Di sebalik pelbagai gosip yang melanda dirinya dan suami, Datin Sri Shahida yang terkenal dengan raut wajah lembut tetap setia berada di samping suaminya Datuk Sri Alif Shukri.
Walaupun sering menimbulkan kontroversi berkaitan gimik pemasaran produk perniagaannya namun pasangan yang mempunyai lima orang cahaya mata ini terkenal sebagai pasangan yang tegas dalam bab mendidik anak-anak.
Tak hairanlah tiga anak lelaki dan dua anak perempuan mereka sering dipuji oleh warga maya kerana mempunyai akhlak dan disiplin yang baik berdasarkan pelbagai perkongsian video di Instagram Shahida sendiri.
Datin Shahida Hamil Lagi?
Kehadiran Datin Shahida dan Dato Aliff Shukri di majlis perkahwinan anak lelaki pengasas produk kecantikan D’nars, Allahyarham Faziani Rohban pada dua minggu lepas mencuri tumpuan warganet.
Dalam video sekitar majlis persandingan Iqbar Hakim Jasman dan suri hati pilihannya yang di muat naik oleh Sahida dalam Instagramnya, ramai pengikut usahawan kosmetik ini meninggalkan komen meneka Shahida hamil berdasarkan saiz perutnya yang kelihatan bentuk ‘baby bump’.
Komen Alif Syukri yang mahukan 12 orang anak dalam posting tersebut mendapat reaksi balas daripada warganet yang rata-rata memberi sokongan pasangan ini wajar menambah bilangan anak lagi kerana mampu daripada semua sudut.
Ads
Apa pun kita nantikan pengumuman daripada Alif dan Shahida tentang berita gembira ini. Jika benar pasangan popular ini bakal menimang cahaya mata lagi, Pa&Ma mengucapkan tahniah. Semoga terus dimurahkan rezeki dan dipermudah urusan.
Sumber: IG dan TikTok Shahidadherbs
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Wajah aktor popular Faizal Hussein tidak banyak berubah dengan zaman mudanya dahulu.
Tidak hairanlah ramai yang kagum melihat penampilannya yang awet muda walaupun sudah memasuki separuh abad.
Selain rajin berkongsi berkenaan kerjayanya di media sosial, Faizal juga turut memuatnaik gambar isteri dan anak-anaknya.
Terbaru dia bersama isteri, Suhaila menyambut ulangtahun kelahiran anak sulung mereka iaitu Fazryn.
Genap usia17 tahun, anak gadis pasangan ini nampak semakin cantik. Wajahnya saling tidak tumpah dengan ayahnya, Faizal. Malah Fazryn juga mempunyai senyuman yang manis dan menawan seperti ibunya.Menerusi perkongsian tersebut, Faizal turut memuatnaik ucapan buat anak gadisnya itu.Ringkas sahaja ucapan si ayah buat puterinya.
Kini ramai yang suka bercucuk tanam di halaman rumah. Salah satu tanaman adalah cili padi.
Jika di tanam sepokok dua di laman rumah bolehlah digunakan untuk masakan harian, lebih-lebih buat keluarga yang suka makan padas.
Cili merupakan salah satu tanaman yang selalu ditanam di rumah.
Namun tidak semua, tanaman cili menjadi. Nak tahu caranya ikuti perkongsian ini.
Ini caranya
Menanam cili ada satu perkara yang agak sukar. Tapi kalau kena tekniknya, sebenarnya seronok dan cabaran itu menjadi sebagai guru kita. Sekali tanam tak jadi itu biasa, tanam lagi dan lagi sehingga jumpa cara tersendiri.
Pagi ini saya sempat memetik cili besar yang ditanam secara gantung. Hanya satu polibeg sahaja cili besar yang saya tanam. Selebihnya ialah cili solok, dan cili padi akar. Sengaja buat pelbagai, supaya senang isteri “berbelanja” di kebun encik suami kan. Hihi.
