Sebulan terlantar di hospital, Jahidah Nordin, 43, yang koma akibat keganasan rumahtangga kini diduga lagi apabila disahkan positif Covid-19.
Adiknya, Fauziah Nordin, 40, berkata, pihak hospital memaklumkan yang Jahidah dipindahkan ke wad Covid-19 Hospital Tuanku Jaafar(HTJ) Seremban pada petang Rabu.
“Saya pun pelik macam mana kakak boleh positif Covid-19 kerana penjaga pun tidak dibenarkan masuk dan orang yang keluar masuk hospital pun akan diperiksa.
“Kami sangat risau dengan keadaan kakak, dia alami demam turun naik serta keadaan kudis belakang badannya makin teruk,” ujar Fauziah lagi.
“Kakak tak ada vaksin lagi,brain damage,koma dan sekarang hanya bole buka mata, tak boleh respon, demam sebab kuman tinggi dlm badan sekarang positif COVID.😢
“Kita tahulah orang kena Covid-19 ini macam mana.Orang yang sihat pun boleh jadi teruk inikan pula kakak yang bernafas bukan dengan cara biasa.
“Jadi kami berserahlah dan harapnya kakak akan pulih,” katanya.
Dalam perkembangan lain, si kecil Ehsan Nufail yang kini berusia 2 bulan tidak banyak ragam Namun kini kerap menangis. Seakan dapat merasainya dan mulai kerap menangis tidak seperti selalu.
“Nufail macam tau ibu dia sakit kuat…tak pernah dia meragam sampai tak nak susu..bukan nangis sebab nak susu,tapi mcm sedih ja muka dia ..bagi susu pun tak nak.
“Dodoi dia pun dia menangis..tapi nangis yg sebak bukan melalak..bila sebut ibu dia senyap..kesian nufail..tengok dia nangis kita pun ikut nak nangis 😢mungkin kak Jahidah bertahan sebab nak jumpa baby ??😌
Untuk rekod, pada 21 Januari lalu Jahidah dikejarkan ke hospital dengan ambulans selepas tahap kesihatannya dilaporkan tidak stabil akibat demam, muntah dan nafasnya turun naik.
Jahidah sebelum ini telah menjadi mangsa pukul suaminya di Johor Bahru sehingga mengalami kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak.
Dia telah dipindahkan ke HTJ dari Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah atas permintaan keluarga.
Sumber: Sinar Harian, FB Fauziah Nordin
ARTIKEL POPULAR:
“Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara