Sejak berkurun lamanya kita semua tahu banyak manfaat madu jika diamalkan terutamanya dalam penjagaan kesihatan tubuh badan. Pun begitu, bagaimana pula dengan pesakit diabetes yang kita tahu perlu mengawal pengambilan gula dalam makanan? Adakah mereka boleh mengamalkan madu dalam diet harian untuk mendapatkan manfaatnya?
Menjawab kekeliruan ini, Dr Suri Roowi, berkelulusan Ph.D dari Universiti of Glasgow, Scotland, UK dalam bidang Pemakanan Manusia dan Produk Semulajadi dan beliau juga kini banyak terlibat dengan analisa bahan berkhasiat dalam madu, herba dan buah-buahan dan merupakan Pengerusi Kumpulan Kerja (WG) Standard Madu Kelulut Malaysia berkongsi faktanya untuk manfaat semua di akaun facebooknya.
Ini perkongsiannya.
MADU TIDAK SESUAI UNTUK PESAKIT DIABETIS ?
Saya terpanggil untuk berkongsi maklumat tentang info berkenaan madu oleh seorang Doktor Perubatan yang menjadi tular dalam media sosial baru-baru ini. Info yang dikongsikan agak mengelirukan.
Ada 2 isu yang beliau katakan. Isu 1 : Beliau mengatakan madu tidak sesuai untuk pesakit diabetis
Soalnya adalah kenapa ianya mengelirukan?
Jika kita merujuk dalam Al Quran iaitu dalam Surah An Nahl (16): ayat 69 yang maksudnya :…kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan, maka masuklah oleh engkau jalan-jalan Tuhan engkau yang dimudahkan, ia keluar dari perut2nya minuman (madu) yang berlainan warnanya, padanya penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, tanda2 bagi kaum yang mereka berfikir….
Ayat ini JELAS MENUNJUKKAN madu asli adalah PENAWAR (ubat) bagi manusia.
Kajian yang telah saya lakukan sebelum ini menunjukkan bahawa madu kaya dengan pelbagai komponen khasiat.
Antara komponen berkhasiat dalam madu adalah flavonoid (termasuk antosianin) dan asid fenolik. Selain bertindak sebagai antioksidan, asid fenolik juga boleh bertindak sebagai antikanser dan antidiabetis.
Bahan khasiat asid fenolik ini diserap dalam perut dan usus kecil dalam masa 5 hingga 30 minit.
Justeru, seeloknya diminum semasa perut kosong dan jarakkan pengambilan dengan makanan lain. Contohnya, jarakkan masa makan makanan lain selepas 1 jam minum madu.
Kajian saya sebelum ini juga menunjukkan madu kelulut lebih tinggi khasiat asid fenolik berbanding madu biasa.
Ads
Madu kelulut bertindak dengan RENCATKAN enzim α-amylase dan α-glucosidase pada kadar 78% berbanding madu biasa
Dua jenis enzim ini terlibat dengan peningkatkan gula dalam darah.
Kajian ke atas tikus jantan yang mengalami kencing manis menunjukkan madu kelulut TIDAK meningkatkan gula dalam darah dan TIDAK meningkatkan kolesterol dan trigliserida. Madu kelulut juga mengandungi gula yang lebih rendah berbanding madu biasa
FRUKTOSA ADALAH RACUN DALAM MADU TULEN dan TIDAK SESUAI UNTUK PESAKIT DIABETlS ?
Isu 2 : Madu tulen biasanya mengandungi 80 peratus gula dan fruktosa adalah yang tertinggi.
Bukankah ini boleh menaikkan gula dalam darah?
Jawapan: Walaupun kompisisi gula utama dalam madu tulen adalah fruktosa dan glukosa, kajian yang telah saya lakukan sebelum ini menunjukkan bahawa madu tulen kaya dengan pelbagai komponen khasiat yang boleh bertindak sebagai antikanser dan antidiabetis.
Kajian juga menunjukkan madu kelulut tulen bertindak dengan RENCATKAN enzim amylase dan glucosidase pada kadar 78% dan enzim ini terlibat dengan peningkatkan gula dalam darah.
Ads
Walaubagaimanapun…kenyataan yang mengatakan gula fruktosa dan glukosa dalam madu tulen adalah racun adalah TIDAK TEPAT. Ini kerana, kita perlu merujuk Firman Allah swt. dalam Surah AnNisa ayat 40 yang mengatakan..
‘ALLAH TIDAK MENZALIMI kita walaupun seberat zarrah (atom). Jika seseorang itu membuat kebaikan, Dia akan gandakannya dengan ganjaran yang besar’
Glukosa dan fruktosa adalah jenis gula yang biasa dijumpai dalam buah-buahan dan madu tulen dan mustahil menjadi racun.
