Tiada angin tiada ribut, aktor Azlee Khairi dalam satu perkongsian mengesahkan dia kini sudah berkahwin buat kali kedua. Rupa-rupanya, dia sudah setahun memegang status sebagai suami dan ayah.
Pelakon yang pernah meledak menerusi drama Love You Mr Arrogant pada 2013 bernikah pada Januari 2021 dengan kru penerbangan dikenali dengan nama Nurul Hidayah atau Dhiya.
Azlee sebelum ini pernah berkahwin ketika namanya berada di puncak populariti dengan wanita dari Brunei sekitar tahun 2014. Ketika itu dia memilih menetap di sana dan tidak lagi aktif berlakon.
Bagaimanapun sekitar November 2019, Azlee kembali ke Malaysia dan berlakon semula. Pada 2020, dia turut mengesahkan yang dirinya bukan lagi suami orang.
“Ya, saya sudah bernikah buat kali kedua. Ini juga perkahwinan kedua buat isteri dan memiliki dua anak. Cuma saya tak boleh berkongsi butiran tepat mengenai isteri kerana dia tak gemar akan hal itu.
“Alhamdulilah perkongsian hidup kami kini turut dikurniakan anak lelaki berusia lima bulan.
“Majlis nikah kami pun secara atas talian secara sederhana dan dibuat membabitkan ahli keluarga serta sanak saudara masing masing,” katanya.
Terdahulu, entri perkongsian gambar sambutan hari lahirnya yang ke 33 tahun dimuat naik empat hari lalu di Instagram turut mengundang pelbagai spekulasi.
“Saya rasa ini waktu yang terbaik untuk menjelaskan perkara sebenar. Lagipun saya jenis yang tak suka menggembar gemburkan hal peribadi.
“Cuma ada yang yang netizen salah faham dan mengandaikan saya sudah ada dua anak. Salah seorang itu, anak tiri saya sebenarnya,” katanya.
Ads
Azlee atau nama sebenarnya Azlee Khairi Zulah Hainee berkata dia dan isteri sepatutnya mengadakan majlis persandingan pada Mac tahun lalu.
Bagaimanapun kerana situasi semasa COVID-19, perancangan itu tergendala.
“Selepas setahun juga, majlis yang ditunda itu akan diadakan pada 18 Mac depan di sebuah lokasi di ibu kota.
“Masa itu, saya akan berkongsi juga gambar pernikahan kami. Saya kena hormat permintaan keluarga masing masing,” katanya.
Ditanya mengenai kisah perkahwinannya yang terdahulu dan kedua kelihatan penuh misteri dan rahsia, Azlee percaya semua yang terjadi sesuatu yang tak terduga.
“Saya percaya soal kahwin ini paling penting keluarga tahu sudah memadai. Selepas itu, apa juga percaturan atau kesudahannya kita ikut rentak saja. Saya ‘just go with the flow’.
Ads
“Seperti mana manusia dan lelaki lain yang mendambakan kebahagiaan, saya tidak terkecuali. Cuma ada kalanya apa yang kita harap dan impikan tidak berakhir dengan kemanisan.
“Macam perkahwinan pertama saya yang tidak kekal. Sebelum berjumpa isteri pun saya ada kenal dan bercinta dengan orang lain. Tapi putus di tengah jalan. Ia proses kehidupan yang semua kena lalui.
“Apa pun, saya harap ikatan perkahwinan kali ini akan dirahmati dan kekal sampai bila bila,” kata pelakon drama Hari Kita Jatuh Cinta ini.
Malang tidak berbau. Anak perempuan pelakon dan pengacara, Yana Samsudin terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan di bahagian kakinya selepas tersepit pada rim basikal.
Hal itu turut dikongsikan oleh suami Yana, Fadzil Zahari yang berkongsi hal itu menerusi Insta Storynya.
Menerusi posting di Instagram, Fadzil berkata, dia segera membawa anaknya, Aisy Sofea ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan doktor memaklumkan tiada kecederaan serius.
“Kaki masuk dalam rim basikal. Saya berleter kepada dia (Sofea), awak nak jadi stunt girl ke?
“Selesai pemeriksaan X-ray dan tidak ada bahagian yang patah jadi kami pulang semula ke rumah,” kongsinya.
Suami kepada pelakon Yana Samsudin ini turut memberitahu dia perlu membawa anaknya ke hospital semula selepas terdapat jangkitan kuman pada kaki.
“Selepas tiga hari, badan anak saya gatal-gatal ingatkan alahan ubat. Pukul 2 pagi saya membawanya semula ke hospital.
“Doktor kata luka tersebut terkena jangkitan kuman dan perlu dimasukkan ke dalam wad untuk menerima rawatan,” katanya.
Semoga Aisy Sofea cepat-cepat sembuh dan kembali ceria bersama abangnya.
Terdahulu, Yana dan suami dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.
Bab pantang bersalin ni, ada orang betul-betul menjaga sehingga habis waktunya. Ada orang pula, baru seminggu bersalin dah aktif buat itu ini. Ikut lah, lain orang lain kekuatannya kan?
Tidak lepas dari terkena kecaman, pelakon Emma Maembong tampil meluahkan rasa kurang senangnya selepas kerap menerima teguran dari netizen berkenaan pantang larang selepas bersalin.
