Semalam telah berlangsung Konsert ‘Ada Apa Dengan Melly?’ (AADM) iaitu merupakan konsert pertama Melly Goeslow di Kuala Lumpur yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.
Turut mencemar duli tetamu VVIP, iaitu Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia (KDYMM), Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan DYMM Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mencuri perhatian orang ramai.
Lebih-lebih lagi apabila Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mengenakan pakaian baju sekolah dan kelihatan manis mengikuti kod pakaian rasmi iaitu pakaian sekolah yang diwajibkan oleh pihak penganjur konsert berkenaan.
@arifeddy Comel Betul Tengku Permaisuri Norashikin pakai baju sekolah ikut Tema concert Ada Apa Dengan Melly #adaaapadenganmelly #mellygoeslaw #mellygoeslawliveinmalaysia #mellyliveinkl #adaapadengancinta #permaisuriagong #fazura #fattahamin ♬ Ku Bahagia – Melly Goeslaw
Malah, dalam satu video yang kini tular di media sosial, kelihatan Permaisuri Agong sempat berkongsi ‘pickupline’
“Walaupun terpisah dua benua, cinta tetap setia..” kata beliau.
Dalam pada itu, dia juga percaya muzik bersifat universal dan perbezaan bahasa langsung tidak menjadi penghalang untuk sama-sama menghayati apa pun jua karya seni dari seluruh dunia.
“Ini juga merupakan kali pertama saya tampil membuat konsert di Malaysia dan ternyata kalian cukup beruntung sekali,” katanya.
Suasana konsert turut terasa dekat di hati apabila rata-rata penonton hadir berpakaian sekolah bagi mengikut tema Back To School seperti yang disarankan penganjur, Icon Entertainment.
Menariknya, Melly turut mengabadikan segmen tribute khas buat Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan membawakan lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti serta Bunyi Gitar.
Turut hadir, selebriti popular tanah air juga dilihat turun memberikan sokongan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fazura, Amy Search, Misha Omar, Syafiq Kyle, Mimi Laa, Puteri Aishah dan ramai lagi.
Tidak ketinggalan, rakan-rakan Melly dari Indonesia turut hadir iaitu Rossa, Yuni Shara, Mayang Sari dan Raffi Ahmad.