Dalam menghargai isteri, tidak perlu hadiah mahal-mahal atau kata-kata romantik sepanjang masa, namun pertolongan kecil tetapi cukup besar maknanya pun sudah mampu buat siteri tersenyum bahagia.
Melihatkan cara Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob melayani isteri kesayangannya dengan penuh kasih sayang, jelas menunjukkan sisi penyayang dan prihatin seorang suami.
Datuk Fazley baru-baru ini berkongsi video menampal kasut isterinya ketika menghadiri sebuah acara baru-baru ini.
Video tersebut dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan warganet.
Menurut Fazley, isterinya mengadu bahagian kasut yang dipakai tercabut di bahagian hadapan, tanpa berlengah, dia terus mencari cellophane tape dan menampal kasut isterinya itu.
Hari itu semasa event, isteri saya @azrene_ahmad mengadu dekat saya bahagian depan kasut dia dah tercabut. Jadi, bila dia berjalan, benda tu terkontang-kanting. Dia kata “takpa abang, adik ok, tak malu pun kalau orang nampak”.
“Tapi, me being me, saya usahakan cari cellophane tape dan tampal. Saya kata “Adik tak perlu buka kasut, biar abang yang menyangkung buatkan”. 💕 😉
Datuk Fazley mendirikan rumah tangga dengan Datin Azrene Ahmad pada tahun 2007. Hasil perkongsian hidup berdua, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, 11, Ahmad Fieradz Shah, 10, Ahmad Firudz Shah, 8 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma, 2.
Video yang dimuat naik itu mendapat reaksi dari pengikut Datuk Fazley di instagram. Rata-rata memuji akan keprihatinan suami kesayangan Datin Azrene ini.
Sumber: IG