
Rumah tangga mana yang tidak bergelora, pasti akan tercuit juga dan perselisihan faham antara suami isteri adalah perkara biasa. bak kata pepatah itulah asam garam dalam rumah tangga.
Baru-baru ini pelakon dan usahawan Ifa Raziah memuat naik satu gambar bersama suami sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-15. Perkongsian yang cukup menyentuh hati sambil mengungkapkan kata-kata yang cukup bermakna buat suami tersayang.
Syukur Alhamdulillah harini genap 15 tahun ANNIVERSARY Perkahwinan kami berdua 24hb April 2019 .. ❤️
Bermcm2 dugaan yg kami tempuhi sepanjang 15 tahun ini susah senang .. pahit manis .. Bergaduh dan Bermanja .. Menangis Ketawa .. Itulah Gelombang Rumah Tangga selama 15 tahun bersama..
Syukur Alhamdulillah menjadi Suamiku yg paling SETIA .. paling JUJUR dan AMANAH..tidak ada lagi manusia lain didunia ini sebaik Suamiku MOHD YANI BIN ABDUL RAHMAN.. ?
Lelaki yg membawaku ke Jalan yg di REDHAI ALLAH SWT.. ?
Lelaki ini yg byk mengajarku erti KEBAIKAN dan KESABARAN .. ❤️
Lelaki ini yg sanggup menerimaku SEADANYA .. BAIK & BURUKku .. ❤️
Lelaki ini yg sentiasa menghargai & melayan diriku seperti PERMAISURI ❤️
Terima Kasih buat Ibu Mertuaku yg melahirkan suamiku utk menjaga diriku dan anak2 ku sehingga ke Jannah .. ❤️
Apa yg aku perlukan dr suamiku hanyalah KASIH SAYANG & CINTA ABADI sehingga ke JANNAH❤️
Aamin Ya Rabbal Alamin ?
https://www.instagram.com/p/Bwnd9t_HiM8/?utm_source=ig_web_copy_link
Resipi Cheese Cake Guna Tiga Bahan Jer, Cukup Simple Tapi Gebu & Lembut. Begini Cara Buatnya. Sedap!

Dalam perkongsian kali ini, admin tampilkan resipi Cheese Cake. Menariknya, resepi ini hanya dengan menggunakan 3 bahan saja. Langkahnya pun senang. Jom ikuti selengkapnya.
3 Bahan je boleh buat kek sedap gila yg sgt mabelessss..
BAHAN-BAHAN
120g Tatura Cream Cheese
120g Susu Pekat Manis
3 Biji telur gred B
*Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang first time nak try buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.
CARA-CARA
Dah sedia dengan bahan-bahan? Ini langkahnya.
1. Pukul Cream Cheese Dan Susu Pekat
Mula-mula, pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrim dan tak berketul. Kalau nak kurang manis boleh kurangkan susu pekat ya.
Nak pukul gunakan mixer boleh, nak gunakan blender pun boleh.
2. Asingkan Telur Putih & Pukul
Seterusnya, asingkan telur putih dan telur kuning.
Ambil telur putih dan pukul sampai teksturnya berkrim (meringue).
3. Masukkan Telur Kuning Dalam Adunan Cream Cheese
Telur kuningnya pula jangan dibuang. Masukkan ke dalam adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi.
4. Campurkan Semua Bahan
Sekarang kita campurkan kesemua adunan yang di atas tadi sehingga sebati. Kaupkan saja guna senduk.
5. Tuang Dalam Loyang
Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang dah dilapik dengan baking paper. Kalau tak ada, boleh guna kertas buku biasa yang kosong.
6. Bakar
Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath (isi loyang dalam bekas berisi air, macam dalam gambar di bawah).
Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah loyang saja. Jangan sampai melimpah bila kita letak loyang kek tu. Masa panaskan oven, air tu akan mendidih.
Cara bakar secara ‘waterbath’.
Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah.
Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk 25 minit seterusnya atau sehingga masak.
