
Berbeza agama tidak membataskan silaturahim Dengan ahli keluarga yang lain, itulah yang Ingin ditunjukkan oleh Ozlynn Wati Dalam perkongsiannya.
Memuatnaik gambar anak-anak mengerjakan solat Dalam sebuah bilik,menurut isteri kesayangan Johan Rajalawak ini, gambar tersebut diambil ketika menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga besar mereka.
Ujar Ozlynn lagi, keluarga terdekatnya yang berbangsa Cina telah menyediakan sebuah bilik untuk mereka sekeluarga menumpang solat.
“Mahal! Sesuatu yang tak boleh kau beli. Beraya rumah pak long (popo punya abg ipar) bagi bilik untuk kami tumpang solat. Masing-masing menghormati agama memasing.
“Tu video Chantiq dan Moleiq tengah solat. Cucu solat dalam bilik atuk sembahyang dekat luar. Alhamdulillah selamat sampai rumah. Dah berapa tahun tak dapat sambut raya. Kali ni rezeki dapat bawa abah sekali beraya sama.” Tulis Ozlynn dikapsyennya.
Tambah ibu kepada enam cahaya mata ini lagi, Itu merupakan kenangan ‘mahal’ tatkala berpeluang menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga sebelah suaminya.
Wanita Ini Buat Kuah Kacang Ikut Resipi Arwah Maknya. Kawan-Kawan Pun Puji. Betul-Betul Sedap Ni!!

Kuah kacang sememangnya cukup digemari terutama sekali apabila dimakan bersama nasi impit, cucur udang dan pelbagai hidangan lain. Namun tidak ramai yang tahu cara-cara yang betul memasak hidangan ini supaya ia enak, pekat dan lambat basi walaupun menggunakan santan.
Menjelang raya nanti, bolehlah ibu-ibu cuba resipi ini. Boleh dihidangkan untuk para tetamu yang berkunjung ke rumah nanti.
Menerusi perkongsian Ruziati Amat Sarbini ini katanya diperoleh dari arwah ibunya. Bahkan, rakan-rakan turut mengakui akan keenakannya sehinggakan ada yang memintanya menjual kuah kacang. Betapa hebatnya penangan resipi arwah ibunya itu.
Disebabkan itu, Ruziati tidak lokek untuk berkongsi resipi kuah kacang tersebut. Yang nak cuba jom baca ni:
Kawan kata kuah kacang saya sedap… siap pujuk saya jual kuah kacang ni resepi kuah kacang saya..
bahan-bahan
1 kg kacang tanah (goreng)
800 gm gula
2 setengah sudu garam
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Segenggam asam jawa (bancuh pekat)
4 btg serai
Seinci lengkuas
Minyak masak
Air
Udang kering (ikut selera)
Rm3 cili kering ( kalau rasa nak lebih pedas boleh tmbh cili)
Cara
- Tumis bahan kisar tadi.
- Kemudian, masukkan semua bahan, tambah air.
- Biarkan mendidih sehingga agak-agak pekat (sambil tu kacau selalu untuk elak hangus bahagian bawah).
- Kecilkan api dan renihkan kuah sehingga naik minyak sambil kacau sesekali.
Tips Extra:
1). Kacang yang disangai tu nak kena betul-betul masak.
2) Apabila tumis cili, itu pun nak kena betul-betul masak juga. Agak ambil masa tapi insyaAllah berbaloi. Hasilnya kuah kacang yang dihasilkan akan lebih tahan lama dan rasa yang sedap. Insya Allah.
3). Apabila dah masukkan santan, kena santan betul-betul masak juga. Baru boleh masukkan kacang. .Ada sebabnya tapi mokcik dah terlupa..Kalau tak silap supaya kacang tadi tak mendap dan terpisah.
4). Dah masuk kacang yang dikisar, kena selalu dikacau supaya ia tidak cepat hangus di bawahnya.
5). Dari segi rasa pula..kena cukup masin, manis dan masamnya. Insya Allah kuah akan rasa ummpphh.
“Tak Suka Berada Bawah ‘Spotlight’. Thank You Ni Selalu Ada Di Sisi.” Kenal Isteri Umur 19 Tahun, Nukilan Ismail Sabri Undang Perhatian!

