Walaupun waktu malam terlihat biasa sahaja bila bersama keluarga, namun jika digunakan sebaik mungkin pasti menjadi cukup bermaanfaat dan istimewa.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh keluarga Puan Ainun Mardhiah. Jom ikuti perkongsiannya.
Siapa yang sepatutnya ajar anak mengaji? Suami atau isteri?Ada sahabat yang bertanyakan soalan ini.
Saya jawab berdasarkan pengalaman.
Jawapan saya : Dua-dua.
Jika suami ada di rumah, beliau tidak mengajar di luar atau berkuliah maghrib, biasanya beliau yang akan mengajar anak-anak mengaji. Anak mengaji dengan abah ni kesannya lain. Fokusnya lain. Dengan ummi dia boleh gelak-gelak ye, dengan abah semua boleh fokus. Allah jadikan aura seorang bapa itu berbeza di dalam jiwa anak. MashaAllah.
Bila suami mengajar di luar, saya akan berusaha ambil alih tugas. Dalam kepala memang macam-macam nak buat. Nak kemas itu ini, ready baju untuk esok dan macam-macam lagi kerja yang tak pernah habis. Tapi sebab dah janji pada diri, Maghrib adalah waktu perdana untuk solat dan mengaji dengan anak-anak..Special!
Disiplin sungguh-sungguh. Lupakan kejap hal lain. Dan inilah sebabnya kenapa saya menolak semua ceramah di luar pada waktu malam. Masa anak-anak membesar hanya sekali. Masa yang sangat berharga.
Perlu ajar apa dulu? Boleh terus menghafal ke?
-Kenalkan anak-anak dengan huruf hijaiyah dulu. Nak guna Iqra’ atau Al-Furqan atau Qiraati atau Tamhid al-Baghdadi? Semuanya Ok insyaAllah. Pilihlah mana-mana yang kita berkenan. Yang penting konsisten.
-Dalam kereta boleh pasang CD Al-Quran Juz 30. Hari-hari anak-anak dengar InsyaAllah mereka akan terhafaz dengan sendirinya. Tenang-tenang aja. Yang penting selalu bercerita dengan anak kelebihan berdamping dengan Al-Quran ya.
Sumber : Ainun Mardhiah