Guru adalah pendidik yang mengajar dan menyampaikan ilmu kepada anak-anak supaya menjadi insan yang berguna apabila dewasa kelak.
Justeru, jasa dan pengorbanan guru harus dihargai. Termasuklah menghormati mereka baik ketika di sekolah mahupun selepas tamat pengajian. Justeru, ibu bapa lah yang harus memainkan peranan dalam mendidik anak supaya beradab dengan guru.
Namun, jika ibu bapa sendiri yang tidak menunjukkan teladan yang baik, bagaimana anak-anak mahu menghormati guru.
Hal ini dikongsikan oleh seorang guru Mohd Fadli Salleh menerusi laman facebooknya.
Dah macam mana anak-anak nak hormat guru kalau mak ayah sendiri pun tak tunjukkan contoh baik?
Ilmu ini berkait rapat dengan keberkatan. Dan keberkatan itu terletak pada redhanya guru pada anak-anak didik mereka.
Aku tak tahu kejadian ni berlaku kat mana. Yang pasti, ustaz atau ustazah murid ini pasti terluka dengan nota sinis dan pedas ini.
Ustaz/ustazah tu ‘conteng’ iqra’ muridnya untuk memberi tunjuk ajar. Macam aku tanda buku dan tunjuk ajar pada murid juga.
Banyak kesilapan murid aku bulatkan, atau gariskan, atau buat tanda soal, atau potong yang salah. Nak tunjukkan murid tu kat mana kesalahan dia dan macamana pula cara yang betul.
Bukannya pergi conteng lukis muka Bahenol pun. Nak mengajar memang gitu gayanya.
Nak buku bersih dan baru senang je. Beli buku dan ‘frame’kan. Gantung kat dinding rumah. InsyaAllah 10 tahun lagi pun elok je buku tu.
Kalau aku yang dapat nota macam ni, aku akan stapler duit RM20 kat buku anak dia beserta satu nota.
“Nah RM20 sebagai ganti buku anak tuan yang saya conteng. Beli lah buku baru. Duit lebih tu tuan beli kismis banyak-banyak dan makan. Bagi cerdik sikit.
Dah jadi cerdik, ajar sendiri anak tuan. Saya enggan mengajar anak tuan. Murid bodoh saya boleh tahan dan sabar mengajar. Tapi jika mak ayah yang biadab begini, silakan ajar sendiri anak tuan.”
Aku pernah terbaca satu kisah tentang Sheikh Abdul Qadir al-Jailani dan muridnya.
Ads
Ada aku simpan dalam nota kat telefon aku ni. Nah aku salin semula di sini. Baca dan hayatilah.
************”
PENTINGNYA REDHO SEORANG GURU ————————————————————-
Satu kisah berlaku di zaman Syekh Abdul Qadir al-Jailani.
Ada seorang yang busuk hati nya ingin menfitnah Syekh Abdul Qadir. Lalu ia mencari jalan untuk menfitnahnya.
Maka ia menebuk lubang di dinding rumah Syekh Abdul Qadir dan mengintipnya.
Kebetulan ketika ia mengintip Syekh Abdul Qadir. Ia melihat Syekh Abdul Qadir sedang makan dengan muridnya.
Syekh Abdul Qadir suka makan ayam. Setiap kali ia makan ayam dan makanan yang lain. Dia akan makan separuh sahaja.
Lebihan makanan tersebut akan diberi kepada muridnya. Maka orang tadi pergi kepada bapa murid Syekh Abdul Qadir tadi.
Pakcik ada anak namanya ini?
Jawab si bapa: ya ada..
Ads
Anak pak cik belajar dengan Syekh Abdul Qadir?
Jawab si bapa: ya.
Pakcik tahu, anak pakcik dilakukan oleh Syekh Abdul Qadir Jailani seperti seorang hamba dan kucing sahaja.
Syekh Abdul Qadir beri lebihan makanan pada anak pak cik.
Maka si bapa tidak puas hati lalu ke rumah Syekh Abdul Qadir.
Wahai tuan syekh, saya menghantar anak saya kepada tuan syekh bukan untuk jadi pembantu atau dilakukan seperti kucing.
Saya hantar kepada tuan syekh,supaya anak saya jadi alim ulama’.
Syekh Abdul Qadir hanya jawab ringkas sahaja..
Kalau begitu ambillah anakmu.
Maka si bapa tadi mengambil anaknya untuk pulang.
