Main Air Hujan Boleh Buat Sakit? Baca Dulu Penjelasan Dr Ini. Rupanya Begini Sebab Yang Kena Tahu.

Share

Bila musim hujan, sudah tentu anak-anak seronok main hujan. memang seronok dapat main air hujan.

Namun air hujan ni jangan buat main, ia boleh menyebabkan seseorang itu demam, terutama kanak-kanak.

Nak tahu sebabnya, ikuti penjelasan Dr ini.

Hujan penyebab demam.

Betul ke bila kena hujan sure akan demam? Hurmm macam mana nak jawab ye.

Ok macam ni.

Pendedahan kepada hujan tidaklah akan terus menyebabkan demam.

Demam berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman, tak kiralah bakteria ka virus ka parasit ka fungal ka atau apa sahaja jenis kuman yang wujud di dunia.

Jadi, apa kaitan bila kena hujan je ada sesetengah orang demam selsema batuk yada yada?

Macam ni.
Bila hujan, suhu menjadi rendah aka sejuk.
Bila suhu rendah atau keadaan sejuk, imun dalam badan kita jadi kurang bagus.
Bila imun dalam badan jadi kurang bagus, kita mudah untuk jatuh sakit.
Tapi kalau imun badan kita hebat, biaqlah suhu rendah pun, badan kita masih tetap utuh melawan kuman kuman yang menyerang.

Begitulah dengan ibadah dan iman.
Jika hebat iman kita, datanglah dugaan lagha, kita tetap hebat menangkis segala hasutan syaiton.
(Saja selingan hikhik)

Ok, berbalik kepada soalan tadi.

Ada yang tanya, ada petua mana tah dapat kata ayaq hujan ni bagus untuk kesihatan badan.
Jawapannya adalah tidak. Nehi. Nyet. No.

Ada yang tanya lagi, di tempat depa tiada pencemaran, kawasan sekeliling di penuhi pokok pokok yang masih hijau. Jadi kalau hujan sure tak kotor.
Jawapannya tetap tidak.

Anda kena faham yang mana atmosfera kita tak seperti dulu kala. Atmosfera kita sudah banyak dicemari oleh asap asap kotor. Contoh asap dari kilang kilang yang makin melata, asap dari kenderaan yang makin berlambak, asap dari rokok vape dan bahan tembakau lain, asap dari pembakaran secara terbuka dan asap dari hati yang marah. Ok tak lawak, saja cuba.

Sebab tu, dulu dulu bolehlah anda nak jemur bayi anda, tapi tidak lagi sekarang. Atmosfera yang kotor dan makin menipis menyebabkan kulit kita mudah terdedah dengan sinaran uv yang tinggi juga. Jadi, gunalah sunblock ya jika ada aktiviti luar.

Ok berbalik pada soalan hujan.
Bila terdedah kepada hujan, kita tidaklah secara langsung akan dapat demam atau selesema.
Namun, jika imun badan kita lemah, kita boleh dapat demam dan selesema akibat perubahan cuaca dan penurunan suhu badan.

Harap harap menjawab soalan ya?

Nota kaki : Biar badan basah kuyup dek hujan, dari hidup lencun dengan lagha dan dosa✌?

Nak kuatkan imun badan, makanlah makanan yang sihat (yang fresh ye tak perlu supplemen) dan bersenam?

Sumber: Dr. Erna Nadia