“Macam- Macam Perasaan Pertama Kali Dengar Suara Baby.” Azmi Saat Kongsi Berita Isteri Selamat Bersalin!

Share

Akhirnya selepas 10 tahun menanti untuk menimang cahaya mata, Azmi Saat berkongsi Berita gembira apabila isteri nya selamat  bersalin cahaya mata lelaki di sebuah hospital swasta pagi tadi (27 September).

Ahli kumpulan Caliph Buskers itu memuat naik berita tersebut menerusi laman Instagramnya. Dalam perkongsian itu, dia melahirkan rasa syukur apabila  proses melahirkan berjalan lancar Dan dipermudahkan buat isterinya, Nazirah Muhammad.

Menurut Azmi, dia berharap dapat menjadi bapa yang baik kepada zuriat yang dinanti-nantikannya selama ini dan berterima kasih atas doa daripada orang ramai buat keluarga kecilnya.

“Alhamdulillah. Pukul 9:09 pagi tadi anak sulung saya telah selamat lahir ke dunia. Urusan pembedahan berjalan lancar. Macam-macam perasaan ada bila kali pertama terdengar suara baby.

“Syukur ya Allah. Moga saya dapat menjadi ayah yang baik. Terima kasih atas doa kalian yang tak putus-putus buat kami sekeluarga,” kongsinya.

Lebih  bermakna lagi tarikh kelahiran bayi lelaki sama dengan ulang tahun kelahiran Azmi yang ke-34 hari ini, sekali gus berkongsi tarikh hari jadi sama dengan anak sulungnya.

Sebelum ini Azmi dah bersepakat dengan isteri untuk memilih nama Afnan buat bayi lelakinya itu dan berharap dapat membesar menjadi insan yang berjaya dunia akhirat serta diberi kesihatan yang baik sepanjang masa.