Ketika keluar dari rumah syekh menuju jalan pulang, bapa tadi tanya pada anak nya beberapa soalan berkenaan ilmu hukum hakam.
Ads
Ternyata kesemua soalannya di jawab dengan betul. Maka bapa tadi bertukar fikiran untuk kembalikan anaknya kepada tuan Syekh Abdul Qadir.
“Wahai tuan syekh terima lah anak saya untuk belajar dengan tuan semula. Tuan didik lah anak saya.
Ternyata anak saya bukan seorang pembantu dan juga diperlakukan seperti kucing. Aku melihat ilmu anakku sangat luar biasa bila bersamamu.”
Maka jawab tuan Syekh Abdul Qadir.
” Bukan aku tidak mahu menerimanya kembali. Tapi ALLAH sudah menutup pintu hatinya untuk menerima ILMU.
ALLAH sudah menutup futuhnya untuk mendapat ilmu. Disebabkan seorang AYAH yang tidak beradab kepada GURU maka anak yang menjadi mangsa.”
Begitulah ADAB dalam menuntut ilmu.
Anak, mak, ayah dan siapa pun perlu menjaga adab kepada guru. Betapa pentingnya adab dalam kehidupan seharian kita.
Kisah di atas menceritakan seorang ayah yang tiada adab pada guru.
Bagaimana kalau diri sendiri yang tiada adab, memaki dan mengaibkan guru nya?
Kata ulama: Satu perasangka buruk sahaja kepada guru mu, maka Allah haramkan seluruh keberkatan yang ada pada gurumu kepada mu.
Semoga Allah jadikan kita orang yang beradab kepada makhluknya terlebih lagi kepada guru yang mengajarkan ilmu kepada kita. Aamiin.
Hetty Sarlene bersalin anak kedua, gebu dan comel betul Hayden Ashton Oakes. Penyanyi yang cukup sinonim dengan drama bersiri Sembilu suatu ketika dulu, Hetty Sarlene dan suaminya selamat menimang cahaya mata kedua.
Bayi yang dilahirkan pada Selasa 25 Jun itu diberi nama Hayden Ashton Oakes. Bayi keduanya itu dilahirkan 10 hari lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin. Berita bahagia itu dikongsi sendiri oleh Hetty menerusi laman Instagramnya.
25.6.24 our second bundle of joy decided to make his first appearance 10 days earlier.
We would like to introduce you to our second gorgeous prince Hayden Ashton Oakes. We are Officially family of 4 – tulis Hetty di ruangan kapsyen.
Terdahulu Hetty dikurniakan anak pertama, Landon Alexander Oakes yang kini berusia 3 tahun selepas empat tahun berkahwin dengan Dani Aaqil atau nama asalnya, Daniel Oakes yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.
Hantaran Hetty dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada para peminat dan juga warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Bila seorang ibu itu menyediakan hidangan nasi ayam tentunya boleh membuatkan seisi keluarga berasa menu yang dimasak begitu istimewa. Maklumlah, bukan pada hari-hari biasa seorang ibu yang berkerja dapat menyediakan menu sepertinya ini.
Memandangkan hidangan nasi ayam perlu disediakan lengkap selain nasi, perlu dimasak bersama ayam, sambal kicap, kuah sup, sayur-sayuran dan seumpamanya agar sempurna set menu yang dihidang.
Pun begitu, melalui perkongsian daripada Noor Hafiza Mohamad mengatakan dia hanya memerlukan 1 jam 30 minit untuk menyediakan menu untuk tetamu yang bertandang ke rumahnya baru-baru ini.
Jadi jom ketahui bagaimana Noor Hafiza lakukannya. Dan andai ditanya kepada anda, berapa lama pula biasanya diperuntukkan untuk menyediakan menu nan satu ini?
Jom semak resipi yang dikongsikan olehnya.
Masak nasi ayam ringkas untuk tetamu datang beraya.
Cara sis masak nasi ayam 1 jam 30 minit je
Sup / stok ayam
– Rebus ayam bersama hirisan halia, 3 ulas bawang putih diketuk, 2 batang akar ketumbar, 3 ketul kiub ayam. Ayam dipotong 4. Kalau suka potong kecil pon tak apa. Boleh tambah sedikit garam.
Masak nasi
– Saya guna basmathi. Rendam sekejap sementara sediakan sup. Masak nasi guna air rebusan tadi. Masukkan sedikit kunyit supaya cantik warna nasi dan sedikit marjerin.
Ayam bakar
– ayam yang direbus tadi ditoskan. Perap 30 minit dengan kicap manis, sos tiram, minyak bijan dan sedikit madu. Bakar sekejap dalam pemanggang ajaib supaya warnanya cantik berkilat
Sup – tabur daun sup dan bawang goreng dalam stok ayam / sup
Sos
– Kisar cili besar dengan stok ayam, masukkan sos cili Thai, tambah gula dan garam jika perlu dan masak sekejap.
Kicap – Bancuh kicap manis dengan stok ayam. Panaskan sekejap
Hiasan lain – potongan salad, tomato dan timun
Saya amik masa 1 jam lebih je untuk sediakan semua ni. Sediakan bahan seperti susun resepi ni kalau nak cepat. Mula dengan buat stok ayam dulu.
Memang benar, anak-anak kita walau di dalam rumah sendiri pun dan kita ada mengawasinya, bahaya tetap ada.
Umpamanya, kisah yang dikongsikan ini. Siapa sangka batang aiskrim boleh menjadi punca anak dibedah.
Nak tahu kisahnya,jom baca perkongsiannya ini agar kita lebih beringat untuk elak terjadi.
BAHAYA BATANG AISKRIM
Ini adalah pesanan khidmat masyarakat supaya kita ibu bapa penjaga lebih berhati-hati. Ya, kemalangan boleh terjadi bila-bila masa dan pelbagai keadaan termasuklah hanya dengan batang aiskrim biasa.
Umminya yang minta tolong ia disebarkan agar pengalaman ngeri ini tidak berulang pada orang lain. Beliau tak mampu nak taip dalam keadaan sekarang.
Ketika ummi sedang bersiap ambil kakak sekolah, tiba-tiba terdengar anak paling kecil menangis sekuat-kuatnya. Berhampiran dengannya adalah si abang menyorok di balik perabot. Bila ummi menghampiri baby setahun setengah ini dalam keadaan terlungkup, beliau terkejut mulut penuh darah. Di sisinya ada batang aiskrim yang berdarah. Ummi dongakkan kepala nak lihat dari mana datangnya darah. Dari lelangit!
Ummi terus bersiap dan pergi klinik berhampiran dengan baby berlumuran darah. Klinik hanya cek sikit dan beri antibiotik. Ummi balik rumah dan baby tido mungkin sebab penat menangis. Nampak keadaan seperti terkawal.
Bila baby bangun tido, buka je mulut, darah penuh mulut. Ummi terus bersiap nak hantar ke hospital terdekat (Kulai). Bagus doktor di Kulai. Doktor di hospital tersebut cek dan kata ianya masih terkawal. Sedikit koyak di bahagian lelangit. Kes dirujuk ke HSA kerana di sana terdapat pakar. Ummi balik rumah untuk berbuka dengan pesanan doktor, kalau bleeding malam, terus ke HSA.
Nak jadi cerita, baru seteguk air ummi minum, kaki adik dibentes abg. Darah keluar membuak-buak jauh lebih banyak dari keadaan pertama. Ummi drive dan nenek pegang baby. Baju nenek basah dengan darah. Sampai HSA, doktor kata lelangit dah hitam. Kena tahan wad. Esok akan dibedah. Perlu puasa.
Esoknya Ummi masuk sekali dewan pembedahan. Lihat baby dibius, dibuka mulut nampak kesan koyakan besar sebenarnya dari tengah sampai hampir tekak. Doktor minta ummi yg nampak stress, keluar. Bayangkanlah perasaan seorang ummi. Kat luar tentunya lagi stress.
Masa berejam rasa berhari-hari lamanya. Selesai operation, doktor terangkan lelangit baby kena 6 jahitan dan daging yang terkeluar telah dimasukkan semula. Doktor sendiri tak sangka batang aiskrim boleh menyebabkan sebegitu ngeri kesan. Dan lelangit yang kena batang aiskrim tersebut bukanlah di bahagian lelangit yang lembut.
Sebulan dari sekarang, baby tak dibenarkan makan makanan yang keras. Makan bubur je. Sebab kalau berlaku infection atau luka lagi, perlu lalui proses yang sama lg.
Semoga kisah ini menjadi panduan buat semua. Terima kasih Ummi yang kuat, kerana sudi kongsi kisah ini. Saya hanya ceritakan semula. Entah bagaimana seorang ummi laluinya. Terima kasih doktor berdedikasi di Kulai dan JB. Semoga Allah balas berganda kebaikan semua. Kisah dilalui oleh adik ipar yang gagah- Nurul Ezuanayante.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.