekeliling.
Hebatnya Allah Ta’ala, bila saya fokus ubah diri sendiri, Allah tak semena-mena mengubah suami saya.
Dulu saya penat lidah, penat emosi, penat mental membebel setiap hari, tapi sebaliknya keburukan yang saya dapat, bergaduh siang malam, hati tak tenang, stress, jiwa kacau, tapi once saya ubah diri saya, baiki solat, jaga solat awal waktu, baiki akhlak sendiri, baiki hubungan dengan suami, fokus didik anak, tanpa sepatah kata, Allah telah ubah dia, malah jauh lebih baik dari apa yang saya mahukan selama ini.
Beliau jaga solat berjemaah 5 waktu di masjid, makin banyak luangkan masa dengan anak-isteri, berkasih-sayang, berlumba-lumba khidmat dalam rumahtangga, tiada lagi sikap berebut malas, bersama-sama berpimpin tangan berganding bahu, lead anak buat khidmat diluar rumah, jaga amal, ikram ahli keluarga, infaq sana sini, masya Allah…
Benarlah Allah kata, “jika kamu bersyukur, maka Aku akan tambah nikmatKu kepadamu, namun jika kamu kufur, sesungguhnya azabKu amat pedih” (QS,14:7)
Teringat pada kata-kata Ustaz Ebit, “jangan ubah pasangan kita, tapi ubah diri kita”
Akhlak Ustaz Ebit saja telah dapat tarik arwah ibu beliau meninggal dunia dalam Islam, akhlak Ustaz Ebit saja dapat tarik ayah beliau mengenal Allah, akhlak Ustaz Ebit saja dapat tarik isteri beliau terjun dalam kerja-kerja dakwah, akhlak para daie ini bahkan telah berjaya menarik golongan LGBT, mat rempit, drug addicts, dan sebagainya ummat yang jauh dari agama.
Yang mana mereka bukan telah confirm neraka, dan kita pula bukan telah confirm syurga.
Saya yakin, tiada kejayaan melainkan dengan cara Nabi saw dan para sahabat radhiaLlahu ‘anhum, yakni orang-orang yang telah berjaya, yang dijamin syurga oleh Allah ta’ala…
Disclaimer: Post ini berkisarkan tentang akhlak dalam mendidik jiwa manusia, bukan ingin merendahkan sesiapa atau ingin memuji sesiapa, tapi digarapkan dalam bentuk pengalaman dan kisah peribadi saya sendiri.
Moga Allah ampun, moga Allah redha, tempat tuju kita semua akhirnya kembali ke sana jua.
sumber : Ummu Izz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sudah kita maklum semua, rokok adalah antara penyebab kanser. Namun ada lagi masih tegar sehingga menjejaskan kesihatan.
Biarpun tahu akan bahaya tabiat ini, masih lagi ada yang kekal dengan gaya hidup yang tidak sihat ini.
Nak tahu kesannya. Ikuti kisah benar yang boleh dijadikan iktibar.
Sebagaimana yang dikongsikan oleh saudara Haji Suhaimi Basar bagaimana beliau berhenti merokok.
Ikuti kisah ini.
AKU ROKOK DAN 2 JENIS KANSER
MULA MEROKOK
Tahun 1977,baru form 2
1st time merokok,masa duduk kampung, kat dlm jamban.Jamban kat luar rumah.
Tak tahu lah,time tu,rasa sangat nak merokok.
Dua puff,dah goyang kepala.
Lepas tu,tak heavy sangat merokok,bila ada je,baru hisap,tu pun ngan kawan2 (Saya tak salah kan kawan2,saya hisap rokok,diri sendiri yg punya kehendak).
Kalau kenduri kawin kat kampung tu meriah lah,Tuan rumah supply berkotak2.
Dunhil,Benson,Gudang Garam,semua ada.
Naik form 5 dah ligat sikit,Time tu baru 45 sen utk 7 batang,5 sen mancis.50 sen kat poket dah cukup beli sekotak.
Sebelum masuk sekolah,lepak kat tempat parking basikal.Ada lah 5 ke 6 org geng.
