Sekiranya anda dan pasangan sebelum ini hanya melakukan sekadar bersahaja, sudah tiba masanya cubalah lakukan sesuatu agar menjadi lebih baik. Ini bukan apa, setiap manfaat dan kebaikkan yang dilakukan akhirnya akan kembali kepada anda jua.
Hal ini dikongsikan oleh Encik Azlan melalui pengalamannya sendiri setelah konsisten mengamalkan ucapan terima kasih kepada pasangannya. Siapa sangka ucapan yang seringkas itu, akhirnya memberi impak luar biasa.
Nak tahu kisah lanjut, jom semak perkongsiannya itu.
Macam mana kita layan pasangan, macam tu lah mereka layan kita.
Pernah terfikir tak, kenapa pasangan kita tetap macam tu juga, walaupun dah cuba habis cara untuk ubah dia?
Ini pengalaman yang saya alami sendiri.
Ada sekali tu, saya terfikir untuk buat benda baru. Bukan tak pernah buat sebelum ni, cuma tak konsisten. Tak jadi habit.
Saya tanam azam dalam diri, setiap hari saya akan UCAP TERIMA KASIH kepada surihati. Kali ni memang target saya untuk jadikan berterima kasih ni satu habit.
Apa saya buat, setiap hari bila sampai di tempat kerja, saya hantar whatsapp kepada surihati. Saya selitkan sekali kalimah penghargaan tu,
“Papa dah sampai ni. Terima kasih sebab bagi bekal untuk papa.”
Saya ulang setiap hari tanpa gagal.
Alhamdulillah sekarang dah melekat. Asal sampai di ofis je, terus capai fon untuk info dan say thank you kepada surihati.
Ads
Dalam proses ni, ada dua benda yang saya belajar.
Pertama, saya jadi seorang yang sentiasa cari kebaikan yang pasangan saya buat. Sekecil kecil kebaikan dia, saya akan puji dan hargai. Saya alert bila nampak kebaikan yang dia buat. Terus masuk dalam kepala, benda ni yang aku akan terima kasih lepas ni.
Kedua, ini benda utama yang saya nak kongsikan dengan kalian bab nak ubah pasangan tadi.
Satu hari tu, saya perasan ada perubahan pada reply whatsapp yang saya terima.
“Tq kat papa juga sebab banyak tolong mama”
Kali ni surihati juga ucapkan terima kasih kepada saya. Bila baca tu, saya rasa wow. Satu perasaan gembira masuk dalam hati saya.
Rupanya inilah maksud “Change yourself, your world will change”
Benar sekali, keadaan sekeliling anda akan berubah dengan sendiri bila anda ubah diri anda dahulu. Bila saya mulakan berterima kasih kepada surihati, dia perasan apa yang saya buat, dia juga buat benda yang sama.
Ads
Suami-suami percayalah bila anda ucap terima kasih kepada pasangan,
1. Hati pasangan akan gembira
Siapa pun akan gembira bila diucapkan terima kasih. Terutama isteri. Lebih lagi kalau yang ucap tu suami. Berbunga-bunga je hati.
2. Tanda kita ni cakna atau alert dengan apa yang pasangan buat kepada kita
Isteri akan rasa kalian ambil berat tentang diri dia. Ambil tahu apa yang dia dah susah payah buat untuk suami dan anak-anak. Percayalah, isteri bangga dengan suami yang caring macam ni.
3. Kepuasan kepada pasangan walau penat
Tak kiralah isteri kita surirumah atau bekerja. Seharian bekerja, urus rumah, urus anak, urus suami. Kadang tu sampai urus diri sendiri pun tak sempat. Penat dia Tuhan je yang tahu. Bila dengar ucapan terima kasih, hilang semua oenat tu tadi.
Ads
4. Rasa dihargai
Paling senang nak hargai usaha isteri adalah dengan terima kasih. Mungkin kita nampak kecil usahanya. Tapi untuk jayakan, kita tak tahu banyak mana yang telah dikorbankan. Isteri akan rasa pengorbanan dia tak sia-sia.
5. Sebagai kata-kata semangat
Balik dari kerja, penat tak hilang lagi terus singsing lengan baju uruskan rumahtangga. Tengah lembik tu, ada orang ucap terima kasih, terus rasa full charge balik.
6. Kasih sayang wujud
Suami bila selalu hargai, ambil berat, gembirakan dan support satu sama lain, kasih sayang akan terbit dalam hati isteri.
Kini saya percaya, bila kita nakkan perubahan, kena mulakan dengan diri sendiri dulu. Tak boleh terus nak ubah orang lain.
