Hubungan

‘Macam Mana Keadaannya Kalau Abang Yang Pergi Dulu?’ Deep Perkongsian Wanita Ini

Share

Apabila ajal datang menyapa, pasangan, anak dan keluarga segalanya ditinggal. Maka segala amalan didunia terputus. Hanya tinggal doa pasangan dan anak hanya tinggal untuk diri ke alam baru.

Selagi pasangan masih hidup hargai diri dan hubungan sebaik mungkin. Sebagaimana perkongsian seorang guru mengenai kematian sahabatnya dalam usia muda yang meninggalkan pasanganya.

Moga kita muhasabah diri dengan perkongsian ini.

Hari ini hati berduka lagi. Membaca catatan isteri arwah sahabat baik yang meninggal minggu lepas memang membuatkan saya menitis air mata.

Pedih. Sedih. Terluka.
Dengan kehilangan mengejut.

Saya bertanya suami, “Abang ada baca apa yang isteri arwah Kamis tulis hari ini?”.

Suami menjawap “Ya, ada baca”.

Kami terdiam. Dan tiba-tiba suami bertanya,

“Macam mana keadaannya kalau abang yang pergi dulu? Macam mana kalau awak yang di tempat Asma (isteri arwah kamis)?”

Saya pantas menjawap,
“Nauzubillahiminzalik (Semoga dijauhi Allah).”

Suami pandang saya dan mula berkata,

“Kematian tidak mengenal sesiapa. Arwah Kamis pergi dalam keadaan umur muda, 35 Tahun. Dia pun tak tahu ajalnya hari itu. Isterinya pun tak sangka suaminya pergi ketika itu buat selamanya.

Ajal Maut hanya Allah sahaja yang tahu.
Semua orang ingin lanjut usia, tapi bukan semua orang di rezekikan umur yang panjang. Hanya orang yang terpilih dapat umur panjang”.

Rasa macam disiat-siat hati ini mendengar kalimat itu. Sedar, ayat itu adalah satu kenyataan yang tidak boleh disangkal. Tapi kita sering ignore (menidakkan) untuk menyedapkan hati kita yang umur kita masih panjang.

Kematian sangat dekat. Untuk sesiapa sahaja, kematian semakin menghampiri kita.

Berbuat baiklah pada sesiapa sahaja di dunia ini. Tinggalkan kenangan yang manis-manis pada semua orang. Berilah masa yang berkualiti pada keluarga terutamanya.

Hilangkan dendam.
Buangkan amarah.
Belajar memaafkan dan redha atas apa-apa ujian.
Hanya dengan cara itu, kehidupan kita akan tenang dan aman.

Kerana kematian itu hanya sejengkal dari kita.

Norzi Malek
Peringatan ini khasnya untuk diri saya.
Jumaat, 31 Januari 2020.