Sekali sekala ingin mengadakan majlis keluarga, seperti majlis sambutan ulang tahun kelahiran, majlis pertunangan, majlis perkahwinan dan sebagainya memang diakui boleh buntu juga dibuatnya. Apa tidaknya, sebagai penganjur majlis kita mahukan yang terbaik dan istimewa untuk majlis tersebut dan kalau boleh biarlah diingati sepanjang masa oleh tetamu yang bertandang.
Oleh itu jangan pening kepala, sebenarnya semua ini dapat direalisasikan tanpa perlu anda pergi jauh. Hanya di Klang sahaja, impian anda sekeluarga bagi menjayakan majlis yang bermakna dapat direalisasikan bila anda memilih Glass House @Klang.
Jika anda ingin tahu, Glass House @Klang ini diasaskan oleh GFG World Property Sdn Bhd di atas usahasama Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Ken Lee. Beliau mempunyai latar belakang dalam perniagaan sewaan, khususnya sewaan bilik, pejabat, hotel dan pelbagai usaha sewaan lain. Penglibatan beliau dalam industri sewaan bermula sejak tahun 2002. Pada awalnya, kami cuma menumpukan pada Corporate Event Concept dan menawarkan servis sewaan ruang khas untuk mesyuarat, perbincangan, perjumpaan bersama klien dan juga persidangan awam.
Idea untuk penubuhan Glass House @ Klang tercetus apabila Event Space di Ground Floor mendapat sambutan yang baik sejak ia dimulakan. Justeru itu, Encik Ken Lee telah merancang untuk menjadikan kawasan rooftop sebagai Event Space baru yang berkonsepkan glass garden hall yang boleh memuatkan 200 tetamu dalam satu masa.
“Pemilihan bandar Klang sebagai landmark untuk Glass House adalah kerana dapati belum ada lagi Event Space yang menawarkan konsep yang sama di kawasan Klang.
“Justeru itu, kami mengunakan peluang ini untuk menarik ramai lagi pelanggan di sekitar Klang dan menawarkan servis Event Space yang berkonsepkan glass garden hall yang ada di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur,” ujar Ken Lee ringkas.
Bercerita lanjut mengenai di awal-awal pembinaan Glass House @ Klang, siapa sangka ianya telah dirancang pada tahun 2019, namun terpaksa ditangguhkan selepas bermulanya MCO.
“Kami masih ingat saat-saat ketika projek Glass House kami terhenti sepenuhnya dan perancangan awal untuk menyiapkan pembinaan glass house pertama di Klang dalam tempoh satu tahun telah terbatas.
Ads
“Walaubagaimanapun, Glass House @ Klang telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada bulan Oktober tahun lalu. Majlis pertama yang diadakan untuk salah satu Corporate Event telah berjaya dijalankan dengan sebaiknya. Kami juga telah mula menerima maklumbalas yang baik dari tetamu yang hadir,” jelas Ken Lee lagi.
Konsep Dan Idea
Sebagimana sedia maklum, Glass House @ Klang merupakan Event Space yang berkonsepkan glass garden hall dan menawarkan pemandangan yang menakjubkan dengan suasana eksklusif mahupun di kawasan indoor mahu pun outdoor.
“Keunikan yang ditawarkan di sini pasti membuatkan pelanggan dan tetamu berasa teruja. Antaranya di kawasan Sky Garden Walkway yang dipenuhi dengan hiasan tumbuhan asli di sepanjang laluan yang kemudiannya membawa mereka kepada Glass Hall.
Ads
“Begitu juga dengan ruangan dewan di sini, diilhamkan berkonsepkan kaca dan modern English Interior pasti membuatkan pelanggan dan tetamu terpukau dan teruja untuk mengadakan acara penting mereka di venue kami.
“Jadi tidak hairanlah ramai tetamu turut berkongsi maklumbalas mereka tentang keunikan Glass House @ Klang dimana mereka boleh menyewa Event Space dengan konsep indoor dan outdoor dalam suatu masa.
