Membayangkan dapat memetik hasil tanaman di tepi rumah setiap kali ingin memasak, tentu menarik untuk dilakukan.
Jadi buat anda yang baru kali pertama ingin berkebun di tepi rumah, bolehlah jadikan perkongsian dari Mariana ini sebagai info bermanfaat dan inspirasi untuk memulakan hobi baharu dengan bercucuk tanam.
Tanpa perlu teknik yang sukar dan hanya menggunakan perkakasan dan alatan yang mudah didapati disekeliling kita, namun hasil tanamannya tidak kurang suburnya. Jom baca perkongsiannya.
Halia dan Kunyit ni saya tanam dari sedikit potongan isinya ja. Dalam seinci macam tu.
Serai tu saya cucuk sebatang semata2. Pandai-pandailah dia nak membiak dan beranak-pinak.
Daun kesum tu, saya guna teknik tanam dalam botol air mineral.
Almaklumlah… tak rajin nak keluar rumah. So, pandai2 la dia nak sedut air kat bawah tu.
Bayam Brazil tu, kita gunakan ja bekas minyak masak 5kg tu. Bawah tu drill kan ja bagi lubang2. Dapatlah 3 bekas. Semua bahan kitar semula ja.
Pokok bendi tu benihnya dah bertahun dalam peti sejuk. Cuba semai, menjadi juga walau pun tak sempurna mana…
Baca juga artikel ini : Tanam Pandan Walau Dalam Pasu, Gemuk-gemuk & Subur Jadinya Bila Buat Cara Ni!
Sumber : Mariana Mohd Zainal Abidin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Periuk Kesayangan Sedikit Bocor, Nak Buang Sayang Jadi Buat Begini!
Terlalu kerap memasak tanpa henti sejak PKP hinggalah ke hari ini, siapa sangka kuali atau periuk kesayangan bocor pula jadinya.
Ini pasti membuatkan ada yang berasa ralat. Apa lagi jika itulah yang selalu digunakan untuk memasak. Walaupun ada yang lain, namun tidak sama dengan satu ini.
Jika sayang sangat dan bocornya sedikit sahaja, jangan terus buang, jom cuba beberapa cara ini untuk menampal kembali tempat berkenaan.
KAPUR MASAKAN
Kapur sirih atau kapur masak ini biasanya orang gunakan untuk merangupkan gorengan, menjadikan masakan lebih kental dan tahan lebih lama. Rupanya ada kegunaan lain yang ramai tak tahu – iaitu menampal periuk bocor.
Mula-mula, bersihkan dulu periuk dan keringkan. Kemudian, ambil kapur makan dan tampal di bahagian periuk yang berlubang. Tepek ikut ketebalan yang sesuai hingga betul-betul menutup lubang.
Bila tampalan dah kering, bolehlah gunakan periuk itu semula. Biasanya boleh test dulu dengan rebus air. Kalau periuk dah tak bocor lagi, bolehlah guna untuk masak macam biasa.
ASAM JAWA
Petua seterusnya adalah dengan menggunakan asam jawa. Caranya lebih kurang sama saja macam guna kapur makan tadi.
Ambil sedikit asam jawa dan pastikan tiada biji. Kemudian sapu dan tampalkan pada bahagian belakang kuali atau tempat yang bocor tadi. Tunggu sampai kering dan cuba gunakan periuk macam biasa.
KULIT PISANG
Satu lagi cara yang menarik untuk tampal periuk bocor ini dikongsikan oleh Puan Normah Bahari. Senang betul, cuma guna kulit pisang!
Untuk menampal, pertama sekali panaskan periuk yang bocor. Kemudian, panaskan api dan gunakan sebelah dalam kulit pisang untuk ditenyeh berulang kali pada tempat yang bocor. (Seeloknya buat di kedua-dua bahagian dalam dan luar). Selepas itu, biarkan sekejap di atas api.
Mengikut pengalamannya, walaupun dah basuh berkali-kali, periuk dah tak bocor lagi. Mungkin getah pada kulit pisang itu yang menahan kebocoran dengan begitu berkesan. Cubalah!
KERTAS ALUMINIUM
Akhir sekali, cara yang paling biasa orang buat untuk tampal periuk yang bocor adalah dengan menggunakan kertas aluminium. Rupa kertas ini sikit-sikit macam aluminium foil dan biasanya dah siap berpelekat. Tinggal tampalkan saja di bahagian periuk yang bocor tadi.
Boleh cari di kedai hardware. Kadang-kadang di pasar malam pun ada. Harganya pun murah, mungkin sekitar RM2 saja sekaki.
SELAMAT, TAK PAYAH BELI BARU!
Memang jimat kalau praktikkan tips ini. Tapi, ia praktikal untuk lubang yang kecil saja ya.
Kalau tak ada periuk yang bocor buat masa ini, save dulu untuk kegunaan akan datang. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan agar lebih ramai dapat memanfaatkannya.
Sumber: Petua Ibu
Bekam & Derma Darah, Dua-dua Ada Kelebihannya? Tidak Mahu Orang Keliru, Doktor Ni Jelaskan Untuk Mudah Faham!
Prosedur bekam dan derma darah jika kita lihat seakan sama iaitu dengan mengeluarkan darah daripada badan, namun kedua-duanya mempunyai kebaikan dan manfaatnya yang berbeza. Hal ini dijelaskan dengan lebih detail oleh seorang doktor, dan diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan untuk kita sekeluarga.
Jom semak perkongsian bermanfaat ini.
BEKAM VS DERMA DARAH
Persoalan yang mengelirukan, orang yang bertanya pada saya juga kelihatan sangat keliru.
Kemungkinan kerana prosedur keduanya sama yang mana darah dikeluarkan daripada badan. Jadi adakah manfaat keduanya sama? Ada yang sama mungkin tapi banyak bezanya!
Derma darah sangat penting bagi menyelamatkan nyawa. Ini bagi saya manfaat terbesar melebihi semua manfaat lain termasuk manfaat bekam. Niat pada yang ni bila derma darah, insha Allah akan dibalasNYA dengan kesihatan yang lebih baik.
Bekam pula banyak manfaatnya. Ramai lebih percaya pada gimiknya, iaitu “buang darah kotor” menyebabkan terdapat mereka yang skeptik dan memandang serong pada terapi bekam ini. Walhal banyak kajian ke atas terapi ini secara saintifik telah dijalankan terutama oleh negara-negara timur tengah, China, india dan juga Malaysia.
Antara kebaikan berbekam yang saya ingin kongsikan hasil pembacaan berkenaan kajian saintifk yang dijalankan :
1) Bekam meningkatkan antioksida badan melalui adaptasi terhadap stress. Kawasan bekam akan mengalami keradangan hasil tekanan darah di dalam cawan dan pengaktifan sel darah. Badan juga menjadi lebih bertenaga hasil daripada penjanaan bateri sel badan iaitu mitokondria yang membebaskan ATP (tenaga).
• Manipulasi redoks mampu memberi kesan positif kepada mereka yang mempunyai masalah alergi, autoimmune, kanser, jangkitan kuman dll.
( Bergantung individu case by case bukan pukul rata )
2) Bekam membuang “substance P” (penyebab radang) daripada saraf hujung sumber kesakitan (nociceptor). Hasilnya kesakitan akan berkurangan.
Maka sebab itu bekam sangat popular untuk mengurangkan sakit kepala,carpal tunnel syndrome, lutut, sakit belakang dll kerana ia mampu mengurangkan kesakitan dengan KETARA.
3) Bekam meningkatkan pemulihan sel melalui peningkatan “growth factor” hasil daripada pengaktifan sel pembekuan darah. Vasculoendothelial growth factor (VEGF) contohnya penting untuk pembinaan salur darah baru. FGF pula merupakan growth factor yang mempunyai pelbagai fungsi (pluripotent growth factor). Antara fungsinya mengikut beberapa kajian ialah membina salur darah baru di jantung (angiogenesis), menyusun dan menumbuhkan sel-sel kulit, memulihkan luka dan penting bagi perkembangan sistem saraf badan.
4) Terdapat juga kajian menunjukkan bekam mengurangkan kerosakan buah pinggang, merendahkan gula darah, memperbaiki profil kolesterol (meningkatkan HDL, mengurangkan TG dan LDL) darah. Terdapat juga kajian ke atas perokok yang berbekam menunjukkan saturasi oksigen yang lebih tinggi dan lebih senang bernafas.
Banyak lagi yang saya belum baca, tetapi rasanya kebaikan bekam yang saya nyatakan tu BANYAK BEZA manfaatnya berbanding derma darah. Namun saya masih berpendapat manfaat derma darah paling utama iaitu untuk menyelamatkan nyawa lebih bermakna jika ikhlas insha Allah.
Tujuan saya menulis bukanlah untuk membuktikan BEKAM lebih baik berbanding derma darah atau sebaliknya. Saya juga bukan yang paling layak. Mana-mana yang berminat mengetahui lebih lanjut boleh hubungi Prof Dr. Aziz dari HUSM untuk pandangan kepakarannya dalam kajian terapi bekam ini.
Hajat saya ingin menangkis pandangan negatif menganggap bahawa terapi bekam merupakan terapi PSEUDOSCIENCE yang tiada asas saintifik. Ia mungkin bukan EVIDENCE BASED MEDICINE (EBM) peringkat tertinggi bagi anda, tapi berlambak kajian ada di pubmed dan journal-journal saintifik.
IQRA’ ya akhi.
Semoga kita tergolong dalam saintis-saintis dan perawat yang mengangkat tradisi perawatan sunnah ini insha Allah. Insha Allah terapi bekam akan menjadi terapi oldschool terbaru dalam bidang REGENERATIVE MEDICINE!
Ikhlas,
Encik Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-
sumber : Hafiz Sulaiman
“Tahun Ni Dukung, Tahun Depan Daddy Kejar.” Fazura Kongsi Gambar Raya, Bikin Ramai Cair Dengan Fatima. Comel!
Siapa yang tak geram melihat wajah puteri kesayangan pasangan sama cantik sama padan, Nur Fazura dan Fattah Amin ini. Wajahnya yang comel dengan senyuman manis itu membuatkan ramai yang teruja.
Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Wajah comel Nur Fatima Aisya pastinya diwarisi oleh baka cantik dan kacak ibu bapanya.
Terbaru, gambar keluarga ini menjadi tumpuan peminat yang sememangnya tak sabar untuk melihat penampilan pertama Fatima Aisya bersama ayah dan mummy sempena hari raya.
Melihatkan senyuman manis yang dilemparkan si kecil ini membuatkan ramai yang geram dan cair. Pandainya dia melihat ke arah kamera sambil memberikan senyuman manis.
Dua keping gambar dimuat naik Fazura untuk penampilan mereka sekeluarga sempena hari raya. Tampak simple dengan pilihan rona merah jambu tetapi menyerlahkan penampilan.
Rata-rata berkongsi ucapan hari raya buat pasangan ini selain turut memberi komen geram dengan kecomelan Fatima.
Sumber: missfazura