Momen paling indah bermakna buat seorang ibu selain menyambut zuriat sendiri lahir adalah apabila sampai masa si anak mendirikan rumah tangga. Perasaan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata bila mana anak yang ditatang bagai minyak yang penuh kini bakal menggalas tanggung jawab baru , membina keluarga sendiri.
Walaupun begitu kasih sayang terhadap ibu bapa tidak berbelah bahagi. Tanggung jawab seorang anak tidak akan terhenti setakat itu sahaja. Lebih-lebih lagi anak lelaki, tetap memikul tugas dan tanggung jawab yang sama terhadap ibu bapa.
Ads
Namun bukan itu yang admin ingin kongsikan, sebaliknya kasih sayang seorang anak yang bakal bergelar pengantin baru. Sanggup mendukung ibunya yang sudah tidak mampu berjalan memasuki ruangan sebuah masjid, dimana majlis pernikahan diadakan. Menurut jurufoto tersebut, majlis pernikahan itu adalah antara momen yang paling sebak pernah mereka ambil, apabila melihat begitu besarnya pengorbanan seorang ibu.
Ads
Kisah anak dan ibu ini dimuat naik menerusi facebook Seniman Visual KASIHNYA EMAK TIDAK DAPAT DIHITUNG..
.
Sebak bila melihat seorang mak sanggup datang ke majlis akan nikah anaknya demi memenuhkan hasratnya..
. Tangislah, tangislah untuk melepaskan segala yang terpendam.
Jika kamu masih mempunyai wanita yang bergelar MAK, sayangilah mereka dan jagalah mereka sebaiknya kerana segala doa daripada dia akan termakbul..
Ads
Secara jujur, inilah majlis akad nikah yang paling sebak pernah kami shoot.. kesemua yang hadir berlinang air mata..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setelah seharian di tempat kerja ditambah pula dengan pelbagai masalah, tentu sahaja saat pulang ke rumah merupakan perkara yang dinantikan oleh suami. Rasa lelah suami itu pasti terlerai apabila isteri menyambut kepulangannya dengan penuh kasih sayang.
Bagi suri rumah tangga ataupun isteri yang sering pulang awal berbanding suaminya boleh mengamalkan tujuh cara ini. Selain meleburkan kepenatan dan suami inginkan penghargaan atas usaha kerasnya di tempat kerja, tip ini juga boleh membuatkan suami rasa teruja untuk pulang awal bertemu orang yang dicintainya.
Apatah lagi cara-cara yang dinyatakan ini bukanlah sesukar mana untuk anda lakukan. Jika dimulakan dari awal rumah tangga, pasti ia akan menjadi satu kebiasaan dalam diri anda dan suami.
1. Tunjukkan rasa simpati kepada suami
Saat kepulangan suami, tunjukkan rasa simpati isteri dengan kepenatan yang suami rasai setelah seharian di tempat kerja. Bukan itu sahaja, anda juga harus memahami pelbagai kemungkinan yang suami alami di tempat kerja misalnya dimarahi ketua, dibebani dengan pelbagai tugasan, bertengkar dengan rakan sekerja dan sebagainya.
Jika anda memahami tanggungjawab suami dalam mencari sumber rezeki untuk keluarganya, pasti anda akan lebih menghargai kepulangan suami dan tahu saat suami sedang bersedih, marah atau gembira.
2. Menyediakan keperluan suami
Setiap suami tentu sahaja inginkan istirahat yang cukup sekembalinya dari tempat kerja. Sebagai isteri, anda tentu sahaja tahu apa yang diperlukan oleh suami kerana setiap orang berbeza-beza.
Ada suami yang inginkan secawan kopi atau teh panas sekembalinya dari kerja, tak kurang juga cukup dengan segelas air kosong sebagai pembasah tekak dan penyejuk hati. Jika perlu, anda juga boleh mengurut suami untuk meregangkan otot-ototnya.
3. Menjaga penampilan dan pakaian
Perkara ini memang kurang diperhatikan oleh isteri. Percayalah dengan menunjukkan penampilan yang menarik boleh mengubah mood suami menjadi lebih bersemangat semula.
Sebenarnya anda tidak perlu untuk bersolek mampan tetapi berusahalah untuk tampil menarik dengan memakai pakaian yang kemas dan badan tidak berbau sekembalinya suami dari tempat kerja. Pastikan juga rambut anda diikat rapi dan jangan dibiarkan berserabai seperti hantu Mak Limah.
Namun bagi yang tidak bekerja ambil kesempatan anda berada di rumah dengan menyiapkan diri anda sebaiknya. Berhiaslah untuk menyambut kepulangan suami tercinta tanpa berlebih-lebihan.
4. Senyum
Berikan senyuman manis saat menyambut kepulangan suami kerana senyuman adalah senjata yang paling berkesan untuk membuatkan hati suami ceria. Sebanyak mana pun masalah suami di tempat kerja, rasa beban itu akan segera hilang apabila melihat senyuman manis orang yang dicintainya.
Walaupun isteri berdepan dengan masalah, usahakanlah untuk tidak menunjukkan wajah yang murung atau masam apabila suami balik dari kerja kerana ia akan menambahkan lagi bebanan suami yang dalam kepenatan.
5. Tunjukkan kasih sayang
Betapa bahagianya suami ketika pulang ke rumah apabila isteri menyambut suami dengan sebuah pelukan hangat dan ciuman yang penuh kasih sayang. Pelukan ini akan meringankan bebanan suami selain mengeratkan lagi kasih sayang antara anda berdua.
6. Keadaan rumah
Selain penampilan isteri, suasana rumah yang bersih dan tersusun rapi juga boleh mententeramkan jiwa suami apabila pulang dari kerja. Oleh itu usahakan untuk anda mengemas rumah sebelum suami pulang ke rumah.
