Zaman kanak-kanak ini kalau boleh semua benda ingin dicubanya, hatta ketika bermain sekali pun macam-macam perkara pelik boleh dilakukan. Tidak dinafikan gelagat mereka bermain bersama rakan-rakan ada yang melucukan dan tidak kurang juga hingga ada yang boleh mengundang bahaya pada diri sendiri.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ini sepertimana satu kejadian yang tular di media sosial apabila ada seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpaksa berdepan detik cemas apabila kepalanya tersangkut pada kon hampir setengah jam dalam kejadian di sebuah sekolah gara-gara bermain dengan rakan.
Memetik laporan Sinar Harian, difahamkan Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP), Mohd Ezal Azman berkata, sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.28 petang semalam.
Katanya sebaik tiba, anggota bomba mendapati kepala mangsa tersekat pada kon. Mohd Ezal berkata rakan mangsa memaklumkan kanak-kanak berusia 10 tahun itu memasukkan kepala ke dalam kon dan menekan terlalu kuat sehingga tidak boleh ditanggalkan.
“Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa bermain dengan rakannya sewaktu hendak pulang dari sekolah.
“Rakan mangsa memaklumkan mangsa memasukkan kon terlalu kuat hingga tidak boleh ditanggalkan.
“Anggota bomba kemudian memotong kon itu menggunakan peralatan khas dan mengeluarkan kepala mangsa dalam keadaan selamat. Operasi ditamatkan pada jam 1.55 petang,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!
Baca Ini Juga : Kematian Yang Dicemburui, Ustazah ‘Pergi’ Saat Majlis Khatam Al Quran Secara ‘Live’!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club