Sebulan terlantar di hospital, Jahidah Nordin, 43, yang koma akibat keganasan rumahtangga kini diduga lagi apabila disahkan positif Covid-19.
Adiknya, Fauziah Nordin, 40, berkata, pihak hospital memaklumkan yang Jahidah dipindahkan ke wad Covid-19 Hospital Tuanku Jaafar(HTJ) Seremban pada petang Rabu.
Menurutnya, makluman itu agak mengejutkan dan membimbangkan keluarga lebih-lebih lagi dengan keadaan Jahidah yang tidak dapat bergerak dan bercakap.
“Saya pun pelik macam mana kakak boleh positif Covid-19 kerana penjaga pun tidak dibenarkan masuk dan orang yang keluar masuk hospital pun akan diperiksa.
“Kami sangat risau dengan keadaan kakak, dia alami demam turun naik serta keadaan kudis belakang badannya makin teruk,” ujar Fauziah lagi.
Lebih membimbangkan keluarga kata Fauziah, kakaknya juga masih belum divaksin.
“Kakak tak ada vaksin lagi,brain damage,koma dan sekarang hanya bole buka mata, tak boleh respon, demam sebab kuman tinggi dlm badan sekarang positif COVID.😢
“Kita tahulah orang kena Covid-19 ini macam mana.Orang yang sihat pun boleh jadi teruk inikan pula kakak yang bernafas bukan dengan cara biasa.
“Jadi kami berserahlah dan harapnya kakak akan pulih,” katanya.
Ads
Dalam perkembangan lain, si kecil Ehsan Nufail yang kini berusia 2 bulan tidak banyak ragam Namun kini kerap menangis. Seakan dapat merasainya dan mulai kerap menangis tidak seperti selalu.
“Nufail macam tau ibu dia sakit kuat…tak pernah dia meragam sampai tak nak susu..bukan nangis sebab nak susu,tapi mcm sedih ja muka dia ..bagi susu pun tak nak.
“Dodoi dia pun dia menangis..tapi nangis yg sebak bukan melalak..bila sebut ibu dia senyap..kesian nufail..tengok dia nangis kita pun ikut nak nangis 😢mungkin kak Jahidah bertahan sebab nak jumpa baby ??😌
Untuk rekod, pada 21 Januari lalu Jahidah dikejarkan ke hospital dengan ambulans selepas tahap kesihatannya dilaporkan tidak stabil akibat demam, muntah dan nafasnya turun naik.
Jahidah sebelum ini telah menjadi mangsa pukul suaminya di Johor Bahru sehingga mengalami kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak.
Ads
Dia telah dipindahkan ke HTJ dari Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah atas permintaan keluarga.
Cabaran mendidik anak-anak sebenarnya cukup besar dan tidak dinafikan ia adalah satu ujian terbesar buat mak ayah. Terutama dalam berlaku adil sekali gus tidak membeza-bezakan anak-anak. Dengan kata lain, tiada istilah anak kesayangan sebaliknya semua harus dilayan sama rata.
Begitu juga dalam hal jantina anak. Usah membeza-bezakan anak-anak baik lelaki mahupun perempuan. Semuanya sama sahaja, lahir dari kasih sayang anda berdua, justeru kenapa perlu nak pilih kasih.
Perkongsian oleh Hj Hushim Hj Salleh, Kaunselor Motivasi ini wajar dijadikan peringatan buat mak ayah dalam mendidik dan membesarkan anak-anak sebaik mungkin tanpa perlu membanding atau membeza-bezakan mereka.
Beliau berkongsi pengalaman mengendalikan kes seorang anak yang masih berdendam dengan arwah bapanya. Menurut empunya diri, sejak kecil dia selalu dibeza-bezakan antara adik beradiknya.
Baik dari segi akademiknya berbanding adik beradiknya yang lain. Sehingga meninggalkan trauma pada si anak tersebut. Parutnya masih berbekas sejak kecil sehingga membawa ke alam dewasa dan mempunyai anak sendiri.