Nak masuk sekolah,kotak rokok ikat kat betis.
Masa sekolah dulu,sebatang rokok bole hisap 3 org kongsi2.Sampai habis ke puntong.
Kalau hisap dlm tandas sekolah,tak kira apa bau dlm tu.Sedut gak.Those days lah.
Lepas sekolah dah keje,dah heavy.
Satu hari satu kotak.20 batang.Memang susah nak berenti dah.
Sampai lah kawin.
Alhamdulillah.Mak Hajjah,tak pernah bising saya hisap rokok,tapi,dia tak akan beli kalau saya mintak tolong,segan,dia kata.
Dulu,saya tak pernah ketandusan rokok.Mesti ada stok nya.Favourite.Dunhill.
Kat rumah ada 3 kotak standby,kat dlm kereta ada 2 kotak standby,kat opis ada 3 kotak standy.
Kat poket,biasa lah,sekotak.
Sebab saya beli se kartoon sekali.Senang,kalau putus rokok tak gelabah nak cari tengah2 mlm.
Doktor banyak kali nasihat suruh berenti,sebab kerap batuk. Saya dengar je Doktor,bebel.Masuk telingga kiri,keluar kat kanan.
Sampai lah saya batuk darah,pada hujung Dec 2009,tak banyak,satu dot je darah,tapi Dato Dr Wahab Suparlan,Chest Physician, Ampang Putri suruh saya warded.Further check dia cakap. Tiba2,dia bagi tahu saya kena TB,Tuberculosis.
Bila Dr confirmed kan saya ada sakit TB ( Tuberculosis) saya di beri rawatan kat rumah je.Doktor Wahab kata kena mkn ubat,non stop selama 6 bulan.Ubat pil tu pulak,2 bijik,besar seuras jari telunjuk.
MACAM MANA SAYA BERENTI MEROKOK.
Masa warded tu,Dr paksa saya berenti.Dia bagi ubat pil,bole tawar mulut/tekak dan rasa loya bila nak merokok,Tapi,ketagih nak hisap tu masih ada.
Masa warded tu,saya tak hisap kat ward,tapi turun ke bawah,kat emergency,tepi tiang.
Masa Dr Wahab beri saya pil berenti merokok tu,anak pompuan saya,suka sangat (time tu dia 9 tahun,rapat manja ngan saya) sebab nak ayah dia sembuh dari sakit TB yg dia rasa punca nya dari rokok.Dia ingat saya dah berenti.
Masa dia balik ngan Mak Hajjah,dlm kereta,dia nampak saya merokok lagi kat tepi tiang emergency tu,saya lihat dia terkejut tengok saya merokok lagi,sambil dia tutup muka dgn dua tapak tangan ,nangis.
Sedih,sayu lak tengok dia time tu,tiba2 macam tersedar.Ehh,ramai org nak aku berenti,dari Doktor hingga lah ke anak bini.Tapi,aku ni syok sendiri tanpa fikir perasaan org lain.
Terdetik time tu,ni last rokok aku hisap.
Alhamdulillah.Lepas discharge saya terus totally stop.
1st,3 week tu,memang struggle.Memang susah nak lupa,Ye lah dari umur 14 tahun sampai 47 tahun (33 tahun) merokok tanpa miss.
Alhamdulillah,sampai sekarang,terus tak hisap lagi.
KANSER PARU PARU
Dua minggu sekali,kena jumpa Doktor Wahab,utk dia review x.ray paru2 saya.
Sebab sakit TB ni dia lebih bersarang di paru2.
Dia notice,something abnormal shadow growth kat kanan paru2 saya. Dari besar 5 sen coin hingga ke sebesar 50 sen coin,dalam masa 3 bulan.
Biopsy di buat,dgn cara,saya meniarap dan satu jarum panjang di cucuk dari belakang badan saya.(Hidup2 Doktor tu buat,tanpa bius) Di cucuk hingga sampai ke tempat paru2 yg abnormal tu.Time jarum tu menusuk masuk,saya bole tahan lagi,tapi bila dia cubit sikit tisu paru2 saya,MasyaALLAH,sakit nya.
