Anak-anak adalah amanah kita, tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa. Kitalah yang mencorakkan bagaimana kehidupan anak kita. Baik yang kita lakukan, baik jugalah jalannya.
Namun mendidik anak terasa cabarannya. Selalulah amalkan dua surah dan amalan ini buat anak, lebih-lebih lagi bagi mengelakkan anak degil dan mudah mendengar kata. Kita usahakan sama-sama.
Amalan untuk anak-anak.
Amalan ini saya terima dari Habib Muhammad Al-Jufri حفظه الله:
1. Iaitu ambilkan air lalu dibaca Surah Al-Fatihah sehingga pada ayat اهدنا الصراط المستقيم kemudian diulang sebanyak 7x @ 14x @ 21x @ 40x @ sebanyak mana yang mungkin.
Ads
Tiup di air atau dibuat minum. Seeloknya awal pagi, sebelum atau selepas Subuh.
Kata Habib: Penjagaan anak-anak di akhir zaman ni cukup penting, hatta amalan ini, jika kerap diamalkan InsyaAllah nafsu liar pun akan terkawal dengan izin Allah.
2. Bak Haji Yaacob حفظه الله juga berpesan supaya: Sebelum tidur bacakan ayat terakhir surah Ali Imran di ubun anak sebelum tidur. Ayatnya iaitu: (یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱصۡبِرُوا۟ وَصَابِرُوا۟ وَرَابِطُوا۟ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ)
Ads
[Surah Aal-E-Imran 200]
InsyaAllah anak-anak tak degil, dengar cakap.
Begitu juga, kalau ada suami isteri yang keras perangainya, kerja marah ja.
Ads
Maka, lepas baca boleh ditiup di ubun masa tidur atau sebelum tidur atau dibuat air minum.
Wallahualam Anak-anak kita adalah amanah Allah. Jangan biarkan rosak dengan nafsu yang liar
Perancangn kita sebagai hamba itu adalah usaha namun perancangan Allah itulah takdirnya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Baru-baru ini tular di Tiktok menerusi video yang dikongsikan oleh @JajaED yang berhasrat untuk mengucapkan terima kasih kepada ‘rider’ yang membantunya memberi laluan sewaktu dalam perjalanan ke hospital
Namun rasa sebak dan sedih menyelubungi hatinya apabila dia mendapat tahu rider Food Panda yang pernah menolongnya itu telah meninggal dunia akibat dilanggar oleh pemandu yang disyaki mabuk di Segamat, Johor.
Menerusi perkongsian video itu, wanita tersebut memaklumkan dia mencari penghantar makanan tersebut kerana pernah membantunya pada 20 September lalu.
Walau bagaimanapun, wanita itu terkejut apabila dimaklumkan lelaki tersebut maut selepas terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.
“Saya baru berniat hendak mencarinya. Dia membantu saya pada pukul 5, 20 September lalu. Saya sakit hendak bersalin, dia bantu membuka jalan untuk laluan kami.
“Ya Allah, mengigil saya apabila mendapat tahu dia adalah individu yang sama (membantu),” katanya.
Melihat di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna turut berkongsi rasa sedih dan terharu dengan kebaikan yang pernah dilakukan oleh rider tersebut.
“Semoga kebaikan arwah menjadi inspirasi kepada kita. Semoga beliau juga ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” doa antara yang dititipkan di ruangan komen.
“Subhanallah, meremang bulu roma apabila baca kebaikan yang arwah buat sebelum meninggal dunia. Semoga arwah tergolong dalam kalangan orang-orang yang mendapat syurga Allah,” ujar yang lain lagi.
“Semoga bantuan yg arwah bg pd akk nk bersalin ni menjadi salah satu asbab dia di tarik ke syurga,” komen yang lain pula.
Difahamkan, ‘rider’ dikenali sebagai Rudi Hermawan Sumarno itu meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Muar-Segamat pada Khamis lalu.
“Kalau Pergi Ke Mana-Mana Pun Pasti Berdua…”- Empat Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu Undang Pilu!
Perpisahan abadi dengan insan tersayang adalah sesuatu yang perit untuk diterima. Apatah lagi andai ujian kehilangan ini dirasai oleh anak-anak kecil yang kehilangan ibu dan ayah yang selama ini menjadi tempat bergantung harap.
Membayangkan nasib anak-anak yang ditinggalkan, nyata mengundang sedih dan pilu dihati orang sekeliling. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
Begitu juga halnya bagi adik Muhammad Amirul Ikhwan Ridzuan, 17, Muhammad Alif Irfan, 15; Nurin Alya Iwanie, 12 dan Muhammad Ridz Danial, 5 telah menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu dan ayah mereka terlibat dengan kemalangan jalan.
“Dalam sekelip mata, kami empat beradik jadi yatim piatu tetapi sebagai abang, saya perlu kuat demi adik-adik dan takkan berpisah dengan mereka,” kata Muhammad Amirul Ikhwan Ridzuan, 17 selaku abang sulung.
Memetik berita Harian Metro, difahamkan Muhammad Amirul Ikhwan adalah anak sulung pasangan suami isteri, Ridzuan Salleh @ Ramli, 42, dan Rosmawati Ismail, 39, yang maut selepas motosikal berkuasa tinggi Benelli TNT dinaiki melanggar belakang trak tentera di Kilometer 87, Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan di Gurun, semalam.
Ridzuan yang melecur dan mengalami kecederaan di badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Rosmawati meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini semalam.
Menurut Muhammad Amirul, ketika kejadian ibu bapanya dipercayai dalam perjalanan dari rumah mereka di Taman Permai Utama, Jeniang di Gurun menuju ke HSAH untuk menziarahi nenek mereka yang sakit.
Katanya, dia yang ketika itu berada di tempat tuisyen di Guar Chempedak, terkejut apabila dimaklumkan rakannya yang ibu bapanya terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia.
“Awalnya saya dapat tahu cuma abah meninggal manakala ibu pula dimasukkan ke Unit Kecemasan HSAH dan tak lama kemudian dapat berita ibu pula meninggal.
“Memang terkejut tapi saya kena kuat demi adik-adik apatah lagi saya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik.
Tunai Amanat Ibu
Muhammad Amirul berkata dia akan menjaga adik-adiknya, Muhammad Alif Irfan, 15; Nurin Alya Iwanie, 12 dan Muhammad Ridz Danial, 5, malah tidak akan berpisah walau apa yang terjadi.
Muhammad Amirul Ikhwan yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Enggang, Batu 5, Sik berkata, dia akan sentiasa ingat amanat ibunya supaya menjaga adik-adik dengan baik dan sentiasa menjaga solat lima waktu.
“Semalam, sebelum kejadian abah sibuk mengemas rumah sebab dia nak buat kolam depan rumah tapi tak sempat siap, mungkin itu petanda dia akan pergi buat selama-lamanya.
“Abah dengan ibu memang tak pernah berpisah. Kalau pergi ke mana-mana pun pasti mereka akan pergi berdua dan mati pun bersama,” katanya.
Muhammad Amirul Ikhwan berkata, setakat ini adik bongsunya paling terasa sedih di atas pemergian ibu bapa mereka kerana dia paling rapat dengan bapanya.
Ridzuan anggota tentera bertugas di Kem Hobart, Jeniang manakala Rosmawati berniaga secara dalam talian.
Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Segantang Garam di Merbok petang ini sebaik selesai bedah siasat dia Jabatan Forensik HSAH.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan masih diteruskan setakat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian jam 2.20 petang semalam berlaku apabila motosikal dinaiki suami isteri itu yang dari arah Alor Setar menghala ke arah Butterworth melanggar belakang trak tentera.
“Impak perlanggaran yang kuat itu menyebabkan motosikal yang ditunggangi pasangan terbabit terbakar di tengah laluan jalan,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Suami Isteri Panggillah Pasanganmu ‘Sayang,’ Hubungan Jadi Lebih Erat, Rasa Lebih Disayangi & Dihargai
Suami isteri, tahukah anda betapa penting sebenarnya panggilan sayang pada pasangan dalam hubungan suami isteri. Panggilan sayang ini merupakan salah satu panggilan manja buat pasangan selain baby, honey, abang, hubby dan sebagainya. Percaya atau tidak dengan membiasakan diri menyebut panggilan manja ini, ia mampu mengeratkan lagi hubungan suami isteri agar rasa lebih disayangi dan dihargai.
Janganlah masa zaman bercinta je, bersayang-sayang bila dah kahwin ada anak, panggilan sayang pun hilang.Digantikan dengan abahnya, maknya.. langsung tak sweet.
KATA-KATA POSITIF YANG BERI KESAN PERILAKU MANUSIA
Menurut Elite Daily dalam penelitian yang dilakukan oleh Harvard Law School, panggilan yang mempunyai unsur romantik dan lucu dikategorikan sebagai kata-kata yang positif yang memberi kesan terhadap perilaku dan keputusan yang dibuat oleh seseorang.Ia mewujudkan sebuah perasaan yang menyenangkan dan menenangkan dalam fikiran seseorang.
Walaupun nama panggilan yang diberikan kepada pasangan terdengar ganjil atau aneh, ia menunjukkan satu aras yang baik terhadap hubungan yang dimiliki oleh seseorang.
Satu penelitian yang dilakukan oleh Elizabeth Landau menunjukkan bahawa nama panggilan sayang terhadap pasangan merupakan tanda sihatnya sebuah perhubungan itu.
KESAN BAHAGIA DENGAN PANGGILAN ‘SAYANG’
Hasil yang positif mengenai panggilan sayang ini turut disokong oleh Pepper Schwartz dari University of Washington di Seattle. Dalam kajian yang dilakukannya terhadap 100 ribu pasangan, 76 peratus pasangan berpendapat mereka bahagia dengan gelaran dan panggilan sayang yang diberikan oleh pasangan mereka.
Panggilan tersebut digunakan sebagai pengingat tentang kedekatan dan betapa pentingnya hubungan yang mereka miliki. Hasilnya, mereka selalu bersama untuk saling melindungi dan mencintai.
Kesimpulannya, rajin-rajinkanlah diri memanggil pasangan dengan panggilan sayang. Lagipun kata-kata tu kan satu doa. Semoga berkekalan perasaan kasih dan sayang terhadap pasangan nanti.
Sumber: Elite Daily
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Solat berjemaah adalah satu ibadah yang menuntut kesempurnaan saf lurus, rapat, dan tersusun seperti mana yang diamalkan oleh para malaikat. Namun, apabila melibatkan jemaah...