Hati ibu mana yang tidak sentuh apabila melihat anak tersayang telah membesar dan menjalani kehidupan yang sempurna. Lebih syahdu, apabila anak melangsungkan perkahwinan.
Begitulah yang dialami oleh pelakon, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, 40 yang kini telah bergelar ibu mertua selepas anak perempuan sulungnya, Andriana Balqis sah diijabkabulkan hujung minggu lalu dengan jejaka pilihan hati. Majlis nikah ringkas buat anaknya dengan berbaju rona putih.
Menurut Enot, dia bagai tidak percaya anak sulungnya itu sudah besar dan berkahwin. Malah sehari sebelum majlis pernikahan anaknya, Enot mencoretkan luahan hatinya sebagai ibu. Malah tidak menyangka pada usia 40 tahun sudah bergelar ibu mertua! Antara kapsyennya,” i m still young 40 years dah dpt menantu!”
“Inilah anak sulung saya.”
Majlis berlangsung dengan meriah
Manakala menjengah di ruang komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan majlis berlangsung dengan sempurna.
Sumber: Instagram enot_78