Lemah longlai,macam nak pitam pun ada,
Sebelum tu bole berlenggang utk procedure tu,lepas tu kena tolak ngan atas katil ke wad.Sakit nya.
Tisu paru paru itu di hantar ke lab dan confirmed.Stage 1A Lung Cancer.Giant cell carcinoma.
Ikut kata Dr ,kanser ni aggresive,silap silap dalam masa 6 ke 9 bulan bole terus ke stage 4. Dr memang bagi tahu,salah satu akibat kanser ni ROKOK yang saya hisap 33 tahun tu lah.
Saya dibedah (Lobectomy Surgery) oleh Dato Dr Samani pada 29.3.2010.Hari Isnin. Ambik masa 3 jam.
Masa sedar,saya dah di bilik ICU. Apa yg pertama keluar kat mulut saya,Ya ALLAH,Sakit nya.Ya ALLAH Sakit nya sampai lah ke malam.
Sepupu saya,datang jumpa Dr Samani,mintak bagi morphine tahan sakit kat saya.
Doktor kata dah maximum bagi dah tu.Dia kena tahan sikit sakit,sebab operate paru2 saya ni lagi major pada jantung bypass.
Memang sakit,tambah2 dgn drain tube,tembus dari belakang badan sampai ke paru2 saya.
Esok nya pindah ke wad biasa.Tak bole nak tidur dgn drain tube tu,nafas pendek (suku paru2 saya dah di buang) Memang tak rest duduk di wad masa tu.Duduk sakit,baring sakit,pusing kiri sakit,pusing kanan lagi lah,tempat operation.Tak lena tidur saya lima hari tu.
Hari ke 5,baru drain tube tu di cabut.Lega sikit.(Utk pengatahuan,drain tube ni kalau cabut tak sakit,walau pun hujung nya sampai ke paru2,hairan gak.
Saya kena 8 kali kimo,buat di Gleneagles,sebab time tu,Ampang Putri tak da lagi Oncologist.
Kimo di bawah selian oleh Prof.Dato Dr Fuad.
Saya ambil cuti sakit 8 bulan utk fully recovery dari operation dan sessi kimo.
Dulu,saya ingat kimo2 ni,macam kena baring kat katil bedah ke apa.
Rupa2 nya duduk kat kerusi,macam Ogawa tu,lepas tu drip air kat urat.
1st day nak buat kimo,nurse cari2 urat tangan,tak jumpak lak.
Tak da pilihan,kena buat kimo port.
Kena masuk bilik bedah lagi,full GA,buat satu kimo port,dekat2 ngan bahu kanan saya.
Dah ada kimo port ni senang lah nurse nak buat keje.
Kimo ni,ambik masa 3 ke 4 jam 1st day tu,saya cuba gagah berani utk bertahan.Lepas kimo,bole drive lagi dari Jln Ampang ke Bangi,pas tu balik ke Kg Pandan.
Hari kedua ok lagi.
Hari ke tiga saya tumbang,demam,mulut ulser,kepala berat,sembelit,loya,selera mkn tak da.
Memang2 tak selesa. Tu baru kali pertama,ada 7 lagi. Kimo ni tak bole buat direct hari2,kena rilek seminggu dua,baru kimo lagi.Nak kena ambik darah dulu,nak cek,darah putih ok tak utk kimo seterus.
Dah completed 8 kali,kimo,masuk keje balik 8hb Nov 2010 Tapi.masih lagi under observation oleh Prof Dr Fuad.
KANSER USUS PULAK
Masa hujung Nov 2010 saya kerap buang air besar berdarah.Buat colonscopy dgn Dr Arnand Bhupalan.Jumpa lak kanser usus.Stage 1B,Adenocarcinoma.Dekat Sigmoid.
Operation buang Sigmoid pada 28hb Dis 2010,oleh Dr Mahadevan. Yg ni pun lain macam sakit operation nya
Lima hari atas katil,tak mkn tak minum.
Perut terasa kembung,sebab proses healing usus tu nak lekat balik.
