Main Cantum Lebihan Papan Yang Ada, Wanita Ni Buatkan Tempat Simpan Roti!

Share

Memastikan roti yang tidak habis dimakan agar elok tersimpan hendaklah diletakkan di dalam bekas.

Selain menggunakan bekas berpenutup atau sekadar bungkusan plastik diikat kemas, elok juga kiranya anda lakukan diy sepertimana yang dihasilkan oleh Norpadilah Binti Afandi ini.

Walau hanya menggunakan lebihan kayu namun hasilnya memang wow.

Sepintas lalu diy BreadBox 

Ramai yang bagi soalan… “Sis simpan roti kat rumah di mana ye?” Aduh nak bagi jawapan kita simpan terus dalam perut… suci sangat pulak nampaknya.

Tapi bila masuk musim tengkujuh macam ni, bagus jugak kan kalau ada stok roti ni buat alas-alas perut.

Kita memang lama dah mengidam nak ada bread box ni kat rumah…nak beli tu je…segan

Semalam gigih la menyantuni diri sendiri…..cantum-cantum lebih-lebih papan dan plywood mana yang ada.

Kemudian gam kan papan menggunakan gam kayu sebelum paku.

Kemudian paku untuk lebih kukuh.

Kemudian pasangkan plywood di bahagian belakang.

Kemudian tombol kabinet lama dan engsel dicat dengan spraypaint warna hitam.

Pasangkan bahagian penutup box dan cat warna putih.

Siap

Sumber : Norpadilah Binti Afandi