“Main Lasak Sampai Jatuh, Dagu Terbelah..” Anak Ummi Nazeera Jalani Pembedahan, Warganet Titip Doa & Kongsi Pengalaman!

Share

Malang tak berbau. Pelakon Ummi Nazeera berkongsi berita mengenai anak sulungnya, Ayra Aneesah, 3, yang bakal menjalani pembedahan bagi menjahit dagunya yang luka terbelah.

Dalam perkongsian tersebut Ummi memberitahu,  dagu terbelah akibat anaknya yang bermain terlalu lasak sehingga menyebabkan dia terjatuh.

Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, 31, memuat naik mengenai hal tersebut menerusi Instagramnya. Dia turut berkongsi foto terkini anak sulungnya itu yang kini berada di hospital.

“Semalam main lasak sangat sampai jatuh. Dagu terbelah. So kena jahit this morning.

“Tolong doakan Ayra Aneesah please. May Allah make it a successful surgery. Ameen,” tulis Ummi di kapsyennya.

Perkhabaran tersebut mendapat perhatian ramai termasuk rakan selebriti dan juga peminat Ummi.Malah, ada  juga ibu-ibu yang berkongsi pengalaman anak mereka seperti mana dialami Ayra.

dianadanielleb Astaga sian awak Ayra. Semoga cepat sembuh sayang
nadnisaa Ya Allah… semoga Ayra lekas sembuh.
zielajalil Astaqfirullah…semoga Allah permudahkan semuanya and get well soon Ayra sayang🤲🏻❤️
atdzukha InshaAllah..semuanya slmt..sama la dgn anak bujang sis, 8 jahitan bwh dagu sbb aktif sgt..semoga cpt sembuh
mahfuzamukhtar Sama mcm anak buat saya ummi. Nama dia aira jgk.. dia time baby kene dagu terbelah. Camne tah lasak dia.. harap kakak ayra cept sembuh dn aktif semula ❤️❤️❤️
habibizly Semoga cepat sembuh ayra aneesah..sbjik nama ank prempuan sy 😍ayra aneesa 4tahun da skrg dia ..mmg lasak dan cergas kalo baby girl nama ayra aneesa nie..semangat..apa pon moga Allah taala permudahkan urusan adik ayra aneesah,,❤️❤️❤️ budak hebat mmg cergas cmnie.

 

Dalam pada itu, Dr Izzar yang merupakan suami Ummi turut berkongsi keadaan anaknya Itu.Sorry Ayra daddy tak jaga Ayra betul2 sampai terjatuh. Siapa tak sedih anak sakit kena masuk hospital. Dari check luka, kena pasang IV line, supp meds, tunggu nak masuk wad. Semua tu trauma untuk anak2 kecil sebab mereka tak faham. Dahla tengah sakit.

Nanti semua dah ok kita makan ice cream n cake favourite Ayra ye. Mummy nak belanja.

Get well soon, anakku. We love you

Ummi berkahwin dengan suami Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah pada 22 Ogos 2018 dan Aysha Arsylia pada Jun lalu.

Sumber: umminazeera & izzar