Perkongsiannya yang dimuat naik di laman Tiktoknya itu mengatakan pada awalnya dia tidak mahu mengambil pusing tentang perkara ini, tetapi ia semakin berlarutan sehingga dirinya difitnah dan menerima komen yang kurang menyenangkan.
“Saya tak faham kenapa isu saya berpantang ni beriya sangat. Sesiapa yang nasihat saya secara baik, saya okaylah saya fikir mungkin mereka sayang dan ambil berat.
“Tapi ada yang beriya-iya komen sampai macam marah macam dia duduk sebelah saya dan tahu saya berpantang ke tak.
“Alhamdulillah, saya sihat takda pun viral yang kata saya menangis ke tumpah darah ke semua tu fake. Saya berpantang, jangan risau.
“Saya berpantang dengan confinement lady. Saya dah buat dah semua benda bertungku, tangas, urut, sauna, pakai bengkung dan sebagainya,” katanya.
Tambahnya, setiap wanita melalui proses berpantang yang berbeza-beza bergantung kepada kondisi para ibu ketika melahirkan anak. Namun bagaimanapun, Emma tetap menjaga pemakanannya yang sihat ketika berpantang bagi memastikan kesihatan dalamannya turut terjaga.
“Alhamdulillah daripada anak first sampai anak kedua saya bersalin secara normal tapi tak ada koyak dan tak kena jahit. Jadi, saya geraklah sikit-sikit dia sebenarnya ikut atas badan masing-masing.
“Saya dah biasa kerja. Masa saya mengandung pun saya kerja dan aktif. Bila saya aktif saya cepat sihat dan cepat sembuh sebab pemakanan pun kita kena jaga. Semua manusia lain-lain, tak ada yang sama.
“Cuma saya tak adalah berlari dan join marathon. Takkanlah sebab orang lain tak boleh nak bangun dan bergerak, dia nak samakan dengan saya. Takpayah beriya-iya samakan cara orang berpantang.
“Macam banyak sangat yang komen dan bandingkan cara mereka berpantang sebelum ini. Macam saya, saya bersalin memang tak sakit luaran tapi dalaman saya tetap jaga dan makan makanan sihat,” jelasnya.
Dalam pada itu, Emma yang tenang mengendalikan situasi tersebut turut mendoakan agar segala urusan wanita-wanita lain yang sedang berpantang dipermudahkan.
Malah, dia turut berpesan kepada netizen agar tidak berlebih-lebihan dalam memberikan teguran dan nasihat kepada orang lain.
“Doakan yang terbaik untuk satu sama lain. Jangan risau saya masih jaga pantang. Nasihat tu boleh, nak tegur tu boleh tak salah. Tapi kalau sampai sumpah-sumpah tu, itu yang salah.
“Jadi saya nak bagitahu tak perlu gaduh pun tentang saya berpantang. Banyak lagi isu yang pentang yang korang boleh ambil tahu kat luar sana.
“Saya tahu dengan video saya ni bukan semua orang setuju. Saya hanya nak bagitahu yang saya sihat je dan yang lain itu semua fitnah. Kena respect each other, masing-masing ada pendapat dan pendirian sendiri.
“Saya pun doakan yang terbaik untuk semua wanita yang sedang berpantang di luar sana. Badan masing-masing,” tambahnya.
Tauhu yang selalu kita goreng dan makan bersama tempe ini memang banyak khasiatnya. Pun begitu bila disimpan lama walaupun dalam peti ais, tauhu mudah berbau masak dan kadang-kadang berlendir.
Tahu tak macam mana nak simpan tauhu lebih lama supaya tak terjadi pembaziran. Ini cara yang dikongsikan oleh Shahriah Abdullah, pakar masakan dan novelis kita di blognya, shahriahnovelisresipe.blogspot.my. Jom ikut seperti caranya.
Seringkali bila kita beli tauhu di pasar, bila kita simpan dalam peti sejuk tu, keesokkan harinya bila nak di masak berlendir dan berbau masam. Yer tak? Okay ada beberapa tips nak dikongsikan.
Cara 1
Selepas beli cuci bersih-bersih di bawah air yang mengalir. Selepas tu masukkan ke dalam mangkuk plastik, zink atau kaca. Letakkan air bersih di dalam mangkuk yang berisi tauhu tu. Esoknya silalah tukar air dalam mangkuk tu ye. Lakukan cara sama selagi tauhu tak habis.
Cara 2
Ada satu lagi tips atau petua. Kalau tauhu dah berbau masam, usah di buang, elakkan pembaziran. Didihkan dengan sedikit air dan selepas tu rebus sekejap. Berkesan tau. Petua ni Bonda saya yang bagi.
Cara 3
Ada satu lagi petua. Gorengkan tauhu terlebih dahulu dan simpan di dalam peti sejuk. Cara ni hanya bertahan kurang dari 2 hari sahaja. Jadi boleh cuba.
Selamat mencuba!
Kredit:shahriahnovelisresipe.blogspot.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mayat bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam kotak di sebuah gerai kosong. Mayat seorang bayi lelaki yang lengkap sifat dijumpai berbungkus dalam kain di dalam sebuah kotak, dipercayai ditinggalkan di sebuah gerai tidak bernombor di Batu 13, Jalan Jeroco, Lahad Datu.