Suka saya kongsikan teknik asas yang digunakan. 1. Buang tunas air. Saya tak kata wajib buang tunas air. Tapi jika nak pokok rimbun macam kanopi, cubalah. Boleh tengok video saya buang tunas air di sini. https://youtu.be/3hMgfs1bJqA 2. Buat kawalan serangga secara berkala dan mesti disiplin. Seminggu sekali mesti sembur. Saya jimatkan masa dengan campur booster untuk gemukkan tanaman dengan bahan kawalan serangga terus. Senang. 3. Pembajaan boleh sama ada organik atau baja bebentuk cecair. Tapi dalam pengalaman saya, penggunaan baja organik lebih melembutkan medium tanah. 4. Jika ada rumput-rumput liar tumbuh, cabut dan buang supaya pokok lebih selasa. Kalau tak, baja tu pergi kepada rumput sahaja. 5. Pastikan juga jarak antara dua pokok (dua polibeg) tidak terlalu dekat supaya ada ruang bagi mengelakkan serangga perosak berkumpul, dan ada ruang pengudaraan yang baik. 6. Pastikan medium tidak terlalu basah kerana akar pokok mudah masam dan reput. Boleh guna hujung jari untuk semak keadaan medium. Tanam sikit sikit, tak berbaloi nak beli alat semak mahal mahal kan. Agak agak jela ya.
Itu sahaja laa teknik ringkasnyaa. Semoga tentuan semua happy dengan tanaman masing masing. Yang beri pokok tumbuh pun Allah, yang bagi lebat pun Allah, kita semua berhajat kepada Allah.
Secara tiba-tiba, isu perubahan dalam isu moratarium menimbulkan panik dan kurang senang sejak semalam. Rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati bila mana isu ini ditimbulkan. Dalam satu laporan Berita Harian Online semalam, peminjam pinjaman sewa beli yang memilih mengambil moratorium enam bulan dari 1 April hingga 30 September 2020 akan mempunyai pilihan dari segi pembayaran balik.
Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dalam kenyataannya berkata, pelanggan terbabit boleh memilih untuk membayar penangguhan ansuran terkumpul enam bulan bersama ansuran Oktober 2020 tanpa dikenakan caj faedah tambahan.
“Atau mereka boleh terus membayar balik ansuran selepas Oktober 2020 menerusi lanjutan enam bulan tempoh pembayaran balik selepas tarikh matang asal.
“Dalam kes ini, faedah berdasarkan kadar kontrak akan dicaj ke atas jumlah ansuran tertangguh sehingga dibayar sepenuhnya, yang sepatutnya pada akhir tempoh lanjutan enam bulan,” katanya.
ABM berkata, bagi pelanggan sewa beli yang tidak mengesahkan secara rasmi penerimaan moratorium sebaik menerima notifikasi daripada bank masing-masing, mereka dianggap tidak mengambil moratorium.
“Justeru, pelanggan sewa beli perlu terus membayar ansuran bulanan seperti biasa mengikut jadual asal,” katanya.
Bagaimanapun, ABM berkata bank ahli tidak mengenakan caj faedah tambahan atau fi bayaran lewat bagi ansuran tertunggak bagi April dan Mei oleh pelanggan yang menangguhkan bayaran ansuran bulanan, jika bayaran bagi April, Mei dan Jun 2020 dibuat tidak lebih daripada 30 Jun 2020.
“Jika bayaran tidak dibuat menjelang 30 Jun 2020, akaun akan tertunggak dan caj bayaran lewat akan mula terakru daripada Julai 2020 seterusnya,” katanya.
Justeru, pelbagai pihak tampil memberikan penjelasan ringkas berkenaan hal tersebut. Dalam satu perkongsian, Nor Zabetha yang merupakan seorang peguam turut berkongsi pandangan mengenai hal tersebut.
Dan tiba-tiba isu Moratorium Sewa Beli kenderaan ini timbul, baru ramai-ramai hendak menarik nafas lega sebab gaji kena potong dan tak mampu bayar kereta atau hendak simpan duit sikit kalau ekonomi masih belum pulih, sekurang-kurangnya ada simpanan.
Bila kita mula-mula paham A dan kemudian tiba-tiba jadi B. Itulah masalahnya. Tambah pula kita dah yakin pasti yang pilihan A itu mutlak, legalah sikit hati ni.
Masa pengumuman asal Moratorium ini, seingat saya termasuk pinjaman rumah dan sewa beli kenderaan. Tidak ada caj faedah dikenakan sekiranya kita pilih option Moratorium 6 bulan. Kan? Boleh google dan baca balik mengikut bank.
Sekarang pula, bagi pinjaman sewa beli dikatakan akan dikenakan faedah selepas Moratorium 6 bulan. Bermakna ada faedah lebih sebab tempoh 6 bulan yang terhenti tu. Bukan free ya.
Ini rumusan dalam berita The Star hari ini berkenaan Moratorium bagi pinjaman sewa beli kenderaan:
Ada 2 option bayaran, satu tiada pertambahan faedah dan satu lagi ada :
Option 1- Selepas tamat Moratorium pada Oktober, anda perlu bayar tunggakan yang 6 bulan terhenti secara sekaligus beserta dengan ansuran bulan Oktober. Kira bayar 7 bulanlah. Dengar pun mengigil.
Melainkan duit gaji yang kita patut bayar kereta tu, kita tolak tepi dan tak pakai. Kita jadikan duit ‘back up’, manalah tahu tak cukup hendak beli susu anak atau makan. Alhamdulillah, tak berusik pula sebab strategi kewangan kita bagus.
Memandangkan duit sepatutnya tak berusik itu, bolehlah buat bayar semula ansuran kereta 6 bulan beserta ansuran Oktober nanti. Kalau buat begini tiada faedah tambahan. Lebih untung pilihan ini.
Option 2-ambil Moratorium 6 bulan. Lepas 6 bulan bayar semula seperti biasa. Faedah yang terhenti 6 bulan tu berjalan dan dikira dalam jumlah hutang yang asal. Bermakna ada jumlah tambahan dari kiraan perjanjian asal kita.
Tempoh pinjaman juga, akan dilanjutkan selama 6 bulan kerana Moratorium yang terhenti. Bermakna kalau 5 tahun, akan jadi 5 tahun 6 bulan. Kalau 7 tahun akan jadi 7 tahun 6 bulan. Kalau 9 tahun akan jadi 9 tahun 6 bulan.
Sekarang siapa-siapa yang hendak memilih untuk penangguhan 6 bulan, perlu mengesahkan dengan bank masing-masing sekiranya menerima komunikasi dari pihak bank.
Komunikasi mungkin secara email, surat, maklumat di website atau SMS. Bab yang ini tolong hati-hati, takut ada yang ambil kesempatan menyamar dari bank, minta butiran peribadilah, TAC nomborlah, akaun banklah. Hati-hati. Scammer ramai.
Peminjam yang tidak mengesahkan ingin menggunakan Moratorium dengan bank melalui komunikasi dari bank, dianggap tidak berminat dan harus membayar pinjaman berdasarkan perjanjian asal.
Sekiranya anda tidak mengambil Moratorium dan anda tidak membayar bayaran bulanan bagi bulan April dan May, tiada caj faedah tambahan atau denda lewat bayar SEKIRANYA anda membayar tunggakan April, May dan Jun sebelum 30 Jun.
Denda lewat bayar hanya akan dikenakan pada Julai dan seterusnya.
Demikianlah setakat ini, ikut laporan berita. Berdoa semoga keputusan akhir tidak membebankan. Waktu PKP ini memang banyak keputusan yang berubah-ubah, banyak perlaksanaan yang bertukar-tukar. Kita tunggu dan lihat.
P/s: Yang tidak ambil Moratorium dan bayar seperti biasa. Anda tidak perlu pening-pening tentang pengumuman atau status terkini ini. Bayarlah seperti sediakala dan segala terma dan syarat perjanjian antara anda dan bank terpakai seperti sediakala.
Oleh: Nor Zabetha
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon jelita, Nora Danish menyifatkan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-43 pada Jumaat lalu adalah berjaya khatam al-Quran dalam tempoh 10 hari pada Ramadan ini.