Dalam Negara

Main Air Banjir Tak Pakai Lampin, Kanak-Kanak Perempuan Alami Pendarahan. “Scan Nampak Lintah Bergerak”

Share

Baru-baru ini, seorang doktor menerima pesakit kanak-kanak perempuan berusia setahun empat bulan yang mengalami pendarahan di bahagian faraj.

Semuanya selepas bermain air banjir tanpa mengenakan lampin pakai buang.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang doktor dari Klinik Safwa Pasir Tumboh berkongsi kisah pesakit yang dirawatnya ketika musim banjir.

Apa yang mengejutkan ujarnya, faraj kanak-kanak perempuan itu dimasuki lintah selepas membuat imbasan X-ray.

Gambar hiasan

“Semalam tergempar dengan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia 1 tahun 4 bulan datang ke kecemasan dengan pendarahan di faraj.

“Dalam sehari, 2 ke 4 kali tukar lampin sebab pendarahan.

“Bila periksa, tiada apa yang luka atau cedera. Sekali doktor kecemasan buat scan di bahagian pundi kencingnya ternampak benda bergerak-gerak.

“Ya Allah memang betul lintah dah masuk sampai situ,” katanya. 

Gambar hiasan

Ujarnya lagi, kanak-kanak itu difahamkan bermain air banjir dengan keadaannya yang tidak berlampin.

Dalam pada itu, doktor tersebut sempat menitipkan pesanan buat para ibu bapa untuk sentiasa memantau anak-anak ketika musim banjir.

“Hati-hati ibu bapa untuk sentiasa memantau anak-anak ketika musim banjir sekarang ini. Untuk keselamatan dan kesihatan anak-anak kita juga ya,” ujarnya lagi.

 

@safwapasirtumboh Kesihatan mental remaja dan kanak2 jangan diabaikan ye. Ianya boleh bertambah teruk sekiranya trlambat mendapatkan khidmat nasihat drp doktor. #klinikmesrawanitadankanakkanak #kliniksafwapasirtumboh #kesihatanmental #mentalhealthmatters #mentalhealthawareness #parents #anxiety #panicattack ♬ Sepenuh Hati by Rony Parulian x Andi Rianto – Sadvibes🥀

Sumber: TikTok  Klinik Safwa Pasir Tumboh