Tidak dinafikan kalau kita rajin dan ada sedikit kreativiti, macam-macam benda boleh dihasilkan dengan menggunakan paip PVC.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Puan Siti Nor Mohamed, di mana bukan satu produk telah dapat dihasilkan untuk kegunaan seisi keluarga, bahkan pelbagai sejak 2016 lagi.
Di sini turut dikongsikan untuk inspirasi bersama.
Saja la nak share hasil keje pvc mokcik…dari tahun 2016 sampai la yg terkini….
Masa tu mokcik beli pvc kat kedai hardware je…mana la nak ada 3-ways ke 4-ways tu sume….so,kena kretip la nak konar tang mana…
Ads
Pvc tu pon mokcik guna semula je dari rumah kucing jadi ampaian, pastu bertukor jadi rak periuk…akhir sekali dia bertukor jadi rak bunga plak….macam transformer plak die ek…
Ads
Yg jadi rak mesin basuh tu tak bertuko, cuma dia pindah tempat je….duduk atas tong sampah plak…
Ads
Yg jadi meja tu, mokcik buat masa pkp ritu…anak nak kelas online takde meja…so memalam buta mokcik selongkar stor …maka,terhasil la meja tu….
Pelakon Mona Allen yang tampil berhijab menerusi laman instagramnya mengundang perhatian ramai.
Rata-rata memuji penampilan isteri kesayangan Pekin Ibrahim ini.
Pemilik nama sebenar Munna Hafiraneza Allen mengakui kini sedang memperbaiki diri memandangkan bakal menjadi ibu tidak lama lagi.
“Saya sebenarnya tak berani nak bagi kenyataan apa-apa mengenai penampilan saya sekarang. Bagi saya, apa yang saya kongsikan itu… itulah.
“Terpulang pada netizen nak tafsir. Sebab tak nak salah faham, nanti orang ingat saya nak berubah dengan menunjuk-nunjuk. Saya takut kalau salah cakap, nanti jadi lain pula.
“Apa-apa pun, minta doa yang baik-baik. Saya pun dalam proses nak perbaiki diri. Nak menjadi seorang ibu dan isteri yang lebih baik,” kata Mona Allen seperti yang dilaporkan menerusi mStar.
Dalam pada itu, warganet turut menitipkan doa semoga pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu terus istiqamah dalam berhijab sepenuhnya.
Ditanya mengenai kandungannya kini, Mona memberitahu bakal melahirkan cahaya mata sulungnya sekitar September depan.
Sementara itu, dia turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada mereka yang menghadiahkan barang-barang keperluan bayi yang dianggap sebagai rezeki anaknya kelak.
“Alhamdulillah, usia kandungan saya sudah memasuki tujuh bulan… Insya-Allah saya dijangka bersalin September nanti. Sekarang saya masih di Johor, teman suami shooting.
“Insya-Allah nanti balik KL, saya dan suami akan cari lagi barang keperluan baby. Tapi Alhamdulillah, saya bersyukur ramai yang menghadiahkan barang baby. Saya anggap rezeki baby dapat macam-macam,” ujarnya.
Lepas ni jika ada ubi kentang dekat dapur ibu-ibu semua bercambah, sebaiknya jangan buang. Cuba tanam guna cara ni. Ada yang dah cuba dan menjadi tanamannya. Boleh tuai hasil. Dua bulan sudah nampak hasilnya.
Inilah yang dikongsikan oleh Zienie G-nie. Jom cuba sendiri untuk lihat hasilnya nanti. Hai…saya saja nak share pengalaman saya tanam kentang tahun lepas…ni hasil selepas 2 bulan saya tanam….sebaiknya tunggu lg 2 bulan tapi sy bukan penyabar…excited nak tengok isinya.
1. Ambil ubi kentang lalu dipotong separuh. Rendam bahagian dipotong suku tenggelam selama 4 hari supaya akarnya keluar cepat. elak terendam habis dan kentang busuk, cocok guna lidi.
2. Apabila kentang sudah keluar tunas, tanam dalam pasu. Letak tanah 1 inci kemudian masukkan kentang.
3. Tutup benih kentang dengan sedikit tanah. Apabila pucuk semakin tinggi, tambah lagi tanah. Siram pokok sehari sekali Tip tambahan:
Waktu terbaik tuai ubi kentang adalah bila daun bawahnya mula menguning. Yang (saya) punya ni hasil selepas dua bulan daun masih segar dan sebaiknya tunggu lagi dua bulan.
Mencuba resipi yang diperolehi dari carian di internet, bila hasilnya menjadi pasti seronok rasanya.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Siti Hasmah Rahman apabila mencuba resipi untuk membuat donut.
Hasilnya, donat dimasak cukup gebu dan sempurna kejadiannya. Meluahkan rasa seronok, Siti terjemahkan di dalam pantun dan turut berkongsi resipi untuk dicuba oleh yang lain.
Pagi-pagi mengutip lidi,
Lidi disimpan di atas papan,
Riangnya hati kuih menjadi,
Donut gebu menjadi santapan.
Pergi ke bendang memancing ikan,
Itik dibendang siapa yang punya,
Resipi donut daku kongsikan,
Bolehlah tuan/puan cuba membuatnya
Saya share resipi ye
(kredit kepada Sirap Limau)
Bahan A
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu manis
Secubit garam
1 sudu besar baking powder
Ramas bahan2 A sampai jadi seperti tekstur serbuk roti
Bahan B
1 1/2 cawan air suam
Sepekt yis mauripan
(campurkan keduanya. Tunggu dalam 5 minit)
Cara-cara
Masukkan Bahan B ke Bahan A sedikit demi sedikit. Tambahkan air jika doh masih belum sebati (air ni ikut kesesuaian ye. Kalau nak selamat jangan curah air semua, letak sikit2 sampai doh tak melekat kat tangan. Kalau tak cukup air tambah lagi sikit).
Kemudian biarkan doh berehat dengan tenang dan berkembang dengan jayanya dalam 40 minit hingga sejam. Nanti doh tu akan berkembang sekali ganda. Pastu dah boleh terap dengan acuan dan sedia untuk digoreng