Menjadi tuntutan bagi setiap manusia untuk berbuat baik pada setiap makhluk termasuklah sesama manusia. Tidak kiralah latar belakangnya bagaimana, apa agamanya dan siapa dia, berbuat baik tidak mengukur semua itu, tetapi yang pasti perbuatannya akan diingati sampai bila-bila.
Misalnya seperti yang tular baru-baru ini, video seorang pelajar india menyuapkan makanan pada rakannya semasa waktu rehat di sebuah sekolah.
Difahamkan, rakannya itu mengidap down syndrome yang mempunyai masalah rabun dan makan agak lambat membuatkan rakannya dengan seikhlas hati membantunya.
Melihat pada kapsyen perkongsian yang dikongsikan sendiri oleh cikgu sekolah tersebut menggunakan akaun Tiktoknya, @azizahazedi berkata mereka sangat baik antara satu sama lain, saling mengambil berat dan penyayang. Misalnya seperti video ini ketika masa rehat PPKI, pelajar yang bernama Mahalaksmi menyuap Hanisah makan.
@azizahazedi Replying to @sacita21 thanks for the comment. Hope this vedio also make you happy. They so kind to each other, they also caring and loving kids ❣️ This vedio during PPKI rest time, Mahalaksmi suap Hanisah makan. I suka this scene but somehow make me sad also #fypppp #ppki #pendidikankhas #mbk #smktbi ♬ original sound – azizahazedi
Meneliti di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian melihat tindakan pelajar itu. Malah, ada juga yang turut berkongsi cerita masing-masing berbuat baik tanpa pedulikan perbezaan kaum.
Sumber : @azizahazedi
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
‘Push’ & Anggap Parenting Satu Eksperimen, Itu Cara Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Didik Anak.
Melihat pasangan ini menguruskan dan mendidik anak-anak mengikut acuan sendiri nyata memberi motivasi kepada ibu bapa lain. Tidak hairanlah setiap kali mengemas kini status terbaru di media sosial, ada sahaja pertanyaan dan permintaan daripada orang ramai yang ingin mereka berkongsi ilmu keibubapaan.
Tidak sekadar itu sahaja, pasangan ideal Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina juga tidak menggunakan bantuan pembantu rumah dalam menguruskan anak-anak. Sebaliknya mereka lebih selesa melakukan sendiri sejak dahulu lagi.
Push anak belajar banyak benda
Senada dan sehati dalam segala hal, namun Dato’ Dr Sheikh Muszaphar sedikit ‘dominan’ terutama dalam mendidik anak-anak. Tegasnya, anak-anak perlu didedahkan dengan segala kemahiran sejak kecil lagi bagi memudahkan pada masa akan datang.
“Alahmdulillah, syukur kerana ini rezeki yang Tuhan berikan pada kami. Saya dan isteri memang suka anak ramai. Saya suka mendidik anak-anak ikut cara saya yang dipraktikkan hasil pembelajaran melalui ajaran ibu bapa saya dan juga sebelah Halina. Saya suka tonjolkan anak-anak dengan unsur kasih sayang selain ‘push’ mereka sehingga ke tahap maksima kerana kita tidak tahu potensi mereka yang boleh pergi.
“Saya mahu didik mereka dalam semua bidang termasuklah bab agama, akhlak, mengaji, belajar berenang, tekwando dan pelbagai lagi. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, demikian juga kami. Dalam hal ini, saya mengharapkan anak-anak akan jadi lebih baik daripada kami kelak. Awalnya isteri saya agak takut dan kesian kerana anak-anak masih kecil.
“Tetapi sebenarnya mereka suka jika apa yang kita suruh buat itu benda yang menyeronokkan buat mereka. Penerimaan Bella dan Tasha baik dan saya tidak suka mereka membazir masa begitu sahaja kerana pada saya setipa minit itu adalah pelajaran. Kebetulan juga kami berdua sibuk dengan kerja, kerana itu saya suka hantar anak-anak ke kelas untuk menambahkan kemahiran mereka.
“Pernah juga mak saya tegur kononnya biarlah anak-anak main tetapi bagi saya pelajaran juga satu corak permainan. Contohnya ke kelas menyanyi, persekitaran tersebut cukup menyeronokkan. Jadi, daripada situ mereka selesa dan seronok untuk belajar. Saya berimpian mahu melihat anak-anak mengikut jejak langkah kami dalam bidang kedoktoran. Kerana itu saya mendedahkan mereka dengan bidang perubatan ini sejak awal lagi.
