“Mai Nak Sayang…”- Bukti Kasih Sayang Adik Beradik, Warganet Terharu & Rindu Pada Adik Beradik!

Share

Kasih sayang antara adik beradik seperti yang dikongsikan di dalam video ini wajar untuk diteladani. Biarpun keduanya sudah dimamah usia, namun tidak malu untuk menunjukkan betapa seorang kakak dan adik lelakinya saling sayang menyayangi antara satu sama lain.

Kisah ini dikongsikan oleh seorang cucu @nurulwani99 di laman Tiktok, yang mambawa neneknya bertemu adik lelakinya dengan menaiki kereta. Setibanya di hadapan rumah, kedatangan mereka disambut dengan penuh kasih sayang.

Momen tersebut cukup manis dan ada yang tersenyum serta terharu melihatnya gelagat dua beradik ini meluahkan rasa kasih dan sayang. Bahkan warganet turut mendoakan agar kasih sayang antara kedua adik beradik ini kekal selamanya dan wajar dicontohi.

@nurulwani99Video original xdk lagu ##kakdgnadik ##kakadik ##fypシ ##fyp ##senyumanbahagia ##kedahcrew♬ bunyi asal – Adekwani

“Mai nak sayang…Sayanglah dua beradik…”

Menerusi video gelagat nenek yang berusia 83 tahun yang dikenali sebagai Tok Om yang sangat rapat dengan adik lelakinya  bernama Kasa. Cara mereka meluahkan ‘sayang’ itu membuatkan ramai tersentuh hati hingga telah ditonton lebih daripada 1.1M ketika artikel ini ditulis dan dengan tanda suka 96.2K.

Sumber Tiktok : @nurulwani99

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club