Macam-macam Sos Tersusun Dalam Rak Baru Nampak Kemas. Nak Buatnya Senang, Modal Pun RM 10 Je!

Share

Memikirkan cara terbaik untuk menyusun atur beberapa jenis botol sos yang sedia ada di dapur, boleh pening kepala juga dibuatnya.

Mana hendak diletakkan sos cili, sos tiram, sos lada hitam, botol kicap dan beberapa jenis sos yang lainnya.

Kalau ditempatkan di atas meja makan, menjadi sempit pula, kalau diletakkan di dalam kabinet sukar pula dicapai. Malah kalau hendak disimpan di dalam peti sejuk, menjadi sarat pula peti sejuk dengan makanan-makanan lain.

 

Jadi apa kata, usahakan untuk melakukan DIY yang cukup ringkas ini dengan bermodalkan RM 10.50 sahaja.

Bukan sahaja murah, malah hasilnya memang wow. Bekasnya cantik, dan paling penting mudah diangkat jika ingin dijadikan sebahagian elemen dekorasi di ruang dapur.

Nak tahu bagaimana cara membuatnya, ini dikongsikan langkah demi langkahnya oleh Noriza Zainal Abidin. Jom semak.

Bahan-bahan yang digunakan :

batang mop 1
hiasan dinding 2
papan pemotong 2

kos 5 brg × rm2.10 = rm10.50

Step 1 : Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.

Step 2 : Potong kayu mop ikut saiz papan.

 

Step 3 : Buangkan plastik merah pada batang mop yang telah dipotong dan kemudian pakukan kayu mop dengan papan hiasan.

Step 4 :Pakukan kiri dan kanan seperti di dalam gambar. Boleh gunakan Tupperware sebagai penahan.

Step 5 : Jadikan papan pemotong sebagai tapak dan paku kiri dan kanan.

Step 6 : Papan kedua ikut individu Sama Ada hendak Jadikan rak bertingkat atau setingkat. Kayu mop dipaku untuk jadikan penghalang.

Sumber : Noriza Zainal Abidin