‘Kita jangan melihat anak semuanya negatif. Paling tak bagus sekali kita membeza-bezakan anak kita. Anak nombor satu pandai, mendengar kata. Sehinggakan ada anak berdendam dengan ayahnya.
“Walaupun umur sudah tua, si anak ini menangis-nangis dan bercerita bagaimana arwah ayahnya dulu selalu beza-bezakan anak-anak. Katanya dia yang paling tak pandai dalam adik-beradik. Adik -beradik lain semua pandai masuk asrama berbanding dia. Ayahnya cakap semua anaknya pandai kecuali dia seorang. Si anak ini simpan dalam hati.
Pesan Haji Hushim lagi, usah beza-bezakan anak baik dari segi warna kulit, pencapaian akademik mahupun akhlak moral.
“Dalam banyak kes saya, akhirnya yang bela ibu bapa adalah anak yang tak pandai. Manakala yang pandai semua sibuk.
“Sebab tu jangan beza-bezakan kerana kesannya membawa kepada dewasa. Kerana itu ibu bapa kena kawal mulut dari mengeluarkan perkataan tak sepatutnya. Budak ni akan simpan sampai dewasa,”jelasnya lagi.
Tonton video ini untuk mengetahui lebih detail tentang perkongsian ini. Semoga bermanfaat buat semua!
Kesempitan hidup buat isteri lebih tabah dalam menjalani kehidupan. Lebih kuat bila mana teringatkan anak-anak yang masih kecil. Walaupun makan gaji namun memilih jalan untuk berhenti kerja memang susah untuk kita lakukan.
Wanita hebat, Mcyah Joanjett sudah pun membuktikan keputusannya untuk berhenti kerja dan menjalankan perniagaan sendiri. Malah berkat usaha dia mampu membuktikan kejayaannya kepada keluarga. Memang menarik!
Sejak akhir-akhir ni hangat isu BERHENTI KERJA/RESIGN. Berbaloikah?
Salam perkenalan dari BEKAS PENJAWAT AWAM PPKP GRED U29 . Atau lebih dikenali dengan jawatan INSPEKTOR KESIHATAN.
Ramai yang berhenti kerja hidup senang-lenang, berjaya dan mewah. Tak kurang juga yang merempat, menyesal dan mengais pagi makan pagi demi sesuap nasi.
Genap 3 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam, suami pula genap 1 tahun. Masa ni aku partime buat kuih tapi penat sangat sebab anak dua-dua kecik. Dua-dua masih tak reti bertatih. Fuhh. Kehidupan bertambah berat apabila suami terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa pulang dari kerja.
Cuti sakit selama 400 hari. Disini bermulanya keperitan hidupku. Di rumah akulah ibu akulah bapa, akulah isteri akulah suami. Dulu masa suami sihat ada juga duit lebih sebab dia partime buruh kasar. Sekarang memang zero lah. Harapkan separuh dari gaji U11 memang tak tertanggung.
Pagi-pagi sebelum kerja, aku hantar anak ke taska. Kemudian aku akan ke tempat kerja punch card dan minta kebenaran bos keluar urus suami. Aku akan balik siapkan suami untuk dibawa ke klinik terdekat bersihkan luka. Siap dia makan minum aku akan masuk kerja semula.
Petang-petang balik kerja, selepas amik anak aku akan bawa mereka pusing-pusing dengan kerusi roda. Kesian juga suami bosan terperuk dirumah. Keadaan ini sukar kerana kami tinggal jauh dari kampung dan keluarga. Minta tukar balik kampung tapi tak ada
rezeki.
Apabila keadaan suami beransur pulih. Aku tekad nak ubah nasib keluarga, aku mohon sambung pengajian supaya boleh naik pangkat atau mohon pekerjaan lain. Harapan aku, boleh la hidup senang sikit gaji besar. Suami dengan patah kaki sanggup hantar aku sampai depan asrama di USM Pulau Pinang.