“Tetapi andai suatu hari nanti mereka mahu memilih bidang lain, saya akur. Tetapi saya percaya jika kita didik dan asuh minda mereka sejak awal ke arah tersebut, maka saya yakin mereka akan menuju ke arah yang betul.
Take a break elak stress
Ditanya mengenai cabaran memiliki anak kembar, jelas Angkasawan negara ini lagi, memang sangat mencabar dan dalam masa yang sama terselit kebimbangan tidak mampu memberi kasih sayang sama rata.
“Memang stress dan kadang kala penat sangat kerana boleh dikatakan 24 jam kami menguruskan anak-anak sendiri. Saya bangun jam 2-3 pagi untuk susukan dan dodoikan anak. Pada saya suami kena banyak berkorban dan jangan harapkan isteri sahaja. Saya lebih suka berjaga malam dan biarkan Dr Halina tidur dan berehat. Pada saya, sebagaimana isteri berkorban begitu juga suami dan kedua-dua kena main peranan.
“Saya selalu pesan pada isteri, kalau penat ambil rehat dengan pergi keluar untuk ‘take a break’ walau hanya 30 minit. Tetapi jarang sebenarnya nak stress kerana penat macam mana sekali pun itu adalah sesuatu yang kami suka lakukan. Lagipun kembar memerlukan perhatian lebih terutama Noah yang agak kecil berbanding Adam. Jadi, dalam diam-diam saya susukan lebih supaya dapat naikkan beratnya dan Alhamdulillah tidak banyak beza kedua-duanya,” seloroh Dato’ Dr Sheikh Muszaphar lagi.
Anak sekolah aliran Cina
Tidak mahu anak terkena kejutan budaya membuatkan pasangan ini menghantar anak-anak bersekolah lebih awal sedari usia 3 tahun. Bahkan Bella menurut Dato Dr Sheikh Muszaphar lagi sudah mencapai level tahun empat untuk subjek matematik dan Bahasa Inggeris. Mengakui Bella banyak mengikut jejak langkah isterinya terutama bab bergaya, mekap, kasut dan sebagainya, Dato Dr Sheikh juga menghantar anak-anak ke sekolah Cina.
“Saya selesa menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan kerana tidak mahu anak berasa diri ‘besar’ sebaliknya mahu mereka jadi orang biasa yang sentiasa rendah diri. Sekolah Cina menjadi pilihan kerana mahu mereka fasih bahasa Mandarin. Walaupun saya secara peribadinya tidak tahu berbahasa Cina dan terpaksa membuka Google translate apabila mengajar anak-anak, saya tidak kisah kerana bahasa ini amat penting untuk masa depan,”ulas Dato Sheikh Muszaphar.
Parenting satu eksperimen
Mengakui masih baru dalam bab keibu bapaan, Dato Dr Sheikh Muszaphar tidak mengharapkan semua orang menerima kaedah yang dipraktikkannya itu.
“Ini cara saya dan kepada mereka yang tidak setuju tidak apa. Kerana proses parenting ini seperti satu eksperimen. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Mungkin kita sudah berikan yang terbaik tetapi hasilnya berbeza. Namun yang pasti saya sudah melakukan yang terbaik dan jika ada yang mahu mencontohi cara saya, maka boleh ikut.
“Keutamaan saya lebih pada keluarga dan bab memberi ceramah masih diteruskan cuma tidak mahu terima terlalu banyak. Soal penerimaan tawaran untuk anak-anak buat masa sekarang kami masih kawal lagi. Kami tidak mahu mereka didedahkan pada bidang komersil dan memilih produk yang bersesuaian dengan anak-anak,”jelas Dato Dr Sheikh Muszaphar yang mengakui kerjasama dan perancangan awal yang sistematik memudahkan dia dan isteri menguruskan anak-anak baik di rumah mahupun ketika bercuti dan sebagainya.
Sumber: Majalah Keluarga Jan-Feb 2018
Bawang Mahal Sangat, Baik Di Tanam Sendiri Kalau Nak Berjimat. Ni Caranya!
Melihat harga pasaran untuk bawang merah pada hari ini memang cukup tinggi harganya. Hal ini merunsingkan fikiran, apatah lagi jika kita selalu memasak menggunakan bawang merah dalam ramuan. Tentu akan lari bajet untuk belanja dapur dibuatnya.
Jadi sebagai satu langkah untuk berjimat, apa kata kita cuba untuk menanam sendiri bawang merah di laman rumah. Andai tidak tahu caranya, ini dikongsikan langkahnya untuk info bersama.
Jom semak perkongsian ini.
TANAM SENDIRI BAWANG MERAH
Nisbah media tanam:
Lebihkan pasir dari tanah dengan nisbah 2:1
*Pasir =2 bahagian campur tanah berkebun=1bahagian.
Tanam di tempat terbuka.
Musim panas,siram cukup-cukup saja, jangan siram air banyak. Jika lebih air bawang jadi busuk, mereput dan buruk.
.
Potong bawang seperti dalam gambar. Potong sebelah atas bawang hingga nampak isi tengah dan bahagian bawah bawang, potong sedikit sahaja akarnya.
.
Benamkan 3/4 sahaja bawah bawang atas tanah. Jangan timbus bawang dalam tanah sepenuhnya. Tunggu bawang naik daun dalam 4 atau 5 inci, barulah ditimbus bawang itu.
Kerap gemburkan tanah disekeliling bawang baik untuk pertumbuhan bebawang baru.
Bila sudah banyak keluar bebawang, jangan timbus dah…biarkan sahaja.
Pembajaan 2 kali seminggu guna baja AB, bancuhan seperti biasa.
*Boleh juga guna lain2 baja yg di fikirkan baik.
.
Dua bulan selepas ditanam, ia sudah boleh dituai. Jika pokok bawang berbunga, jangan dibiarkan,terus petik dan buang kerana ia hanya akan merencatkan pembesaran bawang.
Bawang yang dituai akan di jemur untuk dapatkan bawang yg siap diguna.
sumber : Azlina Mat Lazim
“Sedih Bila Tak Boleh Sujud. Teringin Nak Sembah Allah, Letak Kepala Di Lantai.Luahan Lelaki Ni Menyentuh Hati
Satu perkongsian yang cukup menyentuh hati. Lelaki yang dikenali dengan nama Joe Bundle memuat naik kisah hidupnya yang berubah selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya. Akibat insiden tersebut, dia mengalami masalah lutut tidak dapat dibengkokkan sehingga menyukarkan dia untuk solat.Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Kali terakhir saya dapat merasa sujud seperti orang ramai adalah pada 10th Feb 2017 di Masjid Dato Haji Kamaruddin Seksyen 51A Petaling Jaya. Tiga jam selepas itu saya kemalangan dilanggar kereta dan saya sudah cacat kekal dan tak boleh bengkok kan lutut kanan buat selamanya. Sejak dari itu saya hanya sembahyang sambil baring, mengiring dan akhirnya duduk di atas kerusi.
Pernah bila tak ada kerusi di satu-satu tempat saya duduk jugak lah kat atas apa pun. Saya pernah duduk atas tangga, atas pasu bunga dan pernah duduk atas tingkap (Masjid Tokyo Camii di Jepun). Pernah jugak lansung tak ada benda nak duduk saya hanya bersandar sambil mencangkung macam leg day punya training tu. Bukan saya nak mengeluh, tapi saya cuma nak berkongsi kepada anda bagaimana susahnya nak solat bila Tuhan dah tarik nikmat kesihatan.
Yang lebih menyedihkan, bila dah tak boleh nak sujud ni, kita teringin rasa nak sujud. Teringin nak sembah Allah, nak letak kepala kita di lantai. Nak bagitahu Dia kita sayang kat Dia, kita takut kat Dia. Menyesal dulu tak sembahyang banyak-banyak. Saya harap kawan-kawan tak jadi macam saya. Solat lah sementara ada peluang. Sujud lah sementara boleh ni.
Saya dah merasa hidup dalam wad lama, dan bila saya sembahyang, orang yang tengok saya sembahyang dia pun teringin nak sembahyang jugak. Bila kita baca Quran dia cakap sedap. Padahal saya baca tak sedap pun. Saya tahu mereka rindu nak baca Quran tapi tak reti. Nak sembahyang tapi dah terlambat.
Kalau dah sakit baru nak start sembahyang memang susah. Dah terlambat sangat. Kami semua yang dah merasai kesakitan ini sekarang dah tahu erti penyesalan. Tapi kami masih belum terlambat kerana Tuhan dah bagi kami peluang kedua walaupun bukan semua yang dapat. Harapan kami agar anda tidak perlu lah menunggu hari tua baru nak mula sembahyang.