“Mereka juga boleh mengadakan Garden Wedding Style di kawasan Outdoor Garden bersebelahan dengan Glass Hall kami. Selain itu, mereka juga teruja kerana dapat melihat kawasan bandar Klang dari Sky Deck yang terletak di ruangan atas sambil menikmati pemandangan matahari terbenam di waktu senja,” cerita Ken Lee panjang lebar.
Tawaran Pakej Istimewa
Ads
Bukan sahaja Glass House @ Klang menawarkan Venue Rental Package yang istimewa malah turut lengkap bersama dengan sajian makanan dan dekorasi untuk majlis yang diadakan. Semua ini menjanjikan kesempurnaan majlis yang diimpikan oleh setiap pelanggannya.
“Pakej yang ditawarkan bukan sahaja difokuskan kepada majlis perkahwinan, malah kami juga menerima tempahan untuk majlis pertunangan/resepsi, sambutan ulangtahun kelahiran, upacara rasmi bagi setiap keagamaan dan juga Corporate Event.
“Pakej yang bermula dari harga RM3500 dengan fasiliti lengkap bersama bilik persiapan, audio system, kelengkapan dewan dan parking pasti berjaya menambat hati pelanggan kami yang masih mencari tempat yang sesuai untuk majlis mereka.
“Pihak Glass House @ Klang juga sentiasa berbesar hati untuk menerima segala maklumbalas yang diberikan oleh pihak pelanggan dan tetamu kami. Sejak dari awal operasi kami, maklumbalas yang diterima sentiasa kami jadikan sebagai benchmark untuk penambahbaikan untuk servis dan venue kami,”ujarnya lagi di akhir bicara.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lumrah dalam keluarga, bila nampak adik beradik lain diberi keutamaan, mula rasa terpencil dan terasa hati rasa seakan ibu ayah pilih kasih antara anak-anak.
Misalnya layanan istimewa diberikan kepada abang kerana dia anak sulung dan paling cemerlang prestasi akademik berbanding adik-beradik lain. Manakala yang lain pula tidaklah sebijak seperti Abang Long tadi. Dan dari situ bermulalah bibit-bibit terasa hati. Atau layanan istimewa misalnya masakan kegemaran Abang Long lebih diutamakan, apa jua kehendak dan permintaannya dipenuhi dan bermacam-macam lagi.
Nak tahu apa hukumnya ibu bapa pilih kasih kepada anak-anak? Jom lihat jawapan dari Ustaz Azhar idrus!
PILIH KASIH ANTARA ANAK-ANAK
SOALAN :
Apakah hukumnya ibu bapa yang pilih kasih kepada anak-anaknya?
JAWAPAN :
Hukum ibu bapa pilih kasih di antara anak-anak adalah dilarang oleh agama.
Yang dimaksudkan pilih kasih yang dilarang ini ialah pada perkara zahir yaitu melebihkan pemberian nafaqah atau hadiah atau seumpamanya daripada yang bangsa zahir kepada sebahagian anak yang dia kasih.
Ada pun hati lebih kasih kepada sebahagian anak maka ia tidak termasuk yang dilarang kerana hati manusia tidak boleh untuk menyamakan perasaan kasih kepada semua.
Telah diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir r.a. berkata :
Artinya : “Aku berangkat bersama bapaku kepada Rasulullah saw maka kata bapaku : Wahai Rasulullah. Sungguhnya aku telah memberikan pemberian akan Nu’man suatu dari hartaku. Lalu sabdanya : Adakah semua anak-anakmu kamu beri sebagaimana kamu beri kepada Nu’man? Kata bapaku : Tidak. Jawab Rasulullah : Bersaksilah atas ini oleh selainku kemudian berkata : Adakah kamu suka sekiranya semua anak-anakmu sama-sama berbuat baik kepadamu? Jawab bapaku : Ya. Kata Rasulullah : Kalau begitu jangan buat begini.” (Hadith Imam Muslim)
Dan pada riwayat yang lain Rasulullah saw berabda kepada bapa Nu’man :
Penggunaan bunga cengkih memang tidak asing di dalam masakan tradisional, aromanya yang kuat memberi rasa yang tersendiri. Walaupun saiznya yang kecil tetapi bunga cengkih ini banyak kegunaan dan turut memberi manfaat dalam kesihatan. Jadi tidak hairanlah petua orang dulu-dulu turut menggunakan bunga cengkih untuk pelbagai tujuan.