Bila angin dlm perut dah tak boleh nak keluar,Doktor Maha,suruh Nurse jolok tiub dari mulut.Jolok2,tak jumpa pulak saluran ke perut.Sampai dia org give up/surrender.Berdarah jugak lah tekak saya,kesan jolokan tu.Menahan lagi lah kekembungan utk mlm itu.
Hari ke 6,baru saya turun katil,bergerak selalu,baru lah keluar angin .
Kanser usus ni Doktor bagi tahu tak payah buat kimo.
Bulan April 2011,Alhamdulillah saya kembali bertugas hingga lah sekarang.
Konklusi nya,saya telah melalui dua operation yg major dan kedua2 nya memang menyakitkanTempohnya seminggu dua,lepas tu,dah bole terima, dia nya sakit.
Dan,punca nya,tentu lah dari ROKOK yg saya hisap dulu.
Doktor, kalau bagi tahu kita ni smoker dulu,memang dia org salah kan kita lah,siapa suruh hisap rokok.
APA YG BERLAKU MASA SAYA KENA KANSER TU.
Time tu lah,dengar saudara mara,sahabat handai yg consent dgn saya.Bagi nasihat tentang makanan.Sambil2 tu, jual gak produk mereka.
T.ksh jugak pada mereka yg bagi pendapat dan pandangan kat saya.
Tapi,
kita yg Tuan punya badan.Kita yg tanggung dia org punya teori .Duit kita yang keluar.Ribu2 dah rasa nya.Bukan dia org belanja .Saya rasa supplement ni tak payah lah,mahal,membazir.
Tanya Prof Dato Dr Fuad di Gleneagles.Yang merawat dan bagi kimo kat saya tu.Mintak pendapat tentang makanan utk pesakit kanser macam saya.
Dr Fuad kata.
You kata
Org Melayu kata jgn makan ini itu
Org Cina kata jgn makan ini itu
Org India kata jgn makan ini itu.
HABIS,YOU NAK MAKAN APA?
Kesudahan nya.
Saya makan apa yg saya rasa saya nak makan.Bagi saya,ALLAH bagi saya nikmat dunia ni utk makan,selagi bole makan,saya makan. Alhamdulillah.Dah lepas 10 tahun,kanser saya tak berulang lagi.
APA YG SAYA AMAL KAN SEKARANG
Fikir yg baik2 saja
ALLAH sayang kan kita. DIA dah bagi kita ‘hint’. Tak semua org dapat sakit yg macam mana kita dapat.
Sekarang, arahan dan appointment dgn Doktor tak pernah saya skip. Ikut apa yg dia org suruh.
Elak kan jumpa bomoh2,tambah2 yg guna kemenyan ni.
Nak ikhtiar perawat Islam,macam Darulsyifa,bole cuba.Tapi Doktor jgn tinggal kan.
Amalan saya hari-hari.
1) Minum air mineral kerap. Kalau kita buang air.Air kencing kita jernih. Tandas kena hari2.
2) Tiap2 pagi saya ambik satu biji Probiotics (21st Century nya product.Bukan nak promote,baru Rm17 ke Rm22 je sebulan,murah dan berkhasiat bagi sayalah.Apa2 pun,nak kepastian tanya Doktor anda). Ni baik utk usus.
Vitamin pulak Flavetttes atau Redoxon.
3) Makan saya tak pantang. Bagi saya tu nikmat ALLAH bagi kat kita.Tapi berpada2 lah.
Saya makan buah dulu ( contoh; epal, plum, kiwi, pisang, betik) baru makan nasi.
Tapi kalau kunyah makanan kena kerap.
Biar kita rasa dia hancur betul sebelum kita telan.
Kadang2 saya bayang kan.
Kalau tak hancur, macam mana usus kita nak buat keje.
Daging2 yg liat saya tak telan. Saya kunyah2. Rasa2 liat sangat saya luahkan balik.
Sambal2 tu kalau rasa pedas sangat tolak tepi lah.
Teh Tarik/Nescafe memang favourite,tapi ingat,macam kat atas tu,berpada2 lah.Seminggu 2 ke 3 gelas saya rasa ok lagi.
4) Tido 4 ke 5 jam je satu mlm. Siang tu…selepas solat dzuhur tido duduk 10 minit dah cukup.
