Roti sememangnya antara makanan yang menjadi kegemaran ramai disebabkan teksturnya yang lembut dan sedap. Roti juga boleh dijadikan sebagai makanan ‘instant’ untuk dibawa ke tempat kerja atau bekal anak sekolah.
Jika anda penggemar roti, anda sangat disyorkan untuk mencuba resipi yang dikongsikan oleh Douglas Abdullah Voon
ini. Selain dapat dimakan beramai-ramai bersama keluarga, hasilnya yang gebu dan lembut ini pastinya tidak akan menghampakan. Selamat mencuba.Roti Lembut
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
– Bancuh yis dengan air suam sehingga berbuih.
– Campur tepung dengan telur, planta, gula, garam, susu oekat dan gaul sehingga sebati. Kemudian masukkan air bancuhan yis tadi dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan. Lagi lama uli lagi lembut roti (20 minit uli).
– Rehatkan doh dan tutup selama sejam biar kembang 2 kali ganda.
– Bila doh dah kembang tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan uli sekali lagi sehingga menjadi licin kemudian boleh susun dalam loyang.
– Tunggu sehingga doh tadi kembang kemudian boleh sapukan telur kuning dan tabur gula di permukaan doh.
– Bakar doh dengan suhu 170 selama 20 minit dan bila dah masak boleh sapu dengan planta dan siap.
Sumber: Douglas Abdullah Voon