Majlis perkahwinan merupakan momen terindah yang dimiliki oleh setiap pasangan yang berkahwin. Kerana itulah yang akan mengingatkan kita pada hari bersejarah.
Hari di mana bermula detik memasuki fasa baharu dan foto-foto itulah nanti yang akan ditunjukkan kepada anak cucu sebagai mengingati detik manis sebuah keluarga.
Namun berbeza dengan pelakon Lisdawati dan Fauzi Nawawi, baru-baru ini mereka telah bersanding sekali lagi dengan lengkap berpakaian pengantin selepas 15 tahun melayari bahtera rumah tangga kerana mahukan foto perkahwinannya dalam keadaan menutup aurat.
Memetik Kosmo, Lisdawati mengakui terkilan apabila foto pernikahannya yang dirakam 15 tahun lalu tidak dapat dikongsi kepada umum kerana ketika itu masih belum berhijab.
“Saya sudah lama merancang untuk mengambil foto baharu. Ketika berkahwin dengan suami 15 tahun lalu, saya masih belum dalam keadaan sempurna (menutup aurat). Jadi saya tak dapat kongsikan.
Ads
“Jadi hari ini (semalam), sempena meraikan majlis ulang tahun kelahiran yang ke-44, saya buat sekali majlis persandingan. Apa yang penting saya mahukan gambar perkahwinan sebagai kenangan,” katanya.
Menurut Lisdawati lagi, untuk persandingan mereka kali kedua ini dia memilih busana berona biru untuk ‘majlis nikah’ dan songket putih untuk resepsi serta majlis diadakan secara ringkas sahaja.
“Saya buat majlis serba ringkas sahaja, bukan secara besar-besaran. Momen gambar itu yang penting. Saya buat juga video untuk kenangan cucu dan cicit saya nanti. Jadi selepas ini, kalau nak guna gambar perkahwinan saya, boleh guna yang terkini,” katanya.
Ads
Ditanya mengenai rahsia kebahagiaan rumah tangganya yang dibina selama 15 tahun, Lisdawati berkata dia dan suami turut melalui fasa pasang surut dalam perkahwinan.
“Setiap pasangan yang berkahwin akan melalui fasa yang sama. Apa yang membezakan adalah bagaimana untuk bertahan, bersabar dan berkomunikasi bagi menyelesaikan masalah.
“Kami tidak berbincang depan-depan. Kalau ada masalah yang memerlukan kami berkomunikasi, saya dan suami akan bercakap menerusi mesej sahaja.
Ads
“Sebelum ini guna Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Kalau sekarang guna WhatsApp. Kami elak berjumpa kerana takut akan bertikam lidah. Jadi bila kedua-duanya sudah ‘sejuk hati’, baru kami akan bersemuka,” katanya.
Lisdawati mendirikan rumah tangga bersama Fauzi, 50, pada 9 September 2007. Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata. Lisdawati turut mempunyai empat orang anak tiri menerusi perkahwinan terdahulu Fauzi.
Boleh dikatakan fesyen selendang dan tudung dipasaran terlalu banyak dan cantik-cantik semuanya. Kalau boleh, semua jenama kita hendak miliki untuk dijadikan koleksi dalam bergaya.
Jadi bukan sesuatu yang pelik, kalau hendak dikira jumlah tudung yang sedia ada, memang banyak hingga cecah ratusan helaian. Senang cakap kalau disimpan dalam almari pakaian memang tidak muat malah sukar pula untuk dicapai.
Untuk itu, apa kata anda jadikan inspirasi rekaan almari tudung yang dikongsikan oleh seorang suami ini untuk isterinya yang tercinta. Mohd Khairizan Reduan mengilhamkan almari tersebut untuk memudahkan isteri menyimpan koleksi hijab secara lebih tersusun dan teratur dengan menggunakan bahan dari kayu pine dan OSB board.
Jadi tungu apa lagi, jom kita lihat langkah demi langkah yang dikongsikannya di salah satu group facebook berkaitan pertukangan.
DIY ALMARI TUDUNG
Langkah 1 : Saya buat almari dengan ukuran panjang 30″ x lebar 12″ / 1 kaki x tinggi 72″ / 6kaki. Dan board ini telah siap dipotong. Harga sekeping adalah RM70 berukuran 4ft x 8ft.
Langkah 2 : Catkan setiap kepingan board terlebih dahulu untuk kemasan yang lebih sempurna.
Langkah 3: Letakkan kayu untuk membentuk frame pada bahagian pintu untuk memberi design. Kemudian sapukan dengan cat varnish (clear gloss) jenama Nippon Paint Floor Dressing agar nampak lebih menarik dan berkilat.
Langkah 4 : Lakukan pemasangan kerangka badan almari, kemudian pasangkan pintu dan pasangkan juga roda di bahagian bawah almari untuk memudahkan dialih di masa akan datang.
Ikatkan juga badan almari ke dinding dengan menggunakan L bracket untuk langkah keselamatan.
Langkah 5 : Tebukkan lubang pada dua bahagian kayu dengan ukuran yang sama untuk dijadikan penyangkut kayu rod.
Langkah 6 : Pemasangan rod dengan kemas di dalam almari. Buat beberapa lapisan mengikut kreativiti.
Inilah hasilnya, walau nampak ringkas pastinya sudah cukup bermakna bagi wanita yang ada pelbagai koleksi selendang. Semuanya nampak kemas tersusun dan mudahlah untuk dicapai.
Gaji baru je masuk seminggu, dah tinggal berapa kerat je lagi dalam bank. Tiap bulan macam tu lah. Bosan juga hadap situasi sama tiap bulan.
Kalau yang sabar, boleh lah hadap megi sebagai pengganti KFC dan Mcd. Tapi kalau jenis gelojoh memang kad kredit lah jawabnya.
Sebelum jatuh terduduk, baik korang cuba benda yang saya nak kongsi ini. Cara ini mungkin nampak old school, tapi inilah yang saya buat sejak 2 tahun lepas.
Langkah 1:
Ajak pasangan duduk bersama. Bincang dan tulis semua perbelanjaan bulanan korang. Rujuk gambar 1 di bawah. Saya ada sertakan contoh yang saya sendiri buat.
Saat ini, jangan nak kelentong lagi. Kalau spend duit untuk kereta pun tulis. Beli tudung hari-hari pun tulis. Lutsinar (transparent) antara satu sama lain.
Langkah 2:
Bandingkan perbelanjaan korang dengan gaji yang masuk setiap bulan. Kalau korang ada elaun, side income, bonus, terpulang kalau nak kira sekali pun, okay aje.
Hah macam mana gaji vs belanja? Positif atau negatif?
Kalau positif, syabas dan tahniah. Sesungguhnya anda tergolong dalam golongan yang sabar. Haha
Tapi kalau negatif, sila baca sampai habis.
Langkah 3:
Sila jenguk semula pada catatan di langkah (1) tadi. Potong dan kurangkan dekat belanja yang rasa tak perlu. Waktu ini, tepuk pipi dan sedarlah dari mimpi. Yang anda sedang menarah bukit yang tak wujud pun sebenarnya.
Langkah 4:
Setiap kali gaji, simpan dulu duit siap-siap sebelum guna. Berapa amaun yang kena simpan?
JUMLAH GAJI – (KOMITMEN + BELANJA) =SIMPAN
Katakan ada bulan yang korang dapat lebihan elaun/bonus. Tempat yang sepatutnya adalah pada simpanan. Bukan pada belanja. Faham eh?
Langkah 5:
Cari angpau raya tahun lepas. Then masukkan setiap amaun duit yang dah ditulis pada langkah 1. *1 jenis belanja = 1 sampul.
Wajib tanda besar-besar. Kang takut terseluk sampul yang salah pulak. Rujuk gambar 2.
Ini yang saya buat. Awal-awal ni, buat lah cecantik dulu. Nanti dah lama boleh lah hodoh-hodoh macam saya buat tu hahaha
Langkah 6:
Tampal kertas untuk catat “duit keluar” dari sampul. Setiap sen yang keluar wajib tulis! Lekatkan ia berdekatan dengan deretan sampul tadi. Pen jangan lupa. Nanti tercari pen sampai lupa nak catat.
Langkah 7:
Setiap kali next gaji masuk, check dan audit semua sampul. Tally atau tak dengan catatan keluar masuk.
Bagaimana jika ada duit lebihan dalam angpau?
Haaa.. Yang ini korang boleh tambah lagi 2 tabung special. Tabung derma dan tabung travel. Haa baru lah ada motivasi nak menyimpan lebih. Nak enjoy lebih kena lah berjimat lebih, kan? Hehe
Itu sahaja tips old school saya. Mudah je kan?
Apapun, ianya berbalik pada disiplin diri kita sendiri. Ini sekadar salah satu usaha kecil kita. Lebih dari itu kita serah lah pada yang Maha Kaya.
Di bulan puasa selain kita menahan lapar dan dahaga, kita juga di minta untuk banyakkan bersabar melawan hawa nafsu.
Semalam, satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku kepada sebuah keluarga yang menetap di Kajang.
Hanya kerana menegur anaknya yang membaca doa makan dengan terlalu laju ketika berbuka puasa, seorang bapa cedera akibat dipukul dengan kerusi makan dalam kejadian yang berlaku di rkediaman mereka.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata, dalam kejadian jam 7.45 malam itu, mangsa yang berusia 63 tahun telah dipukul oleh anak lelakinya yang berusia 34 tahun.
Anak mangsa yang marahkan bapanya kerana menegur dia membaca doa makan terlalu laju ketika mereka sekeluarga mahu menikmati juadah berbuka puasa di rumah mereka.
“Suspek yang tidak berpuas hati dengan teguran itu kemudian menghayunkan kerusi meja makan ke kepala mangsa sehingga patah kaki kerusi.
“Salah seorang anak mangsa kemudian meleraikan pergaduhan itu dan menghubungi pihak polis.”
Tambah Mohd Zaid, tangkapan dibuat ke atas suspek dan polis turut merampas barang kes iaitu kerusi meja makan yang digunakan untuk memukul mangsa.
“Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di dahi dan tapak tangan kanan dalam kejadian itu.
Difahamkan kes ini masih di dalam siasatan. Semoga di bulan Ramadan yang mulia ini hubungan sesama keluarga akan semakin rapat dan utuh. Segala persengketaan kekeluargaan dapat terlerai.