Tahniah buat pasangan selebriti popular, Rizky Febian dan Mahalini Raharja yang baru sahaja menimang anak pertama mereka.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri Rizky menerusi Instagramnya.
“Bismillahirahmanirahim. Telah lahir buah hati kami “Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian” dengan selamat walafiat pada tanggal 15 Februari 2025.
“Selamat datang little star. Semoga kelak menjadi anak yg berbakti, solehah, dan memberikan berkah untuk orang banyak ya nak.
“Mohon doanya semuanya ,” ujar Rizky Febian di dalam kapsyen Instagram miliknya.
Menerusi hantaran itu, Rizky yang kini sudah pun bergelar bapa turut memuat naik momen manis itu ketika menyambut kelahiran bayi comel mereka.
Terdahulu, pada awal Januari, Mahalini atau Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja, 25, memaklumkan beliau sedang hamil dan mengambil keputusan untuk berehat dari dunia muzik sehingga selepas bersalin.
Untuk rekod, Mahalini dan Rizky Febian mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2024.
Menarik: Clamp Atau Laser, Apa Teknik Terbaik Nak Khatankan Anak, Ini Saranan Doktor/