Setiap masakan semestinya menggunakan bahan-bahan wajib seperti bawang dan cili kisar untuk mendapatkan rasa yang sedap.
Bahan kisar sememangnya memudahkan proses masakan terutama kepada para ibu atau bapa yang bekerja tetapi perlu masak setiap hari.
Jika anda mahu jimatkan masa, boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Ani Zam ini. Resipi yang ditunjukkam ini juga tidaklah susah. Selamat mencuba.
Cili Kisar
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
– Gunting cili kering lebih kurang 1 inci.
– Masukkan ke dlm tapis yang berlubang agak besar utk membuang biji cili.
– Kemudian masukkan ke dlm periuk dan rebus cili hingga mendidih.
– Letakkan satu sudu besar garam dlm rebusan dan kacau sebentar. Bila telah mendidih, tutup api.
– Basuh cili tersebut di bawah aliran air paip menggunakan tapis tadi untuk mengeluarkan saki baki biji cili.
– Masukkan cili yg sudah di basuh tadi ke dalam blender dan kisar bersama 3 biji bawang besar dan satu labu bawang putih (8/9 ulas).
– Blender menggunakan air tapis. Bila dah siap blender , masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti ais. Boleh tahan hingga sebulan cili kisar tersebut
Bawang Merah Kisar
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
– Kupas bawang, cuci , keringkan dan hiris kecil. Blender bawang bersama minyak masak. Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang.
– Jika bilangan bawang penuh satu blender, gunakan minyak anggaran setengah blender.
– Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas.
– Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais. Boleh tahan seminggu atau 2 minggu bawang kisar tersebut
Bawang Putih Kisar
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
– Kupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil. Blender bawang bersama minyak masak. Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang.
– Jika bilangan bawang penuh satu blender , gunakan minyak anggaran setengah blender. Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas.
– Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dlm peti ais. Boleh tahan seminggu atau 2 minggu bawang kisar tersebut.
Sumber: Ani Zam