Mahu Langsing Dan Awet Muda, Cuba Teh Jintan Manis Ini. Gerenti Puas Hati!

Share

Biasanya, rempah ini digunakan di dalam masakan. Jangan tak tahu, jintan manis bukan sekadar penambah rasa keenakan makanan, malah ia memiliki khasiat tersendiri buat anda yang ingin menurukan berat badan. Kaum wanita khususnya yang mahu badan langsing boleh cuba teh jintan manis.

Dengan pengambilan secawan teh jntan manis pada waktu malam juga dapat menenangkan saraf dan membuatkan anda lebih mudah tidur malam.

Berikut beberapa khasiat yang ada di dalam rempah jintan manis yang anda tidak ketahui sebelum ini.

Cuci usus

Jintan manis sejenis herba berserat tinggi, bertindak seperti ‘julap’ untuk mencuci usus kecil dan usus besar secara sederhana. Herba ‘pelawas’ ini melancarkan proses perkumuhan. Selain itu, ia juga membantu mengatasi masalah kembung perut akibat terlebih angin, gas dan asid.

Kawal tahap kolesterol

Kaya dengan vitamin C-B-A, bermanfaat mengekalkan daya tahan badan terhadap serangan penyakit. Kadar seratnya yang tinggi dapat mencegah berlakunya buasir dan kanser usus.

Rawat bengkak sendi, sakit badan dan lenguh-lenguh otot

Jintan manis mengandungi ‘anethole’, sangat perlu untuk merawat masalah bengkak atau radang pada sendi, tulang dan otot! ‘Anethole’ juga diyakini dapat mengurangkan risiko keberulangan (recurrennce) penyakit kanser.

Diuretik

Jintan manis bersifat diuretik, bermakna ia dapat mengeluarkan bendungan air di dalam badan.. justeru merawat sembab muka, perut kembung, buncit dan senak perut!

Menambah kuantiti dan kualiti susu ibu

Jintan manis merangsang pengeluaran susu ibu (lactation) dan memberi kesan yang sama pada tubuh sepertimana tugas estorgen. Ia juga boleh merawat masalah kesakitan pra-haid dan menopaus, masalah rendah-libido dan ketegangan saraf.

Merawat gejala pra-haid, pra-menopaus dan rendah libido

Jintan manis dapat mengatasi masalah kesakitan dan kekejangan saraf pra-haid, mengurangkan simptom-simptom pra-menopos dan menggalakkan daya keinginan seksual secara semulajadi (dan berkesan!)

Penyediaan Teh Jintan Manis

Bahan-Bahan

1 sudu jintan manis

2 gelas air

Cara :

  1. Masukkan 2 gelas air ke dalam periuk.
  2. Masukkan 1 sudu besar jintan manis (versi biji) ke dalam periuk tadiRebus hingga mendidih. setelah mendidih, terus tutup api dan tutup periuk supaya wap herba tidak keluar.
  3. setelah suam, tapis dan tuang ke dalam gelas. Kacau dan minum 3 kali sehari (sebelum sarapan, makan tengah hari dan makan malam). Jika rajin bersenam lepas minum secawan teh jintan manis selama 30 minit setiap hari (selama 3 bulan, bersedialah untuk kehilangan berkilo-kilo dari berat badan) cubalah secawan teh jintan manis .

Jika diamalkan berterusan, kita akan merasa manfaat dan  kebaikannya pada tubuh badan. ia mampu membuang keracunan dlm badan kerana bertindak sebagai tonik semulajadi yg membersih darah, buah pinggang, paru-paru dan limpa.  Untuk kesan yang terbaik perlu istiqamah.

kredit : Suriani Senapi