Walaubagaimanapun, janganlah kita minum madu tulen secara berlebihan. Sebaiknya, kita perlu minum pada kadar dan cara yang betul.
Contohnya;
a.madu tulen elok diambil pada kuantiti yang rendah (contohnya 1 atau 1/2 sudu sahaja) setiap pagi
b. boleh minum madu tulen dengan cara melarutkan 1 sudu madu bersama segelas air kosong atau
c. boleh juga minum madu tulen bersama barli. Ini berdasarkan kepada Hadis Nabi yang diriwayatkan daripada Aisyah R.A. bahawa..
“Rasulullah s.a.w. menyuruh agar Talbinah disediakan kepada orang sakit dan orang bersedih atas kematian seseorang. Beliau (Aisyah) berkata `Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda . `Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan”. Talbinah dibuat menggunakan campuran barli + susu + madu tulen
Barli juga tinggi beta-glukan dan bahan ini merupakan fiber larut air dan boleh mengawal kadar gula yang masuk dalam darah. Barli juga boleh bertindak sebagai prebiotik dengan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik.
Apa yang lebih penting adalah kita perlu YAKIN tentang sifat madu tulen sebagai PENAWAR (ubat) bagi manusia, sebagaimana yang dinyatakan di dalam AlQuran.
Benarlah (apa yang difirmankan) oleh Allah, Tuhan Yang Maha Agung
Moga bermanfaat
Walaupun pertama kali membuat, namun hasilnya nampak kemas dan cantik. Saudara Encik Abu Kasim Md Jani berkongsi pengalaman pertama bertukang dan hanya jadikan ‘google’ sumber rujukan untuk menghasilkan ruang santai diluar di rumahnya.
Namun hasilnya memang terbaik dan berseni. Anda yang nak cuba, boleh lah tengok sendiri mana tahu dapat ilham untuk membuat sendiri Di rumah.
First time buat gazebo. Tanya tukang macam mana nak buat. Tanya pak Google juga.Saya pun bukan ada background bertukang. Kena rajin cari dan guna sikit ilmu fizik.
Asalnya kawan bagi tiang 4 batang, nekad jer buat. Memang puas tanya orang, tengok gazebo orang, google. Beranikan diri je buat. Lepas tu tak ada lagi buat. Mungkin kali kedua cepat sikit. Dah tau mana silapnya
Gazebo Saiz 8×8, saya buat sorang je. Isteritukang pegang mana yang patut. Rm3k+ juga modalnya.
1. Penyediaan tapak.
2. Buat tapak. Tiang roman batu tu asalnya panjang, saya beli 2 batang dan potong dua.
3. Tegakkan tiang. Letak je tiang tapi pada batu bubuh puting besi 2 inci masuk ke tapak tiang supaya tiang tak bergerak. Paksi skru kiri dan kanan.
4. Posing sikit. Maklum la buat sorang-sorang je.
Potongan hujung rasuk saya sengaja terbalikkan sebab benda tu kat bawah. Tak nampak bunganya kalau lihat dari atas.
5. Ni bab yg ngeri sikit. Buat rangka bumbung pasang dekat bawah dulu. Sampai atas nanti pasang tongkat jangan bagi gerak.
6. Sapu minyak timbertone tapi saya campur sikit cat hitam bagi gelap lagi. Lantai dah siap. Skirting tu guna papan 1×6″. Beli papan di kedai hardware biasa lepas tu potong la buat design.
7. Papan manis ukir sendiri. Cari kat Google. Design paling mudah.
8. Pasang kipas dan lampu (upah kawan). Mula-mula memang tak ada siling. Bila dah siap baru teragak nak. Masa pun banyak sebab dah pencen. Tapi kerja renyahlah sikit pasang siling kemudian.
Kalau nak senang cat putih siling asbestos 2×4 tu. Letak sebelah atas baru paky dengan kayu gegulung nak buh genting.
9. Siap. Papan bunga kat sisi tu pun buat sendiri. Sebulan baru siap. Sekarang baru tahu mengapa orang buat gazebo tak buat bumbung nasi lemak. Sebab banyak pakai genting, rabung dan muncung itik kat hujung tu.
10. Terkini baru pasang tiles dan buat tangga, pun DIY juga. Banyak belajar dengan google. Sekarang dah upgrade sebelah tu.
Pasang tangga dan tiles. Dah siap orang rumah request buat atap pulak. Alamak… Kerja dah terbalik. Patut buat atap dulu baru padang tiles. Pasang tiles pun belajar dari google.
Lihat orang menanam pokok bunga di pasu hidup subur dan cantik berbunga, kita pun teringin juga untuk menghias laman dengan tanaman.
Pun begitu, bimbang juga jika tidak punya banyak masa untuk menjaga tanaman tersebut, habis mati pula jadinya tak bersiram.
Jadi apa kata, buat yang baru berjinak-jinak nak menanam pokok bunga dalam pasu, pilih pokok yang mudah penjagaannya dan dalam masa yang sama cantik dipandang.
Pokok apakah itu?
Mungkin perkongsian daripada Alhanee ini boleh dijadikan panduan. Jom baca.
MY KESAYANGAN
Ini antara pokok-pokok yang paling mama suka. Kenapa mama suka sangat pokok-pokok ini, sebab senang sangat menjaganya. Walaupun kurang penjagaan tapi tetap cantik. Cuma kalau kurang sangat air, pokok akan hilang warna hijau dan jadi mengecut.
Mama bukan pakar untuk bercakap bab-bab pokok, tetapi kalau mama suka satu satu pokok, mama cuba cari sampai dapat. Satu pokok lagi mama belum jumpa, namanya Monstera. Kalau salah ejaan tolong betulkan.
Nombor 1 kawan mama cakap nama dia dalam Bahasa Inggeris Birdnest Fern, dalam Bahasa Melayu Pakis Burung. Inilah pokok yang mama paling sayang. Mama letak pasu cantik untuk pokok pakis itu. Mama beli dengan seorang makcik yang jual pokok bunga dan pasu dalam halaman tepi rumah dia. Banyak pokok yang dia jual mama suka sebab banyak pokok bunga yang jenis lama lama. Tanah baja pun dia jual jugak.
Nombor 2 Pokok Sirih Gading, dalam Bahasa Inggeris Devil’s Ivy. Mama cari dalam PakcikGoogle. Pokok ini banyak mama letak dalam rumah. Sebab comel sangat dan ‘simple, letak dalam pasu cantik sikit siap. Siram pun tidak susah dan beria-ria sangat. Selang beberapa hari pun boleh. Tidak perlu kerap sangat.
Nombor 3 Pokok Pakis juga. Tapi belum pasti nama apa. Mama terpandang masa cari pasu hari itu. Tiba tiba nampak sepasu pokok cantik tergantung.Tetapi entah kenapa, sekarang daun pakis jarang berdaun lebat. Kurang kasih sayang agaknya. Siapa boleh bantu mama macam mana boleh banyakkan daun pokok itu. Boleh mesej mama.
Nombor 4 nama pokok ini Spider Plant. Mama pun suka sangat pokok ini. Sebab yang sama, senang jaga, daun cantik berjuntai-juntai. Warna daun pun cantik. Yang ini mama tanam banyak dalam pasu. Dalam rumah pun mama ada letak buat hiasan.
Cerita serba sedikit pasal kesayangan mama. Petang-petang mama suka belek belek pokok-pokok mama ini. Hati pun jadi sejuk dan tenang. Kalau ada kawan kawan mama ada tanam pokok-pokok pelik atau kongsi petua dengan mama, silakan. Mama suka sangat. Sebab mama sekarang belajar cara bagaimana membaja pokok, sebab belum pandai pilih baja macam mana.
Buat tauhu untuk makan sendiri sebenarnya boleh dibuat dengan menggunakan bahan-bahan yang ringkas. Hanya menggunakan kacang soya, air dan cuka sudah dapat menghasilkan kepingan tauhu yang bayak.
Nak tahu detail cara penyediaannya, bolehlah baca perkongsian daripada Kak Zie ini lengkap dengan langkah demi langkah. Oleh itu, mudahlah untuk anda fahami.
Tauhu Homemade
Bahan-bahan :
1 kg Kacang soya, 1 senduk cuka & Air
Cara Buat :
1. Rendam 1 kg kacang soya semalaman.
2. Kemudian bland. Selepas itu tapis dengan menggunakan kain tudung bawal yang tidak digunakan.
3. Masak sehingga mendidih dan kemudian masukkan cuka makan 1 senduk. Kacau-kacaukan dan biarkan sehingga naik berkeladak (berketul-ketul)
4. Sediakan bekas terlebih dahulu di mana raga plastik alaskan dengan kain yang diguna untuk tapis di awal tadi. Sauk ia dengan senduk berlubang sampai habis. Kalau ada baki sikit-sikit lagi..tuang dalam penapis teh sahaja.
5. Bila sudah siap lipat kain tu kiri dan kanan, kemudian ambil plastik pemotong sayur letak di letak ktatas..tindih la dengan lesung batu. Jangan terlalu berat nanti isi tauhu keras. Ringan sangat pun tak boleh nanti hancur bila dipotong.
6. Bila sudah sejuk boleh la potong dan terus letak dalam air. Kemudian boleh dimakan.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...