Sebab bila ubah diri, kita akan improve diri. Orang sekeliling akan rasa perubahan itu dan secara ‘unconscious’ nya, timbul dorongan untuk berubah juga.
Sama juga dalam rumah tangga, diri kita adalah cermin kepada pasangan. Isteri akan tiru apa yang suami buat. Buat baik, baiklah pasangan. Buat jahat, jahatlah pasangan. Na’uzubillah.
Mulai hari ni, jangan tanya kenapa isteri tak boleh jadi pasangan terbaik. Sebaliknya tanya diri sendiri apa perubahan anda boleh buat untuk jadi suami terbaik kepada pasangan anda.
Si cilik bernama Siti Aafiyah ini sering menjadi perhatian ramai. Apa tidaknya, anak kepada penyanyi nombor satu negara ini merupakan puteri sulung hasil perkongsian hidup Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa.
Tidak hairanlah apabila Aafiyah sering menjadi perhatian ramai ditambah lagi dengan gelagatnya yang mencuit hati para penonton. Ada-ada sahaja yang membuatkan ramai terhibur.
Terbaru terdapat satu video yang memaparkan Aafiyah menari sakan sambil mendengar lagu hindustan.
Dalam video tersebutkedengaran suara Siti Nurhaliza yang ketawa dengan gelagat anaknya itu. Aafiyah juga menyebabkan ayahnya melatah, kerana terkejut dengan gelagatnya itu.
Pendakwah popular Ustaz Ebit Lew telah berkongsi momen indahnya sedang bercuti bersama isteri dan anak-anaknya di Switzerland menerusi Facebooknya, tulis Ebit, meluangkan masa bersama keluarga menjadi detik terindah dalam hidupnya dan turut menitipkan nasihat yang sangat berguna buat anak-anaknya dalam mengagungkan kebesaran Allah.
Semuanya cantik sangat
Anak-anak tanya. Ayah kenapa cantik sangat alam ni yer. Kenapa air sungai dari jauh nampak macam biru? Salji cantik langit gunung. Semuanya cantik sangat. Walau ambil gambar tak sama macam sebenarnya.
Siapa jadikan semuanya anakku? Dialah Allah. Yang menjadikan segalanya. Dialah Allah yang memiliki langit dan bumi. Dialah Allah yang menjadikan segalanya. Pemilik semuanya.
Dia Maha berkuasa atas segala sesuatu. Dimana sahaja kita belajar lah melihat dengan hati. Dengan cinta. Kita dihantar untuk mengenal cintaNya.
Anakku walau kemana kita pergi kita hambanya. Nanti dalam syurga juta-juta kali lagi cantik. Tiada akal yang mampu mencapainya. Syaratnya kita menjadi hambanya dan sentiasa mencari Redhanya. Hanya dengan Rahmatnya Kasih Sayangnya yang akan bawa kita ke sana.
Jaga solat walau dimana sahaja. Buat Ta’lim. Cerita kebesaran Allah dimana sahaja. Bawa akhlak Nabi saw. Balas keburukan dengan kebaikan-ebitlew
Saudaraku disebalik ujian ada rahmat.
Perkongsian Ebit tersebut mendapat lebih 2 ribu komen dan 106K tanda suka dalam masa beberapa jam.
Antara komen yang ditinggalkan pengguna media sosial,@Rosni Hassan “Alhamdulillah saya dh pergi tempat ni memang cantik2 pemandangan nya”
Diakui juga oleh @Nureha Mohd “Alhamdulillah…alam ini sangat cantik..puji pujian kpd Maha Pencipta”
Komen @Abdul Rahim Rubi pula, “Untungnya jadi ustaz ebit lew, alim, kaya, suka Tolong orng, suka merendah diri, dekat dengan Allah, sayang dengan keluarga, suka buat dakwah, semuanya cukup, Semoga ustaz sentiasa dalam lindungan Allah yg maha esa amin ya rabbal alamin.”
Manakala @Jawahir Jasin menitipkan doa di ruangan komen, “Alhamdulillah.Masya Allah. Cantiknya pemandangan.semoga ustaz dan keluarga sentiasa dalam rahmat-Nya & redha nya.Aamiin…🤲”
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Namun pendidikan terawal adalah dari rumah. Ibu bapa yang mencorakkan anak-anak justeru cara mendidik mereka harus betul supaya tidak tersalah langkah.
Inilah yang dikongsikan oleh puan Nurlia Mohd Nor . Moga bermanfaat buat ibu bapa di luar sana!
Semalam saya sempat menonton satu video pendek temuramah majalah Pa&Ma bersama Hanis Zalikha.
Saya bersetuju dengan beberapa point yang Hanis berikan dalam mendidik anak- anak. Of course kita semua bukanlah parents yang perfect, tapi kita pastinya takkan berhenti dan takkan jemu mencuba terutama dalam bab mendidik anak-anak. Menurut Hanis, 1) Anak- anak mesti tahu HAD tertentu. Contoh, meja bukan tempat untuk berdiri dan melompat. Perkara ni mesti diajar dari KECIL. Kalau dari kecil dah biasa, bila besar nanti pun mereka akan ikut cara yang diajar. Cuma masalah kebanyakkan dari kita bila anak dah besar baru nak tegur, baru nak explain, baru nak marah. Masa tu habit tu dah sebati dalam diri anak- anak so agak payah nak betulkan semula. Sudahnya kita yang stress. Mulalah dari awal.
2) Di rumah mesti ada PERATURAN yang kita tetapkan. Contoh pukul 9 malam mesti masuk tidur. Bukan sesuka hati, tiada waktu tertentu nak tidur. Disiplin mesti ada. Kata Hanis selepas anak-anak tidur dia ada ‘me time’ seperti bersembang dengan suami, menonton movie dan sebagainya. Sedikit sebanyak cara ini dapat mengurangkan stress setelah seharian penat menghadap tugasan di rumah.
Perasan tak rumah Hanis kemas, bersih dan tersusun rapi? Ya, ia bermula dengan DIDIKAN, bukan datang begitu saja. Lepas main, mesti kemas. Makanan tumpah mesti kutip. Tak silap saya rumah mereka fully carpet. Bukan senang nak jaga terutama ada anak yang masih kecil. Ye, memang di rumah mereka ada bibik, mungkin sesekali cleaner akan datang, tapi orang biasa macam kita pun ramai yang boleh dan dah pun buktikan.
Tak perlu nak bagi alasan negatif, “dia bolehlah ada bibik, rumah pun cantik, banyak duit, bla..bla..” Aiyooo! Cuba ambil dari sudut yang positif. Orang yang tinggal rumah biasa di kampung pun boleh juga berada dalam persekitaran yang kemas dan selesa. Saya pernah share satu gambar dulu sebab rasa kagum sangat. Sebuah rumah kampung kayu tapi rumah tersebut sangat kemas dan bersih walaupun memiliki beberapa orang anak dan ada yang masih kecil.
Si Yusuf Iskandar pula macam anak kita, macam anak orang lain juga, suka explore sesuatu, buat eksperimen sains, buat artwork, aktiviti memasak dan sebagainya. Tapi sebab dah terdidik dalam suasana yang kemas, lepas buat aktiviti dia akan ambil peranan dan tanggungjawab untuk mengemas. Ada hari tertentu keluarga mereka akan melakukan aktiviti gotong royong. Hanis sibuk vakum, Yusuf pun ikut juga menggunakan vacuum cleaner mainan dia. Hehehe. Comel! Dari situ sebenarnya secara tak langsung Hanis didik Yusuf untuk belajar sesuatu.
Secara jujurnya saya pun bosan dan letih dengan mentaliti segelintir orang, ‘Rumah kemas ni anak- anak mesti jadi robot, semua tak boleh. Kena kongkong. Tak boleh nak explore sesuatu. Tu sebab elok kemas” .. Aduhai.. Payah nak set juga orang yang ada pemikiran begini. Macam dorang pulak tinggal serumah dan tahu aktiviti orang lain. Kemas, bersih bukan suatu perkara yang pelik. Itu lumrah, normal. Mana- mana agama pun pasti tekankan bab menjaga kebersihan.
Jangan sebab rumah kita tak kemas, kita pula cari point kesalahan orang lain yang memiliki rumah kemas. Kita kata orang tu tegas sangat dalam mendidik anak, kita kata orang tu mengongkong aktiviti anak. Tak bolehlah begitu. Selagi kita tak tinggal serumah dengan mereka siapalah kita untuk judge. Betul tak? Jangan- jangan mereka lagi rajin buat aktiviti bersama anak-anak di rumah berbanding kita yang sibuk judge dan cari salah orang.
Ok, jom tengok beberapa aktiviti yang Yusuf dan Alisa buat di rumah sama juga seperti yang anak kita buat. Dari sini kita boleh ambil input yang positif dan cuba apply dalam cara kita mendidik anak- anak. Yang baik tak salahkan kita ambil untuk panduan bersama. Ambil dari sudut positif, inshaAllah positif la jadinya.. *Gambar diambil dari IG Hanis, Yusuf & Alisa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tentu ramai yang gemar makan buah naga merah atau putih. Namu tahukah anda bahawa ini sebenarnya ada perbezaanya khasiat.Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian...