Mak Ayah ‘Buta IT’, Anak-Anak Jangan Ambil Kesempatan ‘Samun’ Duit Orang Tua Sendiri!

Share

Zaman sekarang dah maju, semuanya dibuat secara atas talian untuk memudahkan kerja. Bagi ibu ayah yang mana ‘buta IT’, terutamanya bagi urusan bank, orang yang paling dipercayai semestinya anak-anak.

Namun, siapa sangka, dek kerana percayakan anak, ibu ayah gelap mata duit di dalam bank rupanya habis dek kerana sifat ketamakan si anak. Jom ikuti perkongsian yang boleh jadikan pengajaran buat semua dan semoga Allah jaga hati kita untuk jauhi dari berperangai sebegini. Amin..

Jadikan pengajaran.

Anak yang diamanahkan pegang kad simpanan bank,
Anak yang tahu password kad ATM pencen orang tua,
Anak yang tahu password akaun Tabung haji,
Anak yang tahu jumlah akaun simpanan orang tua..

Biasanya dialah anak yang tinggal dekat atau rapat dengan orang tuanya..bukan anak yang tinggal jauh.

Orang tua pula tak celik IT..
Sepenuh kepercayaan hal simpan, pakai duit diserahkan pada anak tersebut.
Bahayanya anak tersebut jadi “gelap mata” bila tengok duit orang tua terkumpul banyak dan menyamun duit orang tuanya. Celakalah kamu penipu harta orang tua.
Berdosa kerana tidak amanah.

Moga Allah jaga hati kita dari sifat sebegini.

Moga anak pakcik makcik ini berubah..

ARTIKEL LAIN :

“Touchingnya…”-Sebelum Akad, Pengantin Bangun Peluk Ibu Minta Restu Buat Semua Jadi Sayu! – KELUARGA

“Asalkan Jadi Pitih Dan Halal..”-Danny X-Factor Tak Malu Buat Grab, Demi Cari Rezeki Untuk Keluarga! – KELUARGA

Kekal Sihat & Cantik Pada Usia 94 Tahun, Rupanya Ini Yang Pengasas Mustika Ratu Amalkan! – KELUARGA

Sumber : Isis Persona