Salah satunya mungkin ada yang tidak menyedari, khasiat air rebusan bunga cengkih bila disembur pada tanaman dapat membantu mengawal serangan serangga perosak. Berkongsi cara untuk membuat air rebusan cengkih ini, ayuh kita baca perkongsian daripada Liyana Mohd Poad untuk info bersama.
KEGUNAAN AIR REBUSAN BUNGA CENGKIH
Hari ini saya kongsikan cara yang selamat tanpa bahan kimia untuk pulihkan daun yang rosak akibat diserang bena, ulat, semut hitam dan sebagainya.
Cara cara saya sertakan di setiap pic di bawah. Ikut step by step.
Sediakan bunga cengkih. Ambik lebih kurang 3 sudu makan sahaja. Jangan lebih.
2. Rendam bunga cengkih dalam 10 minit dengan air biasa.
3. Rebus bunga cengkih dengan 6 gelas air biasa sehingga betul betul mendidih. Guna api sederhana.
4. Setelah itu, sediakan satu bekas dan sejukkan selama lebih kurang 6-7 jam. Kemudian tapis airnya dan masukkan dalam botol spray. Jangan tambah air biasa.
5. Air rebusan bunga cengkih sedia untuk digunakan. Spray pada permukaan daun yang bermasalah atau keseluruhan daun. Jangan sesekali terkena pada tanah. Seeloknya spray pada sebelah petang. Cuaca panas jangan sesekali spray. Spray seminggu dua kali sahaja, contohnya Isnin dan Khamis.
Ini hasilnya selepas dispray dengn air rebusan bunga cengkih. Daun daun mula sihat tanpa gangguan makhluk perosak. Masalah pokok cili saya ni tak besar, cuma daunnya ada yang kerinting sehelai dua. Solution ini menampakkan hasil yang positif.
Kes tertinggal anak di RnR bukan satu perkara baru. Sudah sering kita lihat di laman sosial mengenai kes seperti ini berlaku.
Malah pernah suatu ketika dulu, seorang anak tertinggal ibunya yang sudah tua di RnR. Namun perkara ini tidak boleh ditunding pada sebelah pihak sahaja tetapi boleh diatasi jika ada komunikasi yang baik lebih-lebih lagi jika kita bergerak dalam kumpulan yang ramai.
Baru-baru ini, pemilik akaun TikTok @nureenhuda0406 telah berkongsi rakaman memaparkan ahli keluarganya sedang menanti kehadiran anggota PLUS untuk hantar anaknya.
Difahamkan dia menyedari yang anaknya tidak berada di dalam kenderaan selepas mendapat panggilan telefon dari pihak PLUS.
Namun apa yang menjadi tanda tanya netizen adalah pasangan ini seolah tidak cemas apabila mengetahui anaknya tertinggal di RnR malah dilihat mereka masih boleh tergelak sewaktu ketibaan pihak PLUS.
Yang mencuit hati netizen adalah, mereka ingatkan anak yang tertinggal itu masih kecil namun rupanya sudah remaja.
Rata-rata netizen terus tak jadi nak marah pada ibu bapa remaja tersebut bila melihat remaja tersebut turun dari kenderaan PLUS.
“Macam mana boleh tertinggal anak yang boleh tahan semangat ni” – Abang PLUS
Menurut ibunya, remaja tersebut tidak memaklumkan kepada dia atau ayahnya yang dia hendak keluar. Malah ibunya menyangka semua sudah berada di dalam kereta sebelum meneruskan perjalanan.
Terima Kasih anggota PLUS, tolong hantar anak kami. Inilah Si Comel tu..
Caption dari ibu remaja tersebut mencuit hati netizen
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.