Kadang-kadang ikut oven juga, suhu mungkin berbeza. Jadi kalau nak pastikan sama ada dah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tak.
7. Sejukkan
Bila dah masak, biarkan 15 minit dalam oven dan barulah keluarkan ya. Pintu oven tu bukakan sedikit.
8. Topping
Akhir sekali, bolehlah letak topping ikut kegemaran anda. Makan saja pun dah sedap.
Yang ini saya gunakan parutan keju cheddar. Kalau nak cairkan parutan keju pada topping tu, boleh masukkan kejap dalam oven.
MEMANG GEBU & LEMBUT!
Beginilah hasilnya, memang gebu dan lembut. Kalau buat topping dengan parutan keju yang dibakar macam di atas, terasa kerangupannya pada bahagian luar. Kombinasi yang lazat!
Tak susah mana pun nak buat cheese cake kan?
Selamat mencuba 😍😍😍
Kredit to : Nurul Ain Ridzwan & Sirap Limau
“Tak Dak Istilah Lambat Atau Tak Terer.” Sambut Anniversary Ke -9, Ustaz Don Titip Doa & Tip Buat Pasangan Suami Isteri!

Sisi romantis seorang suami cukup terserlah tatkala melihat figura agamawan ini dalam melayani isteri juga terserlah. Tidak menyembunyikan rasa sayang dan kasih buat bidadari tercintanya.
Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal bin Don Biyajid sering memperlihatkan karekter suami yang penyayang dan aura sang ayah yang tampak begitu mesra dan tidak kekok dalam menguruskan anak-anaknya.
Setiap kali menyambut hari istimewa, pasti ada sahaja titipan mesra dan kasih sayang khusus buat bidadari syurganya itu.
Terbaru, Ustaz Don dan Dr Husna menyambut ulang tahun ke-9 perkahwinan mereka. Selain berkongsi doa buat rumahtangga dan kebahagian, Ustaz Don turut menitipkan nasihat buat suami isteri di luar sana khususnya pasangan baru atau muda dalam melayari bahtera rumahtangga.
9th Anniversary. 23 Ogos 2021
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَتُه
Akhirnya, berjaya jugak nak boh post ni. That’s one for the keeper. Sekadar bukti kita sempat #hidup di 2021 waktu #pandemic . Kan 💕Dinda💕 @husnazahry kan?
Kepada pasangan baru atau muda, satu perkara yang saya belajaq dalam rumahtangga ni ialah, “𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗿𝘂𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸𝗶 𝗸𝗲𝘀𝗶𝗹𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝘀𝘂𝗮𝗺𝗶 𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶”.
Tak dak istilah terlambat atau tak terer. Kita suami isteri dua dua tak terer. Jadi, sama-sama kena jadi terer. Ingat, kaki kanan tak akan boleh lari lebih laju dari kaki kiri. Kena lari sama-sama.
Semoga Allah menjadikan kita semua pasangan yang bahagia di dunia dan di Akhirat serta ditemukan dalam Syurga nanti sebagai pasangan bahagia seperti Para Anbiya’ dengan Isteri mereka yang mulia, berkat Nabi Muhammad ﷺ .
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين .
Ini doa yang saya teringin nak baca and tulis untuk semua pada akhir malam hari ulang tahun perkahwinan kami.
Semoga bermanfaat.
Ya Allah #ampunilah andai aku ada #menggurishati saudara-saudara ku. Dan aku memaafkan kesalahan depa ataih ku.
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين
________________________________
Sumber:Ustaz Don Daniyal Don Biyajid : Solat & Selawat Tour
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
“Tarik Daddy Masuk Syurga Sekali.” Aturan Allah, Anak Sulung Meninggal & Selang Sehari Isteri Pula ‘Pergi’. Sebaknya Baca!

Tarikh 26 Ogos sepatutnya menjadi detik yang cukup bermakna buat lelaki ini kerana tarikh itu anak sulungnya bakal dilahirkan, akan tetapi kita hanya mampu merancang, tetapi yang menentukan adalah Allah Allah Yang Satu.