Bukan sahaja suami, sesiapa pun akan pening kepala apabila melihat rumah bersepah seperti tongkang pecah. Ini kerana rumah yang bersepah akan mempengaruhi suasana hati suami kerana suami tidak dapat beristirahat dengan selesa dan tambah tertekan. Jadikan rumah yang bersih dan rapi sebagai syurga untuk memadu kasih dan menghibur suami.
Bukan sahaja suami, sesiapa pun akan pening kepala apabila melihat rumah bersepah seperti tongkang pecah. Ini kerana rumah yang bersepah akan mempengaruhi suasana hati suami kerana suami tidak dapat beristirahat dengan selesa dan tambah tertekan. Jadikan rumah yang bersih dan rapi sebagai syurga untuk memadu kasih dan menghibur suami.
7. Jaga hati dan perasaan suami
Sekembalinya suami dari kerja jangan sesekali isteri membebani suami dengan masalah. Berikan suami berehat seketika bagi melepaskan lelahnya. Jangan lontarkan pertanyaan demi pertanyaan ataupun masalah kepada suami yang dapat memancing berlakunya pertengkaran. Jika ada masalah yang anda ingin ceritakan kepada suami, pastikan suami sudah berada dalam keadaan yang tenang dan cukup rehat.
Sumber: pamapedia.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semalam merupakan hari lahir arwah ayah pelakon cantik manis , Nur Fazura. Dia yang mesra disapa Fazura kini sedang hamil enam bulan memuat naik sekeping gambar dalam perkongsiannya meenrusi instagram.
Dalam perkongsian tersebut, Fazura mengenang pemergian arwah bapanya, Sharifuddin Adnan sempena tarikh hari lahir Allahyarham semalam.
Fazura turut meluahkan rasa sayu membayangkan jika bapanya sempat melihat dirinya yang kini sedang hamil.
“Hari ini (semalam) merupakan hari lahir Allahyarham Papa, sekiranya dia masih ada, umurnya akan memasuki 64 tahun. “Tahun ini rasa sayu yang luar biasa, mengenangkan apa yang Papa rasa kalau dia ada depan saya sekarang, bila anak perempuan tunggalnya bakal melahirkan anak pertama.
“Rindu tak terkata, tapi saya tetap rasa dekat dengan Papa, syukur selalu dapat berdoa untuknya,” tulis Fazura di Instagram.Malah, isteri kesayangan Fattah Amin ini turut memohon orang ramai menitipkan doa buat Arwah ayahnya.
“Pohon saya, jika semua dapat titipkan doa buat Allahyarham Papa, Sharifuffin Bin Adnan, semoga rohnya sentiasa berada di dalam keredhaan dan kemuliaan Allah SWT,” tulisnya lagi.
Norlia Ghani tak ambil hati, warga maya kecam dah tua-tua ‘main TikTok’, pernah sehari dapat RM800. Pelakon veteran, Norlia Ghani kini bergelar pempengaruh TikToker.
Mengakui ingin mengikut ‘trend’ semasa, kata Norlia atau lebih mesra disapa sebagai mama itu, sebagai pelakon dia perlu bijak mencari inisiatif lain untuk mencari rezeki dan berinteraksi dengan peminat.
“Mama cuba ikut ‘trend’ agar tidak ketinggalan orang kata. Mama pun dah lama tak berlakon. Jarang dapat jumpa peminat. TikTok mengeratkan lagi silaturahim mama dengan peminat.
“Kali pertama mama bersiaran langsung terus dapat 1 juta tanda suka. Kadang-kadang ada peminat yang bagi ‘gift’. Biarpun mama tak pernah meminta. Pernah sehari mama dapat RM800.
“Mungkin inilah medium terbaru untuk mama mencari rezeki. Biarpun dapat RM100, mama dah bersyukur, sebab duduk di rumah sahaja,” katanya.
Ibu kepada pelakon Rusdi Ramli itu turut mengakui dia tidak dapat lari daripada komen-komen nista daripada netizen yang mengaitkan usia emasnya dengan aplikasi yang dimonopoli oleh Gen Z itu.
“Biarpun ada komen-komen sinis yang mengatakan dah tua tua pun nak main Tik Tok. Pada mama tak ada masalah.
“Kalau mama nampak komen-komen toksik sebegitu lalu depan mata, mama buat-buat tak nampak sahaja. Tak perlu balas komen mereka.
“Lagipun mama main Tik Tok bukan untuk kejar glamor. Semua orang dah kenal siapa. Norlia Ghani sejak tahun 1969 lagi,” kata yang belajar menggunakan Tik Tok daripada cucunya.
Selain membuat sesi siaran langsung untuk berbual dengan peminatnya, Norlia turut mengambil upah dengan membuat ulasan produk di platform media sosialnya.
Bercakap soal kerjaya, kata pelakon filem Mami Jarum itu dia akur dengan kehendak penerbit dan pengarah sekarang yang memilih pelakon yang jauh lebih muda.
“Mama tahu mama sudah berumur. Tapi mama reda. Kita tahu mungkin sesetengah drama tidak memerlukan watak perempuan tua atau watak nenek.
“Pelakon yang dulu bawa watak kakak, sekarang dah jadi mak. Kalau dulu kita cantik, sekarang dah tak cantik kita kena terima hakikat. Kitaran ini biasa dalam dunia lakonan. Jadi kena berlapang dada,” ujarnya.
Terdahulu, Norlia Ghani merupakan antara 20 artis yang menerima bantuan untuk Program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0.
Melalui inisiatif itu, Norlia menerima wang sebanyak RM5,000, bantuan makanan tambahan selama enam bulan oleh Afyaa Hayyiba dan tajaan umrah.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.