5) Sedekah selalu,mana yg kita ada..
Saya kadang2 kerap bagi duit makan kat org2 asing yg keje kat negara kita ni. Kesian kat dia org cari duit jauh2 merantau.Mana2 yg kita nampak susah.Hulur lah Rm1 pun tak pa.Doa dia org lah yg kadang2 mujarab utk kita.,atas IZIN NYA.
Mana2 yg masjid/surau nak tegak tu,(sumbang2) lah mana yg kita mampu.
6) Solat awal waktu
Ada masa buat Qabliyah dan Baadiayah.
Dan setiap waktu saya akan buat ganti/qodho balik solat2 yg lagho dulu.Sunat Taubat,Hajat,Isyrak,Dhuha,Witir,Tahajjud,zikir selalu lah buat.
7) Lepas solat.
Kalau di rumah
Saya ngaji Quran. Satu waktu satu muka.Al Mulk tiap2 mlm.
Selalu nya sebelah Quran tu saya letak bekas tupperware minuman. Dah ngaji saya tiup kat air tu. Air itu lah saya anggap macam ruqyah penyakit yg ada pada saya dan air tu lah yg kerap saya minum.
Ngaji kena tahu hukum hakam tajwid nya.
Kalau tak pandai ngaji cari guru. Talaqqi dgn dia. In Shaa ALLAH
Sambil Al Quran tu dapat ‘merawat’ sakit kita. Al Quran juga lah yg menjadi syafaat utk kita di akhirat nanti.
8) Selalu ingat mati.
Yg muda mati yg tua pun mati jugak. Hidup kat dunia ni sementara je. 60/70 usia umat Nabi Muhammad.
Kalau dah lepas 60 tu. Alhamdulillah lah. ALLAH bagi kita umur panjang lagi utk kita buat ibadah.
Sebab kat akhirat tu selama2 nya kekal.
9)Mana2,yg merokok tu,berenti lah.Sedap nya diri sendiri je.Merana,nanti,bukan diri sendiri,tapi keluarga terlibat sama.
Saya ni bukan lah Alim sangat.Tapi ada lah sikit2 ilmu dapat dari kuliah/tazkirah dan kelas2 agama. Cari Ustaz/Mursyid yg bole bimbing kita ke Islam yg sebenar.
Lagi satu yg penting,sokongan dari keluarga.Terima kasih pada isteri saya,anak2, keluarga dan rakan2 yg selalu ada bersama saya masa susah dan senang.Mereka lah yg banyak bagi semangat utk hilang dan hindar kan ‘kanser’ ini.Doa dia org lah mungkin, salah sorang ALLAH terima.
Maaf jika ada kekurangan.
Mungkin ada perubahan dlm komen2 dan posting2 saya sebelum ini.
Tak sangka dalam keriangan bercuti hujung minggu, berlaku kejadian ngeri menimpa tiga individu yang sedang berhibur di pusat ria ataupun fun fair yang terletak di Puncak Alam.
Ketiga-tiga mangsa yang terdiri daripada dua orang wanita dan seorang kanak-kanak dipercayai tercampak ketika menaiki permainan ‘sotong ride’ di fun fair tersebut.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Abang kongsi keadaan adik
Terbaru, abang kepada kanak-kanak yang terlibat dengan kecelakaan itu, Saiful Azif tampil memuat naik video mengenai keadaan adiknya.
“Adik saya fighter guys.”
Dapat dilihat adiknya yang mengalami bengkak di bahagian muka dibawa masuk ke dalam ambulans dengan menggunakan pengusung oleh pegawai perubatan.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa yang ditemui Kosmo memaklumkan bahawa fun fair tersebut diarah untuk tutup serta merta bagi siasatan lanjut berhubung kejadian itu.
Arahan itu dikeluarkan selepas polis turut berbincang dengan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).
Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 6 Enekmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana beroperasi tanpa lesen.
Lah beroperasi tanpa lesen rupanya, syukur Alhamdulillah tak ada kematian yang berlaku tau. Kalau ada kematian, lagi teruk lah penganjur akan kena.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.