Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.
Menerusi perkongsian video di Instagramnya, Dr Say berkongsi kisah pembantu rumah warga Filipinanya yang bertindak mengasari anak ketiganya ketika dia bertugas di luar kawasan.
Pembantu rumah itu dilihat memangku anaknya namun menggoncangkan badan dan membiarkan kepala anak kecil itu dibiarkan tergantung ke bawah ketika berada di pangkuan. Hal ini sepatutnya tidak dibiarkan berlaku kepada seorang bayi yang masih kecil.
Pun begitu Dr Say menerusi videonya di Instagramnya turut memohon maaf kepada orang ramai kerana kekhilafan dirinya yang meninggalkan ketiga-tiga anaknya itu ketika bertugas di luar kawasan.
“Saya mohon maaf atas kelalaian saya. Banyak kecaman, nasihat dan teguran yang saya terima. Saya terima dengan hati terbuka untuk saya perbaiki diri saya.
“Saya bernasib baik anak saya tiada kecederaan atau kecacatan kekal & saya hargai setiap kata-kata anda semua. Terima kasih sekali lagi atas teguran anda semua & again my sincerest apology for the mistakes that i have done,” tulisnya di kapsyen.
Menerusi videonya kata Dr Say, dia memaafkan pembantu rumah warga Filipina itu kerana merasakan dia pembantu rumah yang baik sepanjang tinggal bersamanya.
“Sebab sebelum insiden tu saya tengok dia baik. Tak pernah minta keluar rumah langsung pada hari cuti.
“Tapi selepas dia dah dibuang, baru saya dapat tahu dia cakap hidung anak saya macam babi. Dia selalu cubit anak saya dan dia periksa balik nak tengok ada kesan Lebam ke tak. Apabila mandikan baby dia terus jirus seluruh muka dan bukannya mandikan perlahan-lahan,” katanya berkongsi.
Mengulas lanjut, Dr Say berkata dia dan isteri akan memperbaiki kelemahan mereka sebagai ibubapa demi anak-anak, terutamanya apabila berada di luar kawasan.