Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing begitulah ungkapan yang sesuai untuk program Majalah Keluarga menurusi program #keluargacare yang berlangsung di Masjid An Naim, Jalan Kebun Klang yang berlangsung pada 22 September lalu.
Program ini dianjurkan oleh Majalah Keluarga menerusi program #keluargacare dengan kerjasama Persatuan Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Selangor Lajnah Muslimat Dan Ajk Masjid An Naim, Mpkk Kg Jln Kebun, Mppzon11 serta Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan telahpun dirasmikan oleh Adun Sungai Kandis, Haji Mohd Zawawi Ahmad Mughni.
Ads
Seramai 15 orang keluarga asnaf menerima bantuan daripada Yang Berhormat Adun Sungai Kandis, Haji Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Majalah Keluarga. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik di sediakan pada hari ini termasuk pertandingan mewarna, pemeriksaaan kesihatan oleh KPJ Klang Specialist Hospital , pertandingan masakan jawa dan cabutan bertuah.
Menurut Editor Majalah Keluarga, Marliana Shamsudin ,program ini bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan selain mendidik masyarakat prihatin antara satu sama lain. Beliau turut melahirkan rasa gembira dengan sambutan dan sokongan dan kerjasama persatuan terlibat yang menjayakan program kemasyarakatan ini.
Ads
Dalam pada itu, dalam ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Adun Sungai Kandis, Haji Mohd Zawawi Ahmad Mughni, memberikan kata-kata nasihat yang penuh motivasi supaya setiap keluarga perlu berusaha untuk lebih berjaya dalam kehidupan.
Ads
Katanya lagi, rezeki bukan material, kesihatan , anak yang soleh, isteri yang baik, kehiduapan sejahtara dan kawan-kawan yang baik. Beliau juga berkongsi cerita mengenai kesukaran kehidupannya semasa kecil dan pentingnya didikan ibu bapa dalam membentuk keluarga yang beraspirasi.
Acara kemuncak pada hari tersebut bertambah bermakna apabila majlis dirasmikan dengan acara memotong kek pulut kuning yang kemudianya dibahagikan kepada tetamu yang hadir yang juga merupakan golongan asnaf. Apa yang pasti bantuan kemasyarakatan ini dapat membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kematian adalah satu kepastian dan kemestian tidak kira di mana seseorang itu berada atau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Bila dan dimana kita sebagai hambanya tidak tahu bila waktu itu. Itulah rahsia Maha Pencipta. Namun sebagai umatnya kita harus membuat persediaan termasuk amalan dan harta yang ditinggalkan nanti.
Sehubungan itu, adanya faraid, hiba serta wasiat. Ilmu sebegini perlu kita tahu untuk mengelak waris sukar membuat tuntutan harta pusaka. Ia bukan dikatakan ‘tamak’ harta tapi untuk memudahkan urusan penerusan hidup ahli keluarga yang ditinggalkan.
Sebagaimananya perkongsian wanita ini. Rupanya sukar untuk menuntut harta pusaka yang tidak ada nama waris. Moga ia menjadi pengajaran.
Saya terpanggil utk berkongsi pengalaman dalam menguruskan harta pusaka abang saya yg <RM2 juta, tidak berwasiat, tidak dihibahkan dan penama telah meninggal dunia terlebih dahulu.
Abg saya meninggal tanpa waris isteri serta anak. Isteri arwah meninggal terlebih dahulu dan perkahwinan abg tidak dikurniakan anak.
Adik beradik pula, hanya tinggal saya yang bongsu. Abah serta mak dan abang2 lain telah meninggal dunia juga.
Setelah melalui proses menguruskan harta pusaka arwah, baru saya faham kenapa ramai yang tidak sanggup menguruskan dan byk harta org Islam telah dikumpulkan ke Baitulmal.
1. Sebelum membuka fail utk perbicaraan tuntutan sebagai pentadbir utk menguruskan harta pusaka, kita perlu dapatkan ‘latest statement’ dari semua agensi2 kerajaan (termasuk Pejabat Tanah) serta bank2. Saya telah berulang alik ke 2 bank, ASB, Tabung Haji, KWSP serta socso. Socso adalah kerana arwah abang penerima pencen ilat dari isteri. Saya hanya memberitahu supaya pencen diberhentikan.
2. Utk dapatkan semua ‘statement’ tersebut, saya perlu menyediakan dokumen2 seperti dibawah: a. Sijil asal dan salinan sijil kematian dan surat beranak abang. Sijil kematian perlu kita mohon dari JPN (oleh waris terdekat) dengan membawa surat pengesahan kematian serta pengkebumian. b. Salinan sijil arwah kakak ipar, salinan sijil nikah c. Sijil asal dan salinan surat beranak serta kad pengenalan diri saya sebagai bukti saya adik kandung seibu sebapa. d. Carian terbaru, cukai tanah terbaru serta geran asal tanah.
3. Perlu diingat, Tabung Haji tidak akan membenarkan atau melayan sebarang permohonan utk mendapatkan ‘statement of balance’. Mereka hanya proses permohonan sebagai pentadbir setelah saya dapatkan surat perintah dari mahkamah.
4. Setelah semua dokumen diperolehi, saya memohon melalui PTG secara online. Sini saya ingin berterima kasih and memuji PTG Daerah Jelebu, Seremban dan pihak Mahkamah kerana mereka telah memproses permohonan saya dalam jangka masa yg pendek walaupon semasa musim pandemik.
5. Sebagai persiapan ke mahkamah, selain dari dokumen2 yg telah saya sebutkan diatas tadi, saya telah menyiapkan borang DDA, salinan ic, surat beranak dari semua waris, serta sijil kematian abah, mak, abang2.
6. Semasa perbicaraan, Hakim telah meminta utk melihat segala dokumen2 asal serta ‘cross reference’ dengan segala dokumen2 yg telah di ‘upload’ semasa permohonan online. Hakim juga menjalankan siasatan utk memastikan semuanya tulin dan benar. Disebabkan semua waris2 lain telah mewakilkan saya sebagai pentadbir, maka hanya saya perlu hadir di mahkamah bersama ‘DDA form’.
7. Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar semasa perbicaraan. Saya telah menerima surat sebagai pentadbir lebih kurang sebulan dari tarikh perbicaraan.
8. Saya telah kembali semula ke bank2 dan agensi2 kerajaan utk menyerahkan surat perintah tersebut. Setiap agensi dan bank mempunyai proses yg berlainan dan ada memerlukan saya mengisi lagi borang. Bukan itu sahaja, lagi sekali saya telah diminta utk menyerahkan berbagai salinan dokumen.
9. Sesetgh agensi seperti ASB dan Tabung Haji hanya akan memindahkan wang ke dalam akaun ASB dan Tabung Haji penerima. Mereka tidak akan memindahkan wang ke dalam akaun bank.
10. KWSP dan bank pula akan menyediakan check atau transfer terus ke dalam akaun bank kita. Bank BSN memerlukan ‘statement’ dari bank penerima sebagai bukti itu adalah akaun penerima.
11. Dari kalangan agensi kerajaan dan bank diatas, Maybank dan KWSP adalah yg paling efisien dan kurang birokrasi. Terima kasih saya ucapkan kerana memudahkan.
12. ASB memerlukan saya mengisi borang pertambahan serta stamp dari pesuruhjaya sumpah.
13. BSN pula meminta saya mengisi borang tambahan serta bukti statement bank penerima.
14. JPJ pula memerlukan pengesahan dari Puspakom serta borang juga. Yg ni mungkin kerana kereta dah lebih 15 tahun..
15. PTG seperti lazimnya, memerlukan salinan geran asal, salinan cukai terbaru serta salinan ic dan sijil kematian.
16. Yg paling leceh adalah Tabung Haji. Hakim telah mempersoalkan kenapa mereka tidak boleh mengeluarkan statement of balance.
17. Rata2 hampir kesemua nya akan hanya selesai sebulan ke 2 bulan selepas saya menyerahkan surat mahkamah. Segalanya dimulakan dari akhir bulan Feb. Sekarang sudah pon November.
Kenapa saya berkongsi disini?
Saya mau rakyat kita terutama sekali yg beragama islam peka tentang birokrasi yg tidak seragam di negara kita. Setiap agensi dan bank ada prosedur tersendiri.
Saya tak boleh bayangkan sekiranya tuntutan melebihi RM2 juta atau kehilangan dokumen, xtau susur galur keluarga atau tidak sepakat dalam pengurusan dan agihan harta.
Tidakkah surat mahkamah cukup utk pengesahan tapi perlu pula disediakan bermacam2 lagi dokumen? Tak lakukah perintah mahkamah? Saya faham sekiranya salinan IC serta sijil kematian diperlukan, tapi perlu pula mengisi ‘indemnity’ form. Pertanyaan saya hanya dijawap sebagai ‘inilah prosedur kami Puan kalau ada audit atau sebarang komplen berlaku..’
Bayangkan masa yg diambil utk menguruskan harta pusaka. Saya sihat dan telah bersara, jadi senang utk saya kesana kemari. Bagi waris yg tua, uzur atau sedang bekerja..berapa hari kah perlu mereka mengambil cuti?
Kenapakah proses2 tuntutan ni tidak boleh diseragamkan supaya ianya lebih memudahkan? Memudahkan tidak bermakna segala ‘check and balance’ di abaikan. Sebab itula ramai yg giveup dan harta org Islam byk tidak dituntut.
LAGI SATU..WAHAI SAHABAT2 KU, LEBIH AFDAL SEKIRANYA ANDA SEDIAKAN WASIAT ATAU HIBAHKAN HARTA SEMASA HIDUP. UPDATE: ======= Saya nasihatkan, sebelum berurusan dgn mana2 pejabat, pastikan anda talipon utk sahkan beberapa perkara: waktu pejabat, samaada temujanji diperlukan dan dokumen2 yg perlu dibawa. Saya dah terkena. Sampai2, queue panjang, dan setelah menunggu lama, tiba2 masa pejabat dah tutup . Dokumen pula masa kol customer servis bagitau lain, bila sampai branch, mereka minta lain.
Dapur adalah ruang ‘berkarya’ buat kaum ibu. Di situlah dicurahkan segala kasih sayang dalam menyediakan hidangan buat keluarga. Pasti di sini juga menyimpan segala khazanah yang digemari oleh kaum ibu terutama sekali tuppaware. Ini antara koleksi yang wajib ada dan digemari oleh orang perempuan.
Bagi yang suka membeli pasti ada masalah untuk menyimpan. Perlukan ruang untuk menempatkan rak bagi meletakkan koleksi tuppaware yang cantik dan mudah untuk dicapai bila nak digunakan.
Izat Akmal kongsikan cara buat rak menyimpan tuppaware dengan kombinasi besi dan kayu. Nampak menarik, kemas dan cantik.
Assalam, siap rak tupperware wife.. Tk pandai tp berani cuba.. Ni projek ke 3 wife suh buat utk rumah sendiri..
Bahan-bahan
Besi hollow Papan heveaboard Tinggi 8×8 Cat mahogany
Jaring besi (diamond mesh) harga RM90, sekeping 4x8kaki.
Papan heveaboard boleh cari di kedai jual kayu-kayu perabot. Dalam shoppee/lazada pun ada search heveaboard.Weld jenis ACO mig 3in1. Pakai gas boleh, pakai rod pun boleh, tapi saya pakai yang gasless, tak pedih langsung mata.
Saya memang zero. Saya tengok youtube, join fb group-group welding, tanya-tanya orang. Mesin ni pun beli bulan 3 awal pkp dulu. Tapi kena yakin dan berani cuba.
Sangat2 suke dgn kombinasi besi dan kayu.. Alhamdulillah,siap jgk walaupun seminggu lbh
Ukuran kaki, partition dalam tu saya main agak-agak je. Lebar dari depan ke belakang 1 kaki papan dia, so 1 kaki lebih sikit la campur frame.
Elehhh tipulah kalau org pompuan tk suke ada rak khas utk tupperware dia.. risau plak tupperware dia beranak pinak nnti.. kang kena tambah lg rak..huhu
Habis dalam RM800 lebih, modal besi dan kayu cat barang-barang pun tak habis guna sebab tak boleh beli sikit-sikit hehe,simpan je untuk next projek.
#tukangdihatiisteri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penerbit terkenal Datuk Ziela Jalil menjalani pembedahan pintasan usus (bariatrik) di sebuah pusat perubatan pada hujung Mei lalu.
Berita tersebut dimuatnaik empunya diri menerusi satu perkongsian di media sosial miliknya.
Ziela atau nama penuhnya Norzilah Abdul Jalil menjalani prosedur tersebut bagi meningkatkan lagi tahap kesihatannya.
“Inilah hasil daripada pembedahan saya pada 31 Mei lalu. Selepas pembedahan saya juga melakukan follow up untuk memastikan semua simptom berkurangan.
“Sehari selepas pembedahan saya rasa sangat baik dan boleh berjalan dengan mudah,” katanya.
Menerusi video yang dikongsi di laman Instagram miliknya itu, Ziela dilihat menggunakan khidmat doktor sama yang merawat penyanyi Datuk Aishah dan Ziana Zain sebelum ini.
Dalam tempoh sepuluh hari selepas pembedahan bariatrik itu, Ziela juga mengikut nasihat doktor tersebut mengamalkan diet bagi proses pemulihan.
“Saya sudah mula makan makanan lembut yang mengandungi protein tinggi. Rejim diet yang diberikan oleh doktor adalah untuk membantu proses pemulihan selepas pembedahan.
Sementara itu, Ziela turut berkongsi tahap kolestrol badannya tinggi ketika menjalani pemeriksaan sebelum prosedur pembedahan.
“Bayangkan bacaan kolestrol saya adalah 10. Kalau bukan kerana pembedahan ini saya tidak akan memeriksa dan akan tahu berisiko mendapat komplikasi seperti jantung atau strok! Naudzubillahiminzalik. Paras gula pun borderline tinggi sudah. Semua masalah ini disebabkan sindrom metabolik,” ujarnya.
Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk, "Suami baru turun kereta bantu mangsa kemalangan. " Hasrat seorang penghantar makanan untuk membantu mangsa kemalangan di Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW, awal pagi Ahad.