“Majlis Akad Nikah Paling Sebak Pernah Shoot.” Foto Pengantin Lelaki Dukung Ibu Di Majlis Akad Nikah Buat Ramai Tersentuh Hati!

Share

Momen paling indah bermakna buat seorang ibu selain menyambut zuriat sendiri lahir adalah apabila sampai masa si anak mendirikan rumah tangga. Perasaan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata bila mana anak yang ditatang bagai minyak yang penuh kini bakal menggalas tanggung jawab baru , membina keluarga sendiri.

Walaupun begitu kasih sayang terhadap ibu bapa tidak berbelah bahagi. Tanggung jawab seorang anak tidak akan terhenti setakat itu sahaja. Lebih-lebih lagi anak lelaki, tetap memikul tugas dan tanggung jawab yang sama terhadap ibu bapa.

Namun bukan itu yang admin ingin kongsikan, sebaliknya kasih sayang seorang anak yang bakal bergelar pengantin baru. Sanggup mendukung ibunya yang sudah tidak mampu berjalan memasuki ruangan sebuah masjid, dimana majlis pernikahan diadakan.
Menurut jurufoto tersebut, majlis pernikahan itu adalah antara momen yang paling sebak pernah mereka ambil, apabila melihat begitu besarnya pengorbanan seorang ibu.

Kisah anak dan ibu ini dimuat naik menerusi facebook Seniman Visual
KASIHNYA EMAK TIDAK DAPAT DIHITUNG..
.
Sebak bila melihat seorang mak sanggup datang ke majlis akan nikah anaknya demi memenuhkan hasratnya..
.
Tangislah, tangislah untuk melepaskan segala yang terpendam.
Jika kamu masih mempunyai wanita yang bergelar MAK, sayangilah mereka dan jagalah mereka sebaiknya kerana segala doa daripada dia akan termakbul..

Secara jujur, inilah majlis akad nikah yang paling sebak pernah kami shoot.. kesemua yang hadir berlinang air mata..