Boleh dikatakan dikalangan ibu-ibu peminat bercucuk tanam di laman rumah, sekarang ini sedang hangat bercerita tentang bayam brazil. Sejenis tanaman sayuran yang mudah ditanam. Malah apa yang lebih menarik tentang bayam brazil ini, selain enak dibuat ulam malah sangat sedap rasanya jika dimasak dengan pelbagai menu seperti digoreng, ditumis, direbus dan sebagainya.
Tidak hanya sedap, bayam brazil juga mengandungi banyak khasiat dan rugi jika dimakan. Ini sebagaimana info yang dikongsikan oleh Zyka Kepochi untuk manfaat bersama. Jom semak.
BAYAM BRAZIL
Bayam Brazil atau nama lainnya Brazillian Spinach, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Sambu Lettuce. Ianya juga dirujuk secara saintifik sebagai Althernanthera sissoo adalah tanaman sayuran yang mudah hidup dengan hanya ditanam secara keratan batang yg berasal daripada Brazil.
Daunnya yang tidak berlendir dan boleh dikatakan sedikit ranggup sesuai dijadikan sebagai bahan masakan seperti salad, masak tumis atau sayuran di dalam masakan barat. Lain pula bagi masyarakat Brazil dimana ianya dimakan secara mentah bersama tomato, bawang putih dan minyak atau cuka.
Khasiat yang tidak diketahui oleh orang ramai tentang pengambilan bayam brazil adalah:-
Ads
1) melawan kanser
2) mengekalkan kesihatan mata
3) salah satu sumber vitamin K
4) menguatkan tulang
5) membantu menurunkan berat badan
6) meningkatkan sistem imuniti badan
7) membantu sistem penghadaman
8)mengelakkan daripada sembelit
9) membantu melancarkan darah
10) mencegah anemia
11) mengatasi masalah gusi
12) nutrisi yang baik untuk pembesaran
13) mengekalkan stamina
14) mengekalkan kesihatan mulut
15) mengikat kalsium
16) mencegah penuaan pramatang
17) mengekalkan kesihatan ibu mengandung
Hakikatnya bayam brazil adalah tanaman yang amat baik dan sangat bagus untuk tubuh badan kita.
Berikut adalah menu-menu yang anda boleh anda jadikan resepi hidangan tenghari dan malam yang enak :
1. sup bayam brazil@ Bayam brazil dengan suhun@ Sup sayur campur bayam brazil
Ads
2. Gulai lemak bayam brazil @ Gulai lemak bayam brazil dengan udang@ Gulai lemak bayam brazil dan labu
Pelbagai jajan yang dijual dipasaran menyebabkan sesetengah ibu bapa rungsing kerana anak-anak cukup menggemarinya. Jajan sebegini mengandungi banyak bahan oerasa yang tidak baik untuk kesihatan anak-anak.
jadi sebagai ibu bapa kena alert makanan yang macam mana menjadi pilihan anak-anak. Justeru, ibu-ibu kenalah kreatif sikit.
Sekali pandang, jajan ini seperti kuih gunting. Teksturnya rangup dan sesuai dijadikan finger food. Yang penting tak keras, barulah baby boleh makan dengan mudah. Ibu-ibu pun tak perlu risau anak tercekik.
Jom kita cuba resepi snek bayi sihat tanpa garam, gula atau bahan perasa MSG oleh puan Nur Adiba Amira yang dikongsikan menerusi Facebook beliau.
Keropok sihat utk anak, bebas Segala bahan perasa yg x bagus utk kesihatan anak, xperlu risau, anak bebas utk makan jajan homemade ni, sambil berangan tgk View luar ka, ank sy ni kuat berangan betul😂 Step by step ada Di setiap gambar, Scroll dari gambar Terakhir dahulu utk step pertama… Anak sy 1y11m26d
Bahan-bahan:
Daun kari dicincang halus
Sedikit serbuk kunyit
Tepung gandum unbleached (1 1/2 cawan)
Ikan bilis (ditumbuk dan direndam sebelum digoreng)
Sedikit air (agak-agak untuk jadikan doh)
Minyak panas (dicampurkan ke dalam tepung)
Cara membuat:
Satukan semua bahan terlebih dahulu kecuali air.
Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
Kemudian boleh leperkan atau gelek ikut nak nipis macam mana.
Potong ikut bentuk yang kita nak.
5. Sediakan kuali dan panaskan atas api.
6. Goreng dalam minyak banyak (deep fry).
7.Mula-mula guna api besar, bila dah nampak gelembung tu bolehlah kecilkan api.
8.Angkat bila dah keperangan.
Toskan dan tunggu sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pajeri menu yang ringkas tapi cukup padu sehingga membuatkan kita makan nasi bertambah-tambah. Masakan pajeri biasanya daripada terung dan nanas. Dinamakan pajeri kerana masakannya berkuah pekat dan bukan berkuah cair.
Bahan utama dan wajib dalam masakan pajeri sudah pasti kerisik dan rempah kari daging. Enak dinikmati bersama gelama masam goreng. Untuk anak-anak, boleh dinikmati bersama telur dadar atau ayam goreng. Kuahnya yang pekat likat, memang enak menjilat jari. Jom kita cuba buat pajeri terung.
Pajeri Terung, Ini Resipi Cara Nak Masak
RESIPI PAJERI TERUNG
BAHAN-BAHAN:
5 biji terung
2 cawan air
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
1 sudu makan udang kering
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 pek kecil rempah kari ikan @ ayam
1 tangkai daun kari
3 sudu makan kerisik
¼ gula melaka
¼ kotak santan
Kuat Pekat, Likat
CARA MEMASAK:
1. Kisar bawang, udang kering dan cili kering.
2. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar, rempah kari, daun kari, bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga sampai garing dan wangi.
3. Bila bahan tumisan sudah pecah minyak dan garing, masukkan terung dan air. Biarkan mereneh guna api kecil sampai terung empuk.
4. Masukkan gula melaka dan kerisik.
5.Bila semua bahan sudah sekata, masukkan santan kotak. Perasakan dengan garam dengan secukupnya supaya seimbang rasa masin, lemak dan manisnya.
6. Pajeri terung sedia untuk dinikmati. Enak dinikmati bersama telur dadar atau gelama masam.
Bila sebut saja mengenai buah durian pelbagai resipi boleh dimasakan berasaskan buat ini yang digemari ramai.
Bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja, dibuat bubur atau masakan tempoyak, buah durian juga boleh dijadikan bahan untuk aiskrim homemade.
Jika sebelum ini, perisa durian kita beli dikedai, kali ini kita buat aje. Mengikut resipi ini hanya menggunakan 5 bahan yang ringkas saja.
Jom ikuti resipi ini.
Aiskrim Durian Homemade Lemak Berkrim
Bahan-bahan
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (boleh kurangkan Kalau tak suka manis)
2sb Ovalette
2sk pewarna kuning
1/2 cawan isi durian
Cara-cara
1. Masukkan semua bhn dlm mixer
2. Pukul sampai gebu pada kelajuan maximum.
3. Kemudian masukkan ke dlm tupperware simpan dalam freezer sehingga beku.
4. Dah beku boleh kuarkan & scop ke dalam kon aiskrim. Kon tu saya beli sbb tak pandai buat sendiri
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...