Tapi aku lupa, jika kau tak berduit, secomel mana pun anak kau, sebagus mana pun anak kau, takkan ada orang yang sudi jaga mereka dalam tempoh masa yang lama walaupun saudara mara. Aku betul betul terkesan dengan isu ini. Aku sempat belajar 6 bulan sahaja.
Kemudian aku terminate walaupun ia sebuah impian besar. Dahla time tu suami terpaksa pinjam duit RM1k untuk bayar yuran pendaftaran pengajian aku. Maafkan aku.
Aku kembali bekerja seperti biasa dan uruskan anak-anak serta suami yang masih bersimen kakinya. Aku pinjam duit tabung di pejabat sebanyak RM2,000, campur duit gaji kami, campur simpanan dalam tabung haji dan aku ajak suami ke Vietnam untuk beli barang niaga. Jenuh jugak bawak dia dengan berkerusi roda, imegresen tanya macam-macam hihi.
Aku bagi alasan bawak suami sakit ke sana untuk berubat haha. Suami boleh berdiri dan berjalan dengan kaki simen tapi tak boleh lama nanti sakit. Sukar jugak nak kemana-mana sebab kami tambang taxi motor je. Nak naik yang kereta takut lari bajet.
Walaupun sukar kat sana, kene tipu hidup-hidup, dibawa lari oleh taxi moto tu. Maklumlah first time sampai sana. Tapi akhirnya kami boleh juga beli tudung dan kasut untuk dibawa balik Malaysia. Aku jual online dan offline. Pukul 8pg-5ptg kerja seperti biasa. Rehat
pukul 1-2 ptg orang lain pergi makan, aku pulak sibuk cod dan pos barang. Bonet kereta lah kedai aku. Hehe.
Malam jual secara online dan packing barang. Kadang suamilah yang tolong tulis borang dan packing di rumah. Hujung minggu aku berniaga di pasar malam. Alhamdulilah rezeki sentiasa ada.
Dari order barang dengan supplier 2 kotak je, dah jadi berkotak kotak. Dari 2-5 parcel dah jadi 10-20 parcel sehari. Dari simpan stock atas katil, dah boleh order rak buat mini stor. Syukrann. Order tak putus-putus, online offline sama-sama ligat. Tak kurang yang nak jadi ejen.
Dari buat sorang-sorang dah ada 20 orang ejen. Kemudin aku tak dapat nak tumpukan perhatian pada kerja hakiki. Setelah buat keputusan dan sediakan payung sebelum hujan, aku pun buat keputusan berhenti kerja. Apa yang paling buat keluarga dan orang
sekeliling terkejut adalah, kami suami isteri resign serentak bersama pada hari dan tarikh yang sama.
Apa kata keluarga? Fuhh memang krisis betul. Dalam 7 beradik, aku sorang je yang keje makan gaji. Bak kata pepatah, akulah harapan keluarga. Memang mak aku merajuk tak mau bercakap dengan aku. Marah. Ayah pula redha. Tapi muka dia kesal. Keluarga sebelah Suami? Sama juga weh. Ayah dia, abang adik dia semua kerja makan gaji, takkan nak pecahkan tradisi keluarga kenn. Huhu
Aku cakap dengan suami, takpe kita sama-sama bangkit dan buktikan yang kita boleh. Kami berdua buat bisnes masing-masing. Suami buruh kasar, dia dah mula masuk kursus, pergi kelas, buat lesen pembinaan. Aku juga sama, ke majlis-majlis ilmu, bina team luaskan rangkaian marketing. Sebulan selepas resign, aku pregnant anak ketiga, tapi aku tetap gigih ulang alik ke kilang di Vietnam untuk shipping barang.
