Dalam menghargai isteri, tidak perlu hadiah mahal-mahal atau kata-kata romantik sepanjang masa, namun pertolongan kecil tetapi cukup besar maknanya pun sudah mampu buat siteri tersenyum bahagia.
Melihatkan cara Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob melayani isteri kesayangannya dengan penuh kasih sayang, jelas menunjukkan sisi penyayang dan prihatin seorang suami.
Datuk Fazley baru-baru ini berkongsi video menampal kasut isterinya ketika menghadiri sebuah acara baru-baru ini.
Video tersebut dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan warganet.
Menurut Fazley, isterinya mengadu bahagian kasut yang dipakai tercabut di bahagian hadapan, tanpa berlengah, dia terus mencari cellophane tape dan menampal kasut isterinya itu.
Hari itu semasa event, isteri saya @azrene_ahmad mengadu dekat saya bahagian depan kasut dia dah tercabut. Jadi, bila dia berjalan, benda tu terkontang-kanting. Dia kata “takpa abang, adik ok, tak malu pun kalau orang nampak”.
“Tapi, me being me, saya usahakan cari cellophane tape dan tampal. Saya kata “Adik tak perlu buka kasut, biar abang yang menyangkung buatkan”. 💕 😉
Datuk Fazley mendirikan rumah tangga dengan Datin Azrene Ahmad pada tahun 2007. Hasil perkongsian hidup berdua, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, 11, Ahmad Fieradz Shah, 10, Ahmad Firudz Shah, 8 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma, 2.
Video yang dimuat naik itu mendapat reaksi dari pengikut Datuk Fazley di instagram. Rata-rata memuji akan keprihatinan suami kesayangan Datin Azrene ini.
princess_ferra Halah halah halah…..😍😍😍😍 tak pernah tak sweet tau pasangan ni!!!!!💕💕💕💕
sahara127711 Suami isteri yang humble dan sangat baik. 😍
tutyrafeah67_ Suami mithali…😍😍😍❤️❤️
rosilla45 rasa nk menangis tengok.. bruntung nya istri.. sy doakn semoga bahagia sampai jannah💞
eifa_kamal Wah…sy pun pernah ada insiden camni..nk g org kawin..slmt ada kasut spare dlm kete..
normahsabran Contoh terbaik Dato & Datin lakukan .. muga kekal bahagia till jannah .Amin 3 ❤️
aarla123 masyaallah suami yg baik!!! semoga bahagia hingga ke syurga aamiin ya allah😍😍
jieha3445 Mcm ni la contoh utk org luar sana mcm sy juga..kaya bukan alasan utk berlagak..sombong..bongkak..kaya x semestnya pakai yg hebat2 mahal2..
izzaraqaisara_cheese1516 Moga smakin tua smkin bahgia dan sweet.hihihi😍
rozitabakar11 Beruntungnye adik dpt abg mcm @fazleyyaakob . Semoga kalian kekal bahagia hingga ke jannah.
soba2626yusoff Dato’ tlh tunjukkan contoh terbaik sebagai suami mithali kpd masyarakat…keep it up Dato…me kagum 👍👍
ramlah.hussin suka tengok cara @fazleyyaakob melayan ank isterinya gunakan bahasa yg sofan dan bersahaja…😍
bakemydaylilis Mcm ginilah suami jaga isteri dgn baik 👍
mujahidah37 🧕🤲Semoga dato dan datin.. Bahagia till Jannah. Dato sentiasa menghormati isteri… Itulah namanya suami yg selalu berada di sisi isteri saat susah, senang, sedih dan gembira. Allah sentiasa memelihara dato dan isteri kerana sentiasa ada sifat menghormati. Barakatillah….
Sumber: IG