Rezeki kepada ibu bapa yang ada anak berstatus orang kelainan upaya (OKU) kerana mereka layak mendapat caj cukai jalan (road tax) percuma.
Ini merupakan berita baik dan keistimewaan yang diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa.
Tentu tidak ramai ibu bapa yang ada anak OKU tahu tentang perkara ini. Sebenarnya bukan OKU sahaja yang layak memohon, tetapi ibu, bapa atau penjaga sah layak memohon kelebihan tersebut.
Bagaimanapun ia mesti tertakluk kepada syarat yang ditetapkan iaitu waris yang didaftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mestilah nama pemilik kenderaan.
Perkara tersebut dikongsi oleh Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertugas di cawagan Teluk Intan, Akhi Akmal di laman Facebook milik beliau.
Cara Buat Permohonan
Bukan roadtax RM2 je dapat percuma, roadtax Honda Accord Rm536 setahun pun dapat percuma.
Ads
Roadtax sahaja, bukan INSURAN. Sebab ramai yang tanya insuran kena bayar jugak ke. Ya, insuran masih kena bayar. Roadtax sahaja percuma.
Masih ramai lagi yang tak tahu untuk roadtax percuma bagi ibu bapa yang mempunyai anak oku.
Bukan untuk oku sahaja yang layak mohon, ibu ATAU bapa ATAU penjaga pun layak mohon. Dengan syarat waris yang didaftarkan di JKM mestilah nama pemilik kenderaan.
Contoh, Ali ada anak oku berumur 5 tahun. Dalam sistem JKM Ali sebagai waris. Kereta atas nama Ali, dan Ali ada lesen memandu.
Secara automatik Ali layak memohon roadtax percuma dengan syarat kereta tersebut buatan Malaysia atau pemasangan tempatan.
Ads
Bagi waris yang nak mohon roadtax percuma, boleh mohon di JPJ CAWANGAN atau JPJ NEGERI sahaja. UTC memang tak boleh ya.
Bawa dokumen original dan salinan 1 keping berikut:
Permohonan hanya sekali sahaja boleh digunakan. Contoh sekiranya oku tu sendiri nak mohon untuk dirinya, waris dah kira tak layak.
Syarat
1.ada lesen memandu
2.kenderaan pemasangan tempatan dan kenderaan nasional sahaja
3.hanya satu kenderaan kereta dan satu motosikal sahaja untuk satu permohonan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua ibu bapa yang dianugerahkan anak istimewa.
Walaupun waktu malam terlihat biasa sahaja bila bersama keluarga, namun jika digunakan sebaik mungkin pasti menjadi cukup bermaanfaat dan istimewa.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh keluarga Puan Ainun Mardhiah. Jom ikuti perkongsiannya.
Siapa yang sepatutnya ajar anak mengaji? Suami atau isteri?Ada sahabat yang bertanyakan soalan ini.
Saya jawab berdasarkan pengalaman.
Jawapan saya : Dua-dua.
Jika suami ada di rumah, beliau tidak mengajar di luar atau berkuliah maghrib, biasanya beliau yang akan mengajar anak-anak mengaji. Anak mengaji dengan abah ni kesannya lain. Fokusnya lain. Dengan ummi dia boleh gelak-gelak ye, dengan abah semua boleh fokus. Allah jadikan aura seorang bapa itu berbeza di dalam jiwa anak. MashaAllah.
Bila suami mengajar di luar, saya akan berusaha ambil alih tugas. Dalam kepala memang macam-macam nak buat. Nak kemas itu ini, ready baju untuk esok dan macam-macam lagi kerja yang tak pernah habis. Tapi sebab dah janji pada diri, Maghrib adalah waktu perdana untuk solat dan mengaji dengan anak-anak..Special!
Disiplin sungguh-sungguh. Lupakan kejap hal lain. Dan inilah sebabnya kenapa saya menolak semua ceramah di luar pada waktu malam. Masa anak-anak membesar hanya sekali. Masa yang sangat berharga.
Perlu ajar apa dulu? Boleh terus menghafal ke?
-Kenalkan anak-anak dengan huruf hijaiyah dulu. Nak guna Iqra’ atau Al-Furqan atau Qiraati atau Tamhid al-Baghdadi? Semuanya Ok insyaAllah. Pilihlah mana-mana yang kita berkenan. Yang penting konsisten.
-Dalam kereta boleh pasang CD Al-Quran Juz 30. Hari-hari anak-anak dengar InsyaAllah mereka akan terhafaz dengan sendirinya. Tenang-tenang aja. Yang penting selalu bercerita dengan anak kelebihan berdamping dengan Al-Quran ya.
Wajahnya yang cukup manis tatkala mengukir senyuman membuatkan ramai yang geram, apatah lagi melihat gelagatnya yang cukup aktif.
Walaupun baru 10 bulan, namun anak pasangan Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana ini sangat ligat. Kini Dia sedang belajar berjalan. Walaupun baru beberapa langkah namun sudah jatuh, namun tetap bangun dan bersemangat untuk mencuba lagi.
Memang cepat betul Urwa atau nama sebenarnya Arwa Malaikha Urwa ni nak ‘dapat kaki’ ye. Perkongsian tersebut dimuat naik oleh Nadzmi menerusi laman instagramnya.
Menerusi perkongsian tersebut, dilihat Nadzmi memberikan kata-kata semangat buat anaknya untuk terus mencuba walaupun beberapa kali terjatuh.
Ada budak 10 bulan dah start nak jalan. Terkedek kedek 🤣 Good job Urwa 🥰 Dont give up !
Namapun kanak-kanak, jika kena bebelan mesti makin nakal dibuatnya. Susah nak didik anak untuk lakukan rangsangan minda. Bukan memaksa anak-anak melakukan aktiviti membaca semata untuk merangsang mindanya tetapu melakukan aktiviti yang disukainya. Barulah mudah untuk memdidik anak-anak.
Perkongsian pakar ini ada benarnya, Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Ketua Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif psikologi perkembangan tahun awal serta soksiologi pendidikan usia praformal.
Perkataan berlawanan atau antonim perkataan ‘cerdas’ ialah ‘lembam’ atau ‘lembap’. Lawan kepada kanak-kanak cerdas ialah kanak-kanak yang lambat berfikir; tidak cekap menduga atau tidak cergas melakukan aktiviti. Papa dan mama mana yang tidak mahu anak manja mereka menjadi pintar lagi cerdas?
Saya tertarik dengan kata-kata pakar perkembangan kanak-kanak pada usia praformal (0-6 tahun), Dr Barbara Wolf. Kata beliau (terjemahan sedikit lebih kurang), “Orang dewasa rasa bahawa ‘mendidik’ kanak-kanak bererti kita perlu beri ceramah dan nasihat kepada mereka. Pendapat ini salah!
Sebaliknya, untuk merangsang minda dan mengasah kecerdasan si kecil, kita perlu mengambil kesempatan daripada ‘detik semula jadi sehari-hari’ untuk bertanya dan mengasah kecerdasan si kecil!”
Di bawah, disediakan lima aktiviti ‘detik semula jadi sehari-hari’ yang akan membantu merangsang minda si kecil menjadi pintar lagi cerdas
Aktiviti 1: Bermain bersama-sama
Si kecil mana yang tidak suka bermain? Luangkanlah masa setiap hari walaupun sebentar untuk bermain bersama-sama dengan anak anda, sesibuk mana pun anda dengan aktiviti harian lain. Ketika bermain bersama-sama, tanyalah soalan kepada si kecil.
Minta anak kecil anda terangkan apa yang dia sedang lakukan, tanya kepadanya tentang objektif permainan itu, kaitkan aktiviti itu dengan kemahiran mengira atau menulis, malah apa-apa sahaja yang menjadikan aktiviti bermain itu lebih ‘bererti’ boleh anda lakukan.
Bermain bersama-sama sambil berfikir dan bersembang bukan sekadar mengasah kecerdasan tetapi mama dan papa akan meningkatkan tahap ikatan (bonding) antara orang tua dan anak yang mengeratkan hubungan keluarga dan rasa sayang antara satu sama lain.
Aktiviti2: Membuat kerja-kerja di dalam rumah bersama-sama!
Memberi anak kecil anda tugas-tugas di dalam dan di sekitar rumah bukan sahaja memberikan rasa tanggungjawab. Malah ia akan dapat membantunya menguasai beberapa kemahiran hidup dan kemahiran asas lain.
Memang benar, ada kalanya si kecil sekadar ‘mengganggu’ ketika anda sedang menyapu lantai, melipat pakaian, membuat kuih atau mencuci pinggan mangkuk. Akan tetapi, mama dan papa perlu mengubah persepsi dan memberi peluang kepada si kecil untuk membantu mereka.
‘Membantu’ dalam konteks ini, biarlah berpadanan dengan usia si kecil manja itu. Yang paling utama, jangan sia-siakan peluang untuk menjana minda si kecil yang cerdas melalui aktiviti-aktiviti rutin di dalam rumah dan di sekitar kediaman anda.
Aktiviti 3: Makan dan minum bersama-sama!
Dalam kesibukan sehari-hari, papa dan mama kadang-kadang tidak dapat makan bersama tetapi waktu makan juga boleh menjadi masa untuk merangsang kecerdasan minda si kecil secara tidak langsung.
Kemahiran mengira boleh diasah dengan mengira berapa suap yang si kecil sudah makan, konsep warna boleh diasah dengan membandingkan warna makanan dengan krayon, asas pemakanan dan nutrisi pula boleh disampaikan kepada si kecil berusia antara 5-6 tahun.
Rutin sebelum makan seperti membaca doa makan dan melafaz ertinya juga jangan kita lupakan. Sambil mama atau papa menyuap makanan ke dalam mulut si kecil, suapkan juga asas-asas ilmu yang baik ke dalam minda aktif si kecil manja itu.
Aktiviti-aktiviti lain, bagaimana pula?
Kalau diikutkan, semua aktiviti seharian si kecil boleh menjadi aktiviti yang merangsang mindanya dengan syarat papa dan mama sama-sama ‘menyertai’ aktiviti berkenaan dan tidak mensia-siakan segala peluang yang ada untuk mengasah kecerdasan minda.
Berjalan bersama-sama di taman permainan, membeli barang rumah bersama-sama di pasar raya, melihat flora dan fauna yang ada di sekeliling kita, melihat dunia di luar kerana sedang menaiki kenderaan, termasuk juga bersedia untuk tidur.
Kesimpulannya, aktiviti-aktiviti rutin yang biasa anda lakukan, semuanya boleh dimanfaatkan ke arah kecerdasan. Cuma harus ditekankan di sini, biarlah aktiviti untuk mengasah minda itu sesuai dengan peringkat usia dan kecenderungan serta minat si kecil juga. Jangan terlalu ‘memaksa’ anak anda hingga aktiviti bermain berubah menjadi seakan-akan kuliah pelajar universiti pula!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...