Alhamdulillah sekarang genap 1 tahun kami berhenti kerja dan selamat menimang cahaya mata ketiga. Suami dari gali lubang sendiri, pasang paip sendiri, sekarang dah punya sebuah syarikat construction dan team bernama #tz9088construction. Pelbagai job kerajaan dan swasta suami aku dapat.
Syukur. Aku juga sama, dah punya office sendiri, gudang sendiri, pekerja tetap dan sambilan, hampir 700 orang ejen di bawah naungan #9088legacySDNBHD dan 5 transport hasil jualan online. Dari zero emas sekarang kumpul 1kg lebih dah.
Allahuakhbar.. aku sangat gembira walaupun aku tak sehebat dan semewah orang lain tapi aku lebih hebat dari aku yang dulu. Terlalu cepat dan singkat masanya. Segalanya untuk sebuah kehidupan yang sempurna. PTPTN aku dah bayar cash lega di dada. Nampak simple tapi aku sangat struggle untuk buktikan segalanya.
Kongsi Tip
Apa aku buat SEBELUM BERHENTI KERJA?
– Aku pastikan bisnesku stabil selama 6 bulan.
– Gigih simpan 6 bulan gaji.
– Ada bisnes planner
Apa yang aku buat supaya aku boleh sustain dalam bisnes selepas resign?
– Jaga hubungan dengan Allah, ibubapa, keluarga.
– Aku hadir majlis ilmu.
– Aku tidak membuat pinjaman bank dalam perniagaan.
– Aku melibatkan diri dalam kebajikan sukarela.
– Zakat dan cukai wajib bayar.
– Gigih marketing.
– Realisasikan impian orang tersayang.
– Abaikan cakap cakap orang sesungguhnya ia akan membuat kita rasa down.
– Sentiasa berfikiran positif, bersangka baik dengan Allah dan tidak putus asa.
Pilihan di tangan kita sendiri. Harus seiring dengan usaha dan semangat kental. Allah sentiasa ada bersama kita, kita sahaja sering kali melupakannya. MasyaAllah. Janganlah kita cemburu dengan rezeki orang lain. Sesungguhnya kau tidak akan pernah rasa kesukaran yang mereka hadapi. Keperitan yang mereka alamai. Kesakitan yang mereka rasai. Bebanan yang mereka tanggung.
PASTI AKAN HADIR PELANGI SESUDAH HUJAN.
Kredit: Mcyah Joanjett
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Trend sekarang ramai wanita yang bekerjaya dan ada juga bergelar suri rumah tetap melakukan perniagaan atas talian di rumah.
Senario ini menjelaskan bahawa wanita bukan sekadar duduk di rumah hanya menguruskan anak-anak tetapi turut menjana pendapatan agar ekonomi keluarga lebih stabil supaya kehidupan rumahtangga lebih harmoni.
Namun segelintir wanita menghadapi dilema dalam diri apabila tidak mendapat sokongan suami dari segi pengurusan rumahtangga. Bukan berkira dalam hal ini, namun kaum hawa perlu pasangan yang saling melengkapi hidupnya agar diri rasa lebih dihargai.
“Islam sangat adil dan cantik membina hubungan timbal balas antara suami dan isteri. Maknannya jika ada nikmat dan hak yang isteri nikmati, adalah tanggungjawab yang kena buat. Begitu juga dengan suami, jika ada hak yang dia nikmati, suami ada tanggungjawab besar yang kena buat,”ujar Ustazah Fatimah Syarha mengulas topik menerusi program Keluarga Talk, ‘Menjadi Suri Rumah Bukan Mudah, Suami Harus Faham’ yang disiarkan pada 29 Januari 2021 pada jam 3 petang di facebook Keluarga.
Menerusi program berkenaan beliau juga memberi nasihat agar isteri tidak berduka dengan sikap suami yang tidak bertolak ansur sehingga mengeluarkan kata-kata yang menyedihkan hati lantaran itu sikap manusia itu sendiri.
Namun, Allah maha mengetahui kesukaran itu. Malah dalam Al-Quran menceritakan pengorbanan isteri yang sanggup melahirkan dan menyusu anak sehingga dua tahun.
Menurut ustazah Fatimah, apabila suami mengetahui dan memahami kandungan ayat Al-Quran suami akan menjadi seorang yang pemimpin yang empeti rasa kesian terhadap isteri.
Beliau juga berkongsi surah yang menjelaskan Allah begitu memahami pengorbanan isteri iaitu surah seperti Al-Aqaf ayat 15, Surah surah luqman 14 dan surah Al Baqarah ayat 233
Jadi hidup secara normal ni lagi lah pasangan saling menggunakan perkataan yang manis, memujuk untuk bahagian pasangan.
Kisah Nabi dan para sahabat & Zikir
Sementara itu, Ustazah Fatimah juga berkongsi kisah Rasullullah dan para sahabat bahawa suami harus santuni isteri dengan baik.
“Sebenarnya tak nafikan struggle itu sesuatu yang real. Kesusahan dan kepayahan adalah yang betul-betul berlaku,” jelasnya
Tambahnya lagi merujuk kisah keluarga Saidatina Fatimah al-Zahrah (RA), puteri Rasulullah pernah meminta diberikan pembantu rumah untuk menguruskan rumah. biarpun suami sentiasa membantu.
Menyedari akan permintaan itu, Rasulullah SAW terdahulu mengajarnya anaknya zikir untuk kekuatan dalaman bagi menguruskan rumahtangga dengan sebaiknya.
Zikir yang diajar oleh Nabi Muhammad kepada puterinya.
Amalkan Zikir Ini.
Subhanallah 33 kali
Alhamdulillah 33 kali
Allahuakbar 34 kali
Moga dengan zikir ini dapat membantu para isteri menguruskan rumahtangga dengan sempurna tanpa lelah.
TIP MEMIKAT HATI SUAMI
Sementara itu, Ustazah Fatimah tidak nafikan bukan mudah untuk meminta suami sebagai pemimpin keluarga membantu isteri. Namun katanya, isteri perlu tahu caranya untuk memikat hati suami.
Berikut dua tip yang dikongsi beliau.
1.Kenal bahasa kasih suami.
*Menggunakan perkataan yang disukai suami dengan menggelarkan suami sebagai ‘hero’ atau ‘ Ketua keluarga’ apabila berbicara dengan anak-anak. Ada , bertindak; khusus suami kita iaitu apa yg dia suka cth suka kata penghargaan cth kata hero, ini ketua keluarga kita.. jadikan ‘suami hero’.
*Kualiti masa dengan suami tanpa anak. Cari masa bersama sama ada dengan melakukan urutan, hadiah, sentuhan dan ada juga lelaki tidak suka isteri suka membebel waktu balik kerja.
Dengan ini apabila suami rasa kita faham dan rasa disayangi, cadangan isteri mudah di terima dengan penuh kasih sayang.
2.Perbincangan
Amalkan perbincangan agar pasangan saling redho antara satu sama lain. Dalam Islam diajar saling mendengar pendapat. Bila bangunkan sikap ini, dengan kita hidup dengan berpesan dengan kesabaran.
3 DOA PENGIKAT KASIH SUAMI
“Doa itu kekuatan dan senjata kita. Doa ini sangat indah,” Ustazah Fatinah kongsi 3 doa iaitu
1.Surah al furqan 74
p/s: Amalkan dalam sujud kita agar anak-anak yang mendengar kata.
Surat Al-Anfal Ayat 46.
p/s: Dan jika ada konflik dengan suami dan anak.
Doa rabitah
p/s: Doa pengikat hati kasih sayang antara suami isteri.
IKUTI VIDEO PENUH PROGRAM KELUARGA TALK BERSAMA USTAZAH FATIMAH SYARHA
Semoga kita muhasabah diri agar keluarga kekal bahagia hingga till jannah.
Sumber: Keluarga Talk, FB Keluarga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.