Dalam kegembiraan bakal bergelar ayah, dia dikejutkan apabila kembalinya zuriat pertama ke sisi Allah Swt.
lebih memilukan apabila ia berlaku serentak, perasaan itu hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Lebih memilukan dia bukan hanya hilang anak, bahkan juga hilang isteri tercinta dalam selang sehari sahaja. Beratnya dugaan terpaksa dilalui lelaki ini.
Menerusi perkongsian di Twitter lelaki tersebut dikenali sebagai Muhammad Syahir berkongsi beberapa foto momen indah bersama arwah isteri dan anaknya.
Aturan allah, due Noah sama dgn daddy.. Nnti mmy & Noah tarik daddy masuk syurga skali tau! Daddy rindu sangat mmy & noah 😭 . Alfatihah🤍 NurShakira Ameera Binti Assakri, Muhammad Noah Bin Muhammad Syahir pic.twitter.com/oWVkgHvbkG
— 🍳 (@ssyyhhrr) August 26, 2020
Perkongsian tersebut mendapat respond dari rata-rata pengguna twitter yang turut bersimpati dengan apa yang berlaku pada Muhammad Syahir.
Menurut salah satu komen, pada 4 Mac lalu, anak sulung lelaki ini dikhabarkan meninggal dunia, dan kemudian selang sehari isterinya pula dijemput Ilahi akibat menderita penyakit barah.
I stalk tweet dia smpai i jumpa jwpn utk semua persoalan. Ringkasannya, diaorang kawin nov2019 then sebulan lpstu wife dia pregnant. 4/3/20 anak dia meninggal (gugur maybe). 5/3/20 wife dia pula pergi. Arwah isteri dia kanser darah.
— auni 🇲🇾 (@AuniFaizun_) August 26, 2020
I nangis baca semua tweet tu sampaikan husband i perasan & gelabah ingatkan i nangis sbb dia buat salah😭.
Semoga Allah beri kekuatan utk awak teruskan hidup. Al-Fatihah utk arwah isteri & anak🤍
— auni 🇲🇾 (@AuniFaizun_) August 26, 2020
Gugur?tapi dah pregnant 41w.Maybe still birth.
— abcd.ila (@dilanggg) August 27, 2020
Taklah. Anak dia gugur masa kandungan 15 minggu. Apps tu still ada sbb dia tak stopkan kiraan. Sebabtu smpai 41 weeks
— auni 🇲🇾 (@AuniFaizun_) August 27, 2020
Oh okay..ty.Baru faham.
— abcd.ila (@dilanggg) August 27, 2020
So the wife passed away sehari lepas anak dia gugur?? 😭 allahuakbar…
— ℍ𝕒𝕤𝕪𝕚𝕞𝕒𝕙 ℍ𝕒𝕞𝕫𝕒𝕙 (@syima_hamzah) August 27, 2020
AlFatehah. U’re strong bro. Allah only gives what u can handle. Cry all u want, jangan pendam. Legakan hati tu, and come back stronger. Semoga Allah temukan you n your bidadari n anak syurga kembali. Aamiin.
— aiennam.TopStokisZikirPillow (@aiennam) August 26, 2020
yaAllah…. sebelum ni aku pernah baca tweet kau pasal arwah, tapi aku tak ambik port sebab tak tahu keseluruhan cerita, bila ada orang explain apa yg terjadi, terus rasa nak menangis, awak kuat okay😭😭😭, sentiasa ingat Allah and sedekahkan Yassin untuk mereka😭😭😭
— the curse princess (@thecurseprinces) August 26, 2020
Al-fatihah (dibaca) buat kedua2nya.. semoga Allah tempatkan arwah isteri dan anak awak di kalangan org2 yg beriman. dan semoga awak terus tabah dgn ujian dari-Nya..
— Rubiatul Syahida (@RubyShida) August 27, 2020
Noah is such a beautiful name. takziah kepada isteri dan anak. stay strong 🙂
— skye 🇲🇾 (@sbrnchan) August 26, 2020
Sumber : ssyyhhrr