
Memang unik dan menarik cara yang dikongsikan oleh saudara Hafizul Hakim yang berkongsi tip untuk menabung bersama isteri. Cara ini sesuai untuk suami isteri yang bekerja. Jom baca ni!
Tips simpan duit cara ekstrim! Okay ini caranya:
1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.
2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.
3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.
Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.
Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.
3hb suami masukkan RM3, 4hb isteri masukkan RM4, 5hb masukkan suami RM5 dan seterusnya.
Begitu, mudah je kan.
Senang cerita, masukkan duit dalam balang kosong dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut.
Dan setiap hujung bulan. Ini hasilnya!
1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30 = RM465.00
Best kan! Seronok menyimpan macam ni!
Posting ini lebih afdal tag pasangan, daripada marah-marah pasal Husna. Hihi
Hafizul Hakim
Sebarkan kebaikan!
Lebih banyak tips kewangan dan simpanan emas Public Gold di Channel Telegram rasmi: https://t.me/MrHafizulHakim
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Impian Jejak Kaki Ke Tanah Suci, Kanak-Kanak 6 Tahun Bersama Keluarga Lakukan Kembara Berbasikal Ke Mekah.

Di mana ada kemahuan, di situ akan ada jalannya. Impian menjejakkan kaki ke Tanah Suci bersama keluarga membuatkan lelaki ini nekad melakukan kembara berbasikal bersama-sama keluarganya.
Muchlis Abdullah, 47 dari Jakarta, Indonesia, berkata beliau dan keluarga bakal menyusuri lapan hingga 10 negara dan dijangka tiba di Jeddah pada Januari atau Mac tahun depan.
“Saya menjangkakan kami tiba di Jeddah dalam masa lima hingga tujuh bulan lagi,” kata Muchlis kepada Bernama ketika ditemui di perkarangan Masjid Papan, Permatang Pauh di sini, Selasa.
“Kembara yang dinamakan ‘Ziarah Qudsiyah Tanah Suci 2018′ ini bermula pada 11 Julai lalu apabila saya dan anak sulung, Mirza Hakim, 15, bertolak dari Jakarta manakala isteri, Julianti Husin, 47, dan dua lagi anak kami, Ahmad Zaki Hafiz, 11, dan Oliva Yumna, 6, bertolak dari Medan.
“Kami tiba di Malaysia pada 30 Julai dengan memasuki Melaka menggunakan perkhidmatan feri sebelum meneruskan perjalanan berbasikal ke utara tanah air melalui Selangor, Perak dan Pulau Pinang.
Menurut Muchlis lagi, sewaktu tiba di Pulau Pinang, dai dan keluarganya menginap di sebuah hotel di Permatang Pauh selama dua hari atas sumbangan dan bantuan penduduk setempat.
Selepas itu, mereka meneruskan perjalanan pada pukul 8.57 pagi ini selepas bacaan doa dan upacara pelepasan oleh Imam Masjid Papan, Wahab Yahaya, 76. Destinasi persinggahan rehat seterusnya ialah di Gurun, Kedah.
“Selepas Malaysia, antara negara yang bakal dilalui kami adalah Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Afghanistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan akhir sekali, Arab Saudi.
“Persiapan dan perancangan kembara itu dilakukan sejak dua tahun lepas iaitu merancang perjalanan serta persiapan mental, emosi dan fizikal.
“Walau bagaimanapun, kami akan mempertimbangkan kemungkinan menggunakan kenderaan awam seperti kereta api dan pesawat sekiranya terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan terutama di destinasi yang mengalami pergolakan.
“Kami sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sambutan yang hangat, tidak putus-putus bantu saya dan keluarga… tidak boleh diucapkan dengan kata-kata, hanya Allah yang dapat balas kebaikan semua,” katanya.
Sementara itu Rusnah Baba, 65, dan suami Mohd Damanhuri Abd Talib, 65, penduduk tempatan yang banyak membantu keluarga itu, berkata mereka dihubungi oleh Muchlis untuk mendapatkan bantuan kerana sebelum ini mereka pernah membantu pasangan suami isteri dari Indonesia yang mengembara ke Tanah Suci menggunakan basikal.
“Memang ramai beri bantuan dan nak tolong mereka…contohnya semalam ada pemilik restoran di Kulim hubungi mak cik, minta bawakan mereka ke sana sebab beliau nak beri mereka makan dan bantuan kewangan. Ada juga sebuah kumpulan motosikal berkuasa tinggi kumpulkan duit dan beri bantuan kepada mereka,” kata Rusnah.
Sumber: Bernama
“Salam Sayang Dari Kami Bertiga” Fattah Kongsi Berita Gembira, Fazura Selamat Lahirkan Baby Girl!

Alhamdulillah… Setelah 3 tahun mendirikan rumahtangga, aktress Fazura selamat melahirkan bayi perempuan sebentar tadi di sebuah pusat perubatan.
Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya, Fattah Amin menerusi laman Instagram miliknya dengan meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata sulung itu.
“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini.
“Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga.” tulisnya.
Tambah Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, dia dan isterinya memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama serta wajah bayi mereka sehingga hari ketujuh kelahiran selain berterima kasih kepada orang ramai yang sudi mendoakan.
” Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.
“Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan. Salam sayang dari kami bertiga,” katanya.
Sebelum ini, pasangan Nur Fazura dan Fattah Amin telah diijabkabulkan pada 27 November 2017.
Sumber : Instagram Fattah Amin
Suami Jadi Jurulatih Dan Bersenam Bersama. Cara Fasha Sandha Dapat Berat Ideal Dan Masa Berkualiti Bersama Aidil

Bukan mudah untuk menurunkan berat badan. Jika tidak dengan nekad dan semangat yang tinggi, pasti akhirnya akan kecundang.
Namun tidak bagi pelakon jelita, Fasha Sandha. Fasha sememangnya menjadi inspirasi buat para wanita terutamanya kerana berjaya mendapatkan bentuk tubuh ideal dalam tempoh singkat.
Kata Fasha, dia sangat bersyukur kerana suaminya sentiasa berada di belakang dan memberi sokongan terhadap apa juga keputusan yang diambilnya.
“Saya bersyukur kerana Aidil tidak pernah mempersoalkan atau merungut biar apa pun bentuk tubuh saya. Berisi ke kurus ke, Aidil sentiasa memberikan sokongan kepada saya.
“Lebih istimewa, dia yang melatih dan bersama-sama bersenam bersama saya. Dalam masa sama, kami berdua dapat meluangkan masa berkualiti sebagai suami isteri,” katanya.
Tidak lokek untuk berkongsi rahsia bentuk tubuh yang semakin langsing, kata Fasha, dia terpaksa menurunkan berat badan secara maksimum kerana terikat dengan perjanjian (kontrak) untuk sebuah drama yang memerlukan dia kurus mendadak.
Fasha atau nama lengkapnya, Nur Fasha Sandha Hassan berkata, dia berjaya menurunkan 10 kilogram (kg) kerana mengamalkan diet pemakanan yang ketat selain baru saja selesai menjalani ibadah berpuasa.
“Saya terpaksa kurus untuk satu projek drama bulan ini. Syarat dalam drama itu saya kena nampak kurus dan sudah menandatangani kontrak.
“Saya tidak ambil ayam dan daging pada hari Isnin hingga Jumaat. Saya cuma makan ikan saja. Tapi, Sabtu dan Ahad saya akan makan apa saja. Saya masih makan nasi kerana memerlukan tenaga, cuma pengambilan itu dalam kuantiti yang terkawal,” katanya.
Fasha juga tidak mahu dilihat seperti orang sakit seperti yang dikatakan segelintir peminatnya dan mengawal bentuk badannya supaya tidak kelihatan terlalu kurus.
“Harap saya boleh kekalkan bentuk badan seperti sekarang. Takut juga lupa diri sebab saya senang naik berat badan sebenarnya,” katanya.
Bercerita mengenai keluarga, Fasha memaklumkan bahawa dia belum bersedia menambah anak kerana komitmen kerjanya bersama Aidil yang sudah terisi hingga tahun depan.
“Saya tahu Aisya mahukan peneman, cuma buat masa ini belum boleh lagi untuk menambah anak. Saya perlu melunaskan kerja dan begitu juga dengan Aidil.
“Nanti jika bercakap ada yang menganggap saya bermegah, cuma apa yang boleh saya katakan jadual kerja sudah terisi sehingga tahun depan. Insya-Allah sekiranya sudah selesai tanggungjawab, baru saya boleh memikirkan untuk menambah cahaya mata,” katanya.
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club