Setiap orang mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Demikian juga dengan penyanyi dan pelawak popular, Mark Adam. Impian tersebut sudah lama tersemat di lubuk sanubarinya.
Siapa sangka hasrat tersebut sudah tercapai bila mana Mark dan isterinya, Ezan dipanggil untuk menunaikan umrah. Lebih menggembirakan lagi bila dia bakal ke sana dengan dua sahabat baiknya, Shuib Sepah dan Siti Sarah, tidak lama lagi.
“Alhamdulillah… Saya terima panggilan untuk menunaikan umrah, sebulan lalu. Risau tidak dapat membuat persiapan dalam tempoh singkat, namun, isteri meyakinkan saya.
“Peluang begini tidak datang berkali-kali. Jadi, kami enggan melepaskannya. Biarpun terpaksa menolak beberapa tawaran atau ‘job’, rezeki datang mencurah-curah hingga pertengahan tahun depan,” katanya lagi.
Mark berkata, niat asalnya membawa ibu bapa mentua. Namun, ia tidak dapat dilaksanakan berikutan keadaan fizikal yang tidak berdaya.
“Jadi, saya pergi dulu… Mungkin pada masa depan, saya boleh membawa mereka,” katanya.
Mark atau nama penuhnya, Fikri Mark Adam Abdullah berharap beroleh hidayah dan menjadi umat Islam yang lebih baik selepas menjejakkan kaki di Makkah.
Belum dikurniakan zuriat selepas 15 tahun berkahwin, Mark turut berniat berdoa dikurniakan cahaya mata apabila berada di Tanah Suci.
“Selain berdoa kepada Allah supaya menjadi lebih baik, saya meminta doa kepada semua yang berada di sekeliling.
“Saya dan Ezan berharap dikurniakan cahaya mata… Doakan supaya ibadat kami berjalan lancar,” katanya.
Sumber: Berita Harian Online & IG markadam1079
Ibu-Ibu Nak Kulit Cantik Dan Mulus Kena Cuba 5 Petua Ini. Nombor 2 Dan 5 Cukup Mudah!
Nak cantik tak boleh malas sebab macam-macam petua yang boleh dipraktikkan. Tambah-tambah zaman ekonomi meleset ini.
Guna sahaja barangan di dapur seperti telur, madu, baking soda, beras kerana ia lebih mudah dan menjimatkan. Malah petua begini juga dapat melindungi kulit dari bahan kimia
Jika anda mahu mendapatkan kulit yang halus dan mulus kena ikut petua. Bukan hanya perempuan, lelaki juga boleh mencubanya. Jom semak sama-sama.
Sumber: Fayyanfreaks
“Kebanggaan Keluarga & Negara, Bertuah Ibu Bapanya.” Pelajar Uitm Ni Cipta Sejarah, Skor Markah Penuh Ujian Perakaunan Dunia
Sejuk perut ibu mengandung… demikian yang boleh diungkapkan dengan penuntut bernama Hakeem Mohammad Akmal, 18 yang mencipta kejayaan sekaligus mengharumkan nama negara mendapat skor penuh 100 peratus bagi kertas FA1 Recording Financial Transactions. Sekali gus mencipta sejarah dunia dengan berada di tempat pertama bagi subjek berkenaan.
Dia yang memiliki pengetahuan asas dalam bidang perakaunan sedikit pun tidak menghalang penuntut program Certified Accounting Technician (CAT) Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) memperoleh skor penuh berkenaan bagi sesi Julai – Disember 2019. Seterusnya berjaya mengekalkan kecemerlangan selepas memperoleh keputusan 9A pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Hakeem berkata, dia tidak menyangka akan menerima anugerah berkenaan yang dikurniakan oleh badan profesional perakaunan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) United Kingdom memandangkan dia tiada asas dalam perakaunan berbanding rakan kuliah lain yang lebih berpengalaman.
“Sebelum ini saya mengambil jurusan sains tulen di peringkat sekolah menengah, namun saya buat keputusan tukar haluan kerana ingin mencuba sesuatu yang baru dan lebih mencabar.
“Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan apabila dikelilingi rakan serta tenaga pengajar yang banyak membantu walaupun saya terlalu banyak bertanya,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.
Berkongsi tips belajar, anak ketiga daripada lima beradik itu masih keluar bersama rakan melakukan aktiviti seperti menonton wayang dan bersukan, namun dia meletakkan had supaya tidak leka.
“Jangan lagho (leka) sangat, kena pandai ‘control’. Tugas kita sebagai penuntut harus belajar sampai dapat yang terbaik, jangan pula terbaik dalam melepak.
“Saya juga bertuah kerana pensyarah yang mengajar kertas ini banyak membantu biarpun di luar waktu kelas. Saya pula seorang yang tidak akan puas selagi tidak faham sesuatu perkara.
“Di sini, saya dapat lihat kerjasama daripada tenaga pengajar dan penuntut amat penting untuk sama-sama berjaya kerana jika sebelah pihak saja yang bersungguh-sungguh mungkin tidak akan ke mana,” katanya yang berasal dari Langkawi, Kedah.
Katanya, dia merancang melanjutkan pengajian dalam bidang percukaian di UiTM melalui ACCA memandangkan jurusan itu agak mencabar dan mempunyai peluang pekerjaan yang luas.
“Zaman sekarang kita perlu bijak mengatur langkah. Belajar sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan pada masa depan dan bukan sekadar untuk memenuhi minat. Minat boleh datang kemudian, yang penting kesungguhan untuk mengubah masa depan.
“Kelilingi juga diri dengan orang yang positif dan rajin. Itu semua menyumbang kepada kejayaan tanpa kita sedari. Insya-Allah, kejayaan akan menyusul selepas kita lakukan yang terbaik di samping menjaga hubungan dengan keluarga dan Allah SWT,” katanya.
Terdahulu, UiTM memuat naik ucapan tahniah kepada Hakeem selepas diumumkan penuntut terbaik dalam kertas FA1 Recording Financial Transaction.
Sumber: Harian Metro
Kemasnya Rumah Tenang Tengok Ada Caranya. Dr Ini Kongsi Cara Praktikal Agar Selalu Nampak Teratur Saja!
Memiliki rumah kediaman yang kemas adalah impian semua orang.
Apabila suasana dalam rumah kemas, sudah tentu kita berasa selesa malah mendapat ketenangan fikiran dan kebahagiaan jiwa.
Ini namanya, Rumahku Syurgaku. Tetapi sejauh manakah kita mampu menjadikan tempat tinggal kita itu bersih dan kemas.
Bukan calang-calang dapat memastikan rumah kemas tambahan pula dengan anak yang ramai dan masih kecil. Lebih hebat, tanpa bibik atau pembantu rumah.
Nak tahu caranya, seorang doktor berkongsi cara yang praktikal untuk mengemas rumah dengan mudah.
Ikuti perkongsian Dr Azirawati binti Ismail, Pakar Perubatan kecemasan HRPZ II, Kota Bharu, Kelantan.
Rumah sentiasa kemas & tenang bagi ibu yang bekerja walau tanpa bibik
Setiap wanita terutama yang bekerjaya semestinya sentiasa mahukan yang terbaik utk keluarga. Perasaan serba salah itu pasti singgah kerana 1/3 masa sudah dihabiskan di tempat kerja malah ada yang lebih dari tempoh itu.
Apabila pulang ke rumah, kerja rumah pula yang ‘menanti’. Keperluan anak-anak dan suami juga perlu dipenuhi pada masa yang sama. Tak kan lah hendak memesan makanan dalam talian senantiasa kan? Semestinya air tangan ibu juga yang didambakan.Begitu juga si suami mengharapkan dapat memakan hasil tangan isteri sebolehnya, terutama bagi suami yang tidak tahu memasak. Sementelah lagi musim pkp ini tidak mudah mencari kedai makan yang kena dengan selera.