Tarikh 21 Ogos mencatat sejarah buat susuk tubuh bernama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang Jumaat berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9, selaras Perkara 40(2)(a) dan dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Melihat perwatakannya di hadapan kamera, beliau nampak serius dan tenang di khalayak. Namun, siapa sangka, rupanya disebalik tabir Datuk Seri Ismail Sabri seorang yang lebih relaks apabila berada di rumah di mana dan suka bergurau serta menyakat isteri dan anak-anak.
Mula mengenali antara satu sama lain ketika usia 19 tahun, Ismail Sabri berkongsi momen perkenalan bersama sang isterinya. Anak kelahiran Bera, Pahang ini kemudiannya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati nya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin pada tahun 1986.
Biarpun berkahwin dengan orang yang dikenali, namun Datin Seri Muhaini Zainal Abidin sememangnya seorang isteri pemimpin yang ‘low profile’. Terbaru, menerusi laman facebooknya, Ismail Sabri mempamerkan sisi sisi romantis seorang suami dengan meluahkan kata-kata khas buat isteri tersayang.
“Isteri saya orang yang sentiasa ada di sisi saya sejak berkawan dengan dia dari saya berumur 19 tahun. Saya menyertai politik pada tahun 1986, pada umur 26 tahun dan waktu tu kami baru saja mendirikan rumah tangga.
“Nani adalah seorang yang sangat simple dan sentiasa tak mahu berada di bawah spotlight, sbb tu jarang sangat nampak dia. Thank you Ni, sbb sentiasa ada di sisi Sabri. Daripada Sabri tak ada apa-apa sehingga lah ke hari ni. Susah senang bersama,” ungkap Datuk Seri Ismail lagi.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan iaitu Datin Nina Sabrina, Gaddafi, Iqbal dan Nashriq.
Anak sulungnya, Datin Nina Sabrina berkahwin dengan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie, manakala anak lelakinya, Gadaffi atau lebih dikenali sebagai Dafi merupakan penyanyi dan pelakon.
Biarpun sibuk dengan kerjaya politiknya, namun beliau punya minat tersendiri. Aktiviti masa lapang di rumah adalah menonton Netflix, bermain dengan cucu dan membaca.
Cucu kesayangan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia empat tahun adalah cahaya mata sulung anak perempuannya, Datin Nina Sabrina bersama Jovian Mandagie. Jeanelle memanggilnya Atuk dan beliau suka melayan Jeanelle menyanyi serta menari.
Malah Ismail Sabri mengakui bercuti bersama keluarga adalah cara paling digemarinya untuk mengisi masa lapang.
Selesa hanya berada ‘di belakang tabir’, sokongan dan kasih sayang Datin Seri Muhaini terhadap suami, anak-anak, menantu dan cucu tidak berbelah bahagi.
Wajah Datin Seri Muhaini menarik perhatian apabila Datuk Seri memuat naik gambar bersama isteri tercinta berserta kapsyen yang nyata mencuit tumpuan ramai.
Sumber: Ismail Sabri Yaakob & mStar Online
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
3 Rahsia Cantikkan Kulit Guna Beras, Wajib Cuba!

Beras memang banyak khasiatnya dalam merawat wajah kita. Bukan hanya tak perlukan modal yang banyak tetapi senang hendak dikendalikan.
Paling menarik, rawatan muka iaitu dengan cara buat skrub sendiri menggunakan beras ini adalah langkah terbaik.
Tambah menarik, beras juga kaya zat Oryzanol yang membantu memperbaharui perkembangan pigmen melanin dan mencerahkan kulit. Hebat kan?
Jadi dengan begitu banyak kelebihan beras ini, rugilah kalau kita tak cuba. Buat sendiri di rumah, itu cadangan paling bernas. Cuba 3 petua skrub ini.
1. Beras & Garam Gula
Bahan:
1 cawan beras
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Caranya:
1. Sangai ketiga-tiga bahan dalam kuali.
2. Angkat apabila beras bertukar menjadi keperang-perangan dan bersalut dengan beras.
3. Biarkan sejuk sekejap.
4. Apabila sejuk, kisar dalam pengisar kering hingga halus.
5. Simpan dalam bekas kecil dan apabila hendak pakai, bancuhkan dengan sedikit air suam.
6. Sapukan ke wajah dan biarkan seketika sebelum disental dan dibasuh bersih.
2. Beras & Madu
Bahan:
1 cawan beras
2 sudu makan madu
1 biji lemon
Caranya:
1. Kisar beras hingga halus.
2. Tuangkan ke dalam bekas kecil.
3. Masukkan madu dan perahan lemon. Gaul sebati.
4. Sapukan ke kulit wajah dan biarkan seketika masker meresap pada kulit.
5. Kemudian barulah dibilas bersih.
3. Beras & French Rose Bud
Bahan:
1 cawan beras -dibasuh dan direndam seketika
French rose @ rose buds
2 cm kunyit hidup (dikupas kulit)
Caranya:
1. Rebus french rose hingga mendidih selama 5 minit.
2. Cara ini untuk mendapatkan air ros natural yang bagus untuk melembapkan dan membersihkan kulit.
3. Kisar beras, kunyit hidup dan kelopak rose hingga halus.
4. Ambil satu sudu masker dan di bancuh dengan sedikit rose water.
5. Ratakan seluruh muka dan biarkan sekejap. Bilas bersih dengan air sejuk.
Ekstra Tip
– mencerahkan kulit
– kandungan Anti-oksida yang tinggi
– melambatkan proses penuaan
– membasmi radikal bebas
– mengurangkan jerawat