Tidak semua orang mampu mempunyai ‘bibik’. Jika mampu pun tidak semua bernasib baik mendapat bibik seperti yang diharapkan. Jadi di bawah adalah petua yang boleh digunakan untuk memastikan rumah kita dalam keadaan selesa sentiasa di samping ‘perut’ ahli keluarga kenyang dan ibu juga tidak stress.
1) BELAJAR MINIMALIS BARANGAN RUMAH
– belajar menyimpan HANYA barang-barang yang diperlukan SHJ termasuk perabot.
– tidak perlu sayang untuk melepaskan barang-barang yang tidak digunakan/diperlukan
– mana-mana barang yang boleh dilepaskan boleh disedekahkan atau dijual dengan harga yang sepatutnya
– kalau kita perasan sebenarnya kita banyak menyimpan ‘sampah’ di dalam rumah yang menyebabkan rumah nampak penuh dan sarat
– kajian menunjukkan jika barangan tersebut kita tidak guna selama 6 bulan sebenarnya kita tidak memerlukan barang tersebut dan bolehlah kita lepaskan kepada mereka yang memerlukan
2) WUJUDKAN SATU STOR
– stor ni pun suatu yang amat penting supaya jika kita sayang untuk buang atau lepaskan barang-barang kita boleh simpan di dalam stor sementara kita berfikir ke mana kita nak lepaskan barang ini utk selama-lamanya.
– jika kita letakkan di tepi-tepi sudut pun sebenarnya ia amat mengganggu penglihatan dan lama kelamaan membuatkan tempat tersebut berhabuk.
3) ELAKKAN MEMBUAT KERJA YANG SAMA SETIAP HARI
– Jika kita perasan kenapa kita asyik buat kerja yang sama setiap hari, kemas sudah rumah tetapi esok kena kemas lagi.
– ini berkait rapat dengan perkara no 1 tadi. Kerana kita menyimpan ‘sampah’. ‘Sampah’ itu bersepah dan kita kemas lagi dan lagi dan lagi.
– cuba kita buang ‘sampah’ ini dan kita dapati kita tidak perlu lagi mengemas ‘sampah’ ini lagi.
– contoh: di atas meja banyak hiasan-hiasan yang tidak perlu dan berhabuk. Hari ni kita buang habuk itu dan esok berhabuk lagi dan kita buang lagi..kalau kita minimise kan hiasan dan habuk akan berkurang. Jadi kita tidak perlu buat kerja yang sama setiap hari.
4) SEDIAKAN RUANG KHUSUS UNTUK ANAK ‘MENGEMAS’
-bagi yang ada anak kecil seperti saya juga, amat sukar untuk kita melihat rumah kita seperti istana setiap hari dan setiap saat. Agak mustahil juga kita hendak melarang mereka dari ‘mengemas’ sebab itu memang ‘nature’ mereka sebagai budak dan cara mereka menonjolkan kreativiti.
– jadi kita sediakan ruang utk mereka tonjolkan kreativiti mereka dan pada masa yang sama kita hanya perlu ‘lapangkan hati’ dan ‘butakan mata’ melihat tempat mereka ‘bekerja’.
– boleh ajar mereka untuk mengemas kembali tempat mereka selepas bermain.
5) AJAR ANAK-ANAK MENGEMAS BILIK, TANDAS & BARANGAN PERIBADI MEREKA
– anak-anak seharusnya dilatih dari kecil untuk menjaga barangan peribadi mereka sendiri termasuk bilik tidur dan bilik mandi. Kerana mereka yang guna sendiri. Jika mereka boleh lihat bilik/tandas kotor ianya melambangkan sikap peribadi mereka.
– mula-mula kita latih dulu mereka untuk membersihkan bilik air dan buang sampah. Lama-kelamaan mereka akan ikut dan buat sendiri.
– latih dari kecil supaya bangun sahaja dari tidur mereka perlu lipat selimut dan waktu hujun minggu arahkan mereka untuk mengemas bilik masing-masing. Lama kelamaan akan menjadi kebiasaan bagi mereka.
6) JANGAN LARANG ANAK UNTUK MENOLONG KITA
– mendapat anak-anak yang rajin ni adalah suatu nikmat. Tetapi yang menjadi contohnya adalah kita ibu bapa.
-jika anak ingin bantu kita untuk membuat sesuatu kerja rumah, jangan larang mereka, malah perlu galakkan mereka dan betulkan apa yang sepatutnya walaupun masih kecil.
-jika kita melarang, mereka akan merasakan kita merendahkan mereka dan tidak hargai mereka dan menjadikan mereka kecewa untuk membantu lagi. Bila besar nanti susah nak disuruh pula.
– galakkan juga mereka membasuh pinggan dan pakaian sendiri dan juga bahagikan tugasan selepas makan siapa basuh pinggan, tiarap pinggan, kemas meja dll.
7) SIAPKAN KEPERLUAN AHLI KELUARGA DAHULU
-kenali sifat ahli keluarga kita.Jika anak-anak dan suami jenis yang bangun pagi terus mencari nasi, maka sebolehnya kita sediakan dahulu makan minum mereka dan barulah kita buat kerja rumah yang lain.
– jika perlu ajak suami dan anak-anak masuk dapur sekali menolong atau menyiapkan tempat makan dll
– ahli keluarga kenyang, ibu pun happy dan tidak stress.
8) JANGAN BIARKAN KAIN BERTIMBUN
– kain baju yang bertimbun ni sebenarnya satu stress dalam rumahtangga sebab tidak senang mencari kain-kain ‘tersembunyi’ terutama jika nak cepat.
– jadi jika tiada masa melipat kain boleh tetapkan satu keadaan contohnya apabila kain ada 2 bakul jer mesti kena terus lipat. Atau bila nampak baju suami dah hampir separuh dah terpakai mesti kena lipat kain.
– sesetengah orang semasa menyidai kain mereka terus menggunakan hanger bagi kain yang sepatutnya. Dan apabila angkat tidak perlu dilipat.terpulang atas kreativiti.
9) CARI PEMBANTU YANG SESUAI
-pembantu yang saya maksudkan ini adalah yang menolong kita memudahkan urusan kerja rumah.
– cth : alat bantuan memasak, mesin dryer, steam iron, vacuum dll mengikut kesesuaian dan keperluan dalam sesuatu rumahtangga.
– alat bantuan memasak ni amat banyak sekarang dan isteri perlu bijak memilih supaya walaupun canggih jika tidak digunakan pun ia akan melibatkan pembaziran.
-para isteri perlu tahu membezakan antara keperluan dan kehendak dalam konteks ini dan perlu berbincang dengan suami.
10) AJAK AHLI RUMAH BERSAMA-SAMA
-paling penting kerjasama antara ahli rumah. Kerja rumahtangga ni bukan kerja isteri seorang atau suami seorang atau diberikan kepada anak-anak.
– kita nak hidup bahagia dan tenang kena tenang semua ahli rumah. Jadi semua kena bekerjasama untuk mencapai ketenangan dalam rumahtangga.
-contoh jika kita ibu, kita jenis orang yang suka buat kerja rumah dan berada dalam rumah.Jadi suami boleh ambil ‘port’ berkebun dan membersihkan kawasan di luar rumah. Angkut anak-anak sekali untuk membuat kerja rumah.
Ni antara perkongsian hari ni. Cukuplah 10 point. Jika ada lagi kita boleh tambah selepas ini.
Sebenarnya perkara paling penting adalah minimalis barang-barang rumah..Apabila ‘sampah’ dibuang sebenarnya banyak masa yang kita boleh luangkan dengan diri sendiri dan juga boleh luangkan masa dengan membaca dan menimba ilmu.
